Sunday, November 25, 2012

UST AZHAR IDRUS DI KAJANG


Masjid Jame', Kajang, Selangor
Malam tadi berkesempatan hadir diri beserta anak-anak ke majlis ilmu bersama ust Azhar Idrus di Masjid Jame’, Kajang.

Rupa-rupanya memang ramai orang Melayu kita sukakan majlis ilmu. Melimpah ruah hingga ke luar laman masjid. Dari si kecil, si remaja bermotor dan berekor rambutnya, sehinggalah kepada veteran. Kelihatan insan pertengahan usia yang mendominasikan lokasi tersebut.

Anugerah Bintang untuk al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus atas kewibawaanya mampu menghimpunkan anak-anak remaja daripada berpeleseran tanpa haluan.

Banyak perkara yang boleh disimpulkan daripada majlis tadi.

Antaranya, majlis ilmu yang disampaikan secara bersahaja, bersantai dan berseloroh telah menjadi budaya anak-anak remaja kini.  Dua jam berlalu seolah sekejap sahaja lantaran majlis tersebut bersulam pelbagai method penyampaian telah dipersembahkan.

Adapun majlis ilmu yang disampaikan secara agak serius yang diamalkan oleh ulama silam telah kurang popular lagi. Majlis secara menadah kitab, menghafal kandungan pelajaran dan sistem dendaan sudah dijauhkan oleh para penuntut kini.

Kebaikan olahan penyampaian yang diperkenalkan oleh al-fadhil ustaz amat sesuai untuk peringkat pertama bagi mereka yang ingin menjinakkan diri dengan suasana surau dan masjid.

Namun, untuk mendalami secara khusus, nak tak nak, mahu tak mahu, maka kaedah menadah kitab adalah jalan terbaik. Ini kerana ilmu itu perlu didatangi dengan seluruh kelengkapan diri, termasuk masa, hati, jiwa raga dan pengorbanan yang tinggi.

No comments:

Post a Comment