Monday, November 5, 2012

HUKUM BERKORBAN BAGI PIHAK SI MATI

====================Isi Minda=====================

Amalan berkorban adalah merupakan salah satu daripada syiar umat Islam. Ibadah ini dilaksanakan sebaik sahaja selesainya solat hari raya dan berlanjutan sehingga tiga hari Tasyriq. Ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Kauthar (108:2) :
Èe@|Ásù y7În/tÏ9 öptùU$#ur ÇËÈ
Bermaksud : Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah.

Ibadah Korban :
Sunat Muakkadah


Qatadah dan Said bin Jubair berkata (disahkan oleh Ibnu Kathir) bahawa ibadah korban itu adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan mengharapkan ganjaran pahala dan mencapai janjian taqwa sebagaimana yang disebut dalam surah al-Haj (22:37) :
`s9 tA$uZtƒ ©!$# $ygãBqçté: Ÿwur $ydät!$tBÏŠ `Å3»s9ur ã&è!$uZtƒ 3uqø)­G9$# öNä3ZÏB 4 y7Ï9ºxx. $ydt¤y ö/ä3s9 (#rçŽÉi9s3çGÏ9 ©!$# 4n?tã $tB ö/ä31yyd 3 ÎŽÅe³o0ur šúüÏZÅ¡ósßJø9$# ÇÌÐÈ
Bermaksud : Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketaqwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah Telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.

Hukum berkorban mengikut sepakatan ulama ialah sunat muakkadah ke atas mereka yang hidup (termasuk untuk ahli keluarganya)  dan pula berkemampuan, berdasarkan hadis Nabi saw seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabdanya saw :
"من كان له سعة ولم يضحِ فلا يقربن مصلانا".
رواه أحمد وابن ماجه عن أبي هريرة مرفوعاً بسند حسن.
Bermaksud : “Sesiapa yang ada kemampuan lalu beliau tidak pula berkorban, maka janganlah beliau menghampiri tempat kami ini”.

Adapun bagi mereka yang telah meninggal dunia, maka tiada lagi dituntut ke atasnya, KECUALI jika beliau ada mewasiatkan atau nazarkan sebelum dia meninggal dunia.

Manakala amalan kebanyakan orang kita yang mengambil peluang hari raya haji untuk berkorban bagi pihak keluarga yang telah pergi (meninggal dunia), tanpa ada sebarang wasiat atau nazar daripada si mati, maka telah berselisih ulama kepada tiga pendapat :

(1) Pendapat Pertama -  Hukumnya adalah SAH mengikut pandangan jumhur ulama dan memperolehi ganjaran pahala. Pandangan ini berdalilkan amalan Saidina Ali krw telah menyembelih dua ekor kibasy (biri-biri) bagi pihak Nabi saw, lalu berkata
وقال: "إنه صلى الله عليه وسلم أمره بذلك".
Bermaksud : “Sesungguhnya Nabi saw ada menyuruh untuk berbuat demikian. (Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi, Musnad Ahmad, al-Baihaqi dan al-Hakim).

(2) Pendapat Kedua -  TIDAK SAH mengikut mazhab al-Syafie. Kata Imam al-Nawawi (Minhaj) :
"ولا تضحية عن الغير بغير إذنه، ولا عن ميت إن لم يوص بها".
Bermaksud : “Tidak ada korban bagi orang lain tanpa izinnya, dan tidak pula bagi si mati jika tiada wasiatnya”.

(3) Pendapat Ketiga – MAKRUH hukumnya mengikut mazhab Imam Malik sepertimana yang disebut dalam al-Muwaziah :
"ولا يعجبني أن يضحي عن أبويه الميتين".
Bermaksud : “Ia tidak menyeronokkan diriku untuk berkorban bagi pihak ibu dan bapaku yang telah meninggal dunia”.

Ringkasnya, seorang anak yang soleh untuk berlaku baik dan ihsan terhadap bapanya yang telah meninggal dunia, maka bolehlah diniatkan korban tadi bagi pihak bapanya. Semoga ganjaran pahala daripada amalan tersebut tergolong dalam salah satu sedekah di samping iringan doa darinya. والله أعلم

No comments:

Post a Comment