Saturday, September 17, 2011

Tauliah...Taktaulah



Tersentak, terkejut, tercengang, pelik, heran, ....
Berita semasa berkaitan pentauliahan guru-guru agama yang menyampaikan kuliah di masjid, surau dsb. Hanya mereka yang ditauliahkan sahaja berhak berbuat demikian, jika tidak, mereka akan berdepan dengan saman atas dakwaan mengajar tanpa tauliah.
Tauliah atau penganugerahan ijazah bermaksud seseorang itu diiktiraf ilmu yang dipelajarinya oleh guru yang mengajar beliau dan dibenarkan untuk mengajarkan ilmu tersebut kepada yang lain.
Pengalaman peribadi di salah sebuah surau yang telah saya mulakan kuliah Maghrib tahun 2001, tahun 2004 saya didatangi oleh JKKK yang juga pengerusi surau tersebut meminta saya memohon tauliah. Saya tanyakan beliau (tauliah apa lagi yang diinginkan beliau), namun sampai kini (2011) saya tidak memohon tauliah dan tidak inginpun memohon tauliah.
Hujjah saya :
1- Dari kelas peralihan, ting. 1 sampai ting. 5 saya belajar di sek. agama (SMA Syamsul Ma'arif, Pulai Chondong dan Kolej Islam Klang).
2-Ijazah dai Univ. Mohd. Khamis, Rabat Morocco dalam bidang bahasa Arab.
3-Dip. Pendidikan dai UIAM dalam Bahasa Arab dan Pend. Islam
4-Sarjana di UMS
5-juga sempat bertalaqqi dalam bidang ilmu Qiraat, Hadis dan Feqh..
Saya hairan...belum cukup lagikah pembelajaran dan ijazah yang diperolehi?!
Saya juga mewakili sahabat-sahabat yang berjurusan sama dengan saya dari timur tengah dan universiti-universiti tempatan...masih belum memadaikah ilmu mereka sehinggakan perlu ditauliahkan?!
Atau adakah tauliah ini untuk menghalang percambahan ilmu Islam?! jika itu, maka matlamat asal telah tersasarlah...
Saya cadangkan, kalau betul-betul berniat ikhlas dan berhasrat pula nak menyebar-luaskan Islam..eloklah golongan yang bertanggungjawab turun ke masjid dan surau, lihat sendiri guru yang mengajar, jangan lupa bawa bersama sijil pentauliahan tersebut...sama-samalah kita bantu golongan jahil, janganlah pula menambahkan lagi peratus mereka.
Dahlah kita jahil, jangan pula jahilkan orang lain

No comments:

Post a Comment