Friday, November 2, 2012

LAGI PASAL AES...GILA YANG MENGGILAKAN

==================== Terhiris Tangan===================


sinarharian (Jumaat, 2/11/2012)

Kira-kira 200 mangsa kemalangan jalan raya berkumpul menyerahkan memorandum mengandungi 400 tanda tangan meyokong pelaksanaan AES kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng di hadapan Komtar, semalam (sinarharian, 2/11/2012)
 
Hidup kita kerana orang sekeliling kita hidup. Jika mereka mati, kita juga akan mati. Asas kehidupan manusia ialah bermasyarakat, seperti kata Ibn Khaldun.

Begitulah juga dengan penyakit ‘gila’. Seseorang itu akan menjadi gila jika sekitarannya juga gila. Mana mungkin, dia sendirian siuman, sedangkan semua rakannya sudah menjadi gila.

Tahap ‘gila’ yang paling parah apabila si gila itu mampu pula menggilakan orang lain. Dalam bahasa mudah, orang yang gila itu mampu mengajak orang lain untuk menjadi gila segilanya.

Maafkan saya atas ungkapan ‘gila’ ini diulang-ulangkan.

Empat negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bersetuju untuk menangguhkan dahulu pelaksanaan AES sementara menunggu maklumat dan kajian terperinci dijalankan. Dipersetujui pula oleh beberapa orang YB UMNO. Tetiba sahaja, muncul spesies yang hampir pupus ini dengan igauan mereka.

Hairan sungguh! Dari bumi manakah mereka ini berpijak?

Ingin saya katakan bahawa orang yang sukakan sistem ini dilaksanakan hanyalah puak konsesi dan mereka yang ada kepentingan (share) sahaja.

Manakala yang lain, dan berani saya katakan, kesemua pengguna jalan raya ‘benci’kan sistem ini diteruskan. Mana mungkin, laluan harian mereka, pergi dan balik, diintai dan dikamerakan. Tidak cukup itu, disuratsamankan pula tanpa sebarang potongan. Betapa ‘rimba’nya sistem ini.

Kalaupun nak naikkan sepanduk, lihat-lihatlah di sekeliling. Janganlah jadikan diri anda seumpama beruk dapat bunga ataupun seperti monyet terkena belacan.

Maafkan saya.



No comments:

Post a Comment