Thursday, September 22, 2011

Jalan Menuju Kaabah



Jalan menuju Kaabah seumpama jalan menuju Padang Mahsyar.
1) Menaiki pesawat yang dihantar oleh sanak saudara seumpama menghantar jenazah ke pusara untuk disemadikan.
2) Berpakaian ihram serba putih seumpama kain kafan yang menyelimuti jasad yang terbujur kaku.
3) Wuquf di ‘Arafat seumpama berdiri menanti hitungan amal di hadapan Tuhan Rabbul Jalil.
4) Tawaf mengelilingi Kaabah seumpama perjalanan meniti titian, ke syurga kita atau ke neraka (nauzubillah).
5) Saie antara Safa dan Marwah seumpama larian mencari syafaat para anbiya’.
Ini sekadar pandangan peribadi dan renungan kita bersama betapa hanya sedetik kita bersua di halaman fana ini. Di sana jua kehidupan yang kekal abadi.
Dikesempenaan ini, saya, isteri dan ibu dengan rendah diri menyusun sepuluh jari jika ada terkasar bahasa, tersalah tutur bicara, terlepas kata-kata umpatan, mohon ampun dan maaf atas segalanya.
Insya Allah, kami akan berangkat ke Tanah Suci pada 3hb Oktober 2011 (Isnin), KT12 bertolak dari Kelana Jaya. Terima kasih atas segalanya.

No comments:

Post a Comment