==================== Sisipan Sosial =====================
Berkesempatan juga menjenggah kebun yang sudah sekian lama ditinggal kesepian.
Pohon rambutan yang mula meninggi dan melebar |
Seronok juga sekali sekala menenangkan minda dengan menitiskan peluh beserta mengaktifkan anggota badan.
Pohon mangga yang menyubur dan membesar |
Meskipun berumput liar, berlalang panjang dan berserabut dengan rumput-rampai, namun pepohon yang disemai, ditanam dan dibaja tetap menyubur dengan kehendakNya jua.
Pepohon pisang turut gembira |
Demikianlah jua tanah air kita nan tercinta. Semua kita berasa bangga dan mampu mendabik dada demi tanah air tercinta. Pantang nenek moyang tujuh keturunan andainya tanah ini tercalar, apatah lagi tergadai.
Sayangnya kita kepada tanah air ini sebagaimana sayangnya Hang Tuah, sepertimana cintanya Mat Kilau dan seumpama kasihnya Tok Janggut.
Namun, terkadang tangan-tangan durjana yang berwatakkan musang berjanggut cuba meraih simpati mohon disepakati agar mempercayai bahawa merekalah pejuang sejati. Merekalah hulu balang terbilang. Merekalah pendekar yang sukar untuk ditewaskan. Merekalah segala-galanya.
Akhirnya, tanah air tercinta keciciran satu demi satu. Pulau Batu Putih dan Tanjung pagar menjadi saksi.
Bangkitlah kita dari tiduran dan mimpi. Marilah kita mengejar hasrat dan budi, agar nanti kita disanjung anak pertiwi.
No comments:
Post a Comment