====================Manfaatkan Hati==================
NURUL IZZAH
Gambar ihsan dari malaysiakini |
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar merujuk kenyataannya sebagai panelis dalam forum yang bertajuk "Islamic State: Which version? Whose responsibility?".
Beliau dilapor berkata tiada seorang pun boleh dipaksa untuk menerima ajaran agama tertentu dan perkara itu juga terpakai untuk orang Melayu.
Namun beliau menafikan hal tersebut dengan katanya : "Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad," tegasnya lagi. (malaysiakini, 5/11/2012)
ISU AQIDAH
Nampaknya isu aqidah masih diperhangatkan oleh pejuang-pejuang bangsa. Bagi mereka, Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Pantang betul mereka ini apabila Islam ala Melayu diremehkan. Terasa keris yang terjunam itu mahu dicabut lalu dihunuskan. Hebat sangat mereka ini. Pejuang Melayu Muslim katakan.
AJARAN SIRAH
Mereka perlu sedar bahawa ajaran sirah tidak pernah melabelkan Arab Quraisy itu Islam dan Islam itu milik Arab Quraisy. Sepatutnya Arab Quraisylah lebih awla (utama) untuk membuat pengakuan tersebut lantaran nabi saw datang dari bangsa mereka.
SEJARAH MELAYU
Orang Melayu sebelum kedatangan pedagang Arab-India adalah beragamakan Hindu dan bertuhankan animisme yang percayakan semangat pohon kayu, batu-batan dan sebagainya. Setelah Islam bertapak, kehidupan orang Melayu mula berubah arah menganuti agama Islam.
Sengaja saya sorotkan sejarah ini agar kita tahu asal usul bahawa orang Melayu bukan asalnya Islam. Alhamdulillah, takdir Tuhan Yang Maha Esa telah memberi hidayah kepada kita sehingga sebatian Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan lagi.
MEMELAYUKAN ISLAM
Ungkapan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam sering dikumandangkan. Dari satu sudut, mengagamakan Melayu itu satu bala. Seolah-olah kita bebas melakukan apa sahaja, hatta melanggar batas-batas iman dan kufur, kita dibenarkan. Kita tidak akan terkeluar daripada Islam, sebagaimana tidak tercabutnya bangsa Melayu yang ada dalam diri kita. Cukup bahaya fahaman ini.
TIADA PAKSAAN BERAGAMA
Tiada paksaan dalam beragama, terjemahan surah al-Baqarah (2:256) :
Iw on#tø.Î) Îû ÈûïÏe$!$# ...( ÇËÎÏÈ
yang menjadi asas perbincangan kita. Saya akui, masih ramai yang kabur, sengaja tak mahu faham dan ada juga berselit di celahan ayat ini sebagai laluan untuk hidup bermahajaraja lela dengan perangai kesyaitanannya.
RAMAI TIDAK FAHAM
Antara punca tidak memahaminya adalah kerana kurangnya pendedahan, terkadang dihalang pula membuat pendedahan ayat tersebut melalui kuliah-kuliah tafsir dan sebagainya.
Dahulu, semasa Maghribi di bawah penjajah Perancis, semua kuliah tafsir tidak dibenarkan untuk diajar di masjid-masjid. Hanya kuliah tajwid dan membetulkan bacaan al-Quran. Itu sahaja.
BELAJAR TAJWID
Berani saya katakan, tiada seorangpun ahli jemaah masjid menitiskan air mata apabila diberitahu adanya mim mati, nun mati dan seumpamanya. Tiada rasa sedih langsung atas kematian mim atau nun tadi. Dengan kata lain, berkuliahkan tajwid adalah dibenarkan kerana ianya tidak menyentuh perangai dan perwatakan manusia.
KULIAH TAFSIR
Berberza sekali dengan kuliah tafsir. Ianya menuntut kita memahami bacaan ayat, menghayati dan mentadabbur serta bertindak mengikut lunasan yang telah digariskan. Ia juga mengajarkan kita untuk mengenali kumpulan yang mendapat pujian Allah dan puak yang memperolehi cercaan Allah.
Dalam bahasa mudah, ilmu tafsir mengajak kita membetulkan perwatakan diri selaras dengan ajaran sunnah, bertepatan dengan amalan para sahabat yang telah menerima didikan nabi saw, menanam sifat kebencian kepada kezaliman dan kekufuran, menyemai benih-benih keimanan dan ketaqwaan ke dalam diri umat Islam.
TAFSIR AL-QURTUBI
Ayat yang memperihalkan tiada paksaan dalam beragama itu menuntut para ulama tafsir berselisih kepada enam pendapat :
(1) Ianya mansukh dengan ayat dari surah al-Taubah (9:73) berdasarkan pandangan Sulaiman bin Musa.
$pkr'¯»t ÓÉ<¨Z9$# ÏÎg»y_ u$¤ÿà6ø9$# tûüÉ)Ïÿ»oYßJø9$#ur õáè=øñ$#ur öNÍkön=tã 4 öNßg1urù'tBur ÞO¨Yygy_ ( }§ø©Î/ur çÅÁyJø9$# ÇÐÌÈ
73. Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka, tempat mereka ialah Jahannam, dan itu adalah tempat kembali yang seburuk-buruknya.
(2) Ayat ini khusus untuk ahli kitab menurut pandangan al-Sya’bie, Qotadah, al-Hasan dan Al-Dhohak, berdasarkan riwayat Zaid bin Aslam dari ayahnya, beliau berkata :
سمعت عمر بن الخطاب يقول لعجوز نصرانية : اسلمي أيتها العجوز تسلمي، إن الله بعث محمدا بالحق. قالت : أنا عجوز كبيرة والموت إلي قريب، فقال عمر : اللهم اشهد، وتلا "لا إكراه في الدين".
Maksudnya : Aku telah mendengar Umar Ibn al-Khottab berkata kepada seorang tua yang menganut agama Nasrani : “Masuklah kamu ke dalam Islam wahai perempuan yang sudah uzur agar kamu terselamat. Sesungguhnya Allah swt telah mengutuskan Muhammad dengan kebenaran”. Lalu perempuan tua itu menjawab : “Aku sudah tua, lagi uzur dan mati pula makin menghampiriku”. Lantas Umar ra berkata : “Ya Allah, persaksikanlah, lalu dibaca ayat (tiada paksaan dalam beragama”).
(3) Abu Daud meriwayatkan daripada Ibn Abbas katanya : “Ayat ini diturunkan kepada seorang perempuan yang sukar memperolehi zuriat dari kaum Ansar. Beliau telah nekad dalam dirinya, seandainya anaknya nanti hidup, maka pasti anaknya akan memeluk agama Yahudi. Beliau berkeras supaya tidak disampaikan dakwah Islam kepada kaumnya Bani Nadhir, lalu turunlah ayat (tiada pakasaan dalam beragama)”.
Mereka berbuat demikian kerana agama Yahudi (pada tanggapan mereka) adalah lebih baik berbanding agama Islam.
(4) Al-Suddi berkata : “Ayat ini diturunkan kepada seorang lelaki dari kaum Ansar, dipanggil Abu Husain, yang mempunyai dua orang anak yang telah memeluk agama Nasrani atas ajakan pedagang dari Syam (Syria). Lalu lelaki tersebut mengadu kepada nabi saw, maka turunlah ayat (Tiada paksaan dalam beragama)”.
(5) Ayat ini memberitahu kita agar tidak memaksa tawanan perang supaya memeluk Islam.
(6) dan pendapat terakhir, ke-6 iaitu : Tidak boleh memaksa ahli kitab untuk memeluk Islam. Manakala bagi penganut agama Majusi dan penyembah berhala, maka mereka dipaksa memeluk Islam kerana mereka berada di dalam agama yang dikeji dan dikutuk tuhan berhala sembahan mereka.
(Tafsir al-Qurtubi, jld 3, ms 182-183)
Mari kita berhujjah logik, mengapa Allah swt menyebut tiada paksaan dalam beragama.
UJIAN ALLAH
Allah swt ingin menguji hambanya yang cerdas aqalnya, pintar pula ilmunya, bijak lagi cemerlang pendidikannya, sudah pasti mampu membuat pilihan sendiri, tanpa ada paksaan daripada orang atasan.
DEMOKRASI SEORANG BAPA
seorang bapa yang mengamalkan dasar demokrasi, sudah pasti memberi peluang untuk anaknya memilih laluan, setelah diberikan penerangan yang secukupnya.
Apabila bapanya menyebut keburukan menghisap dadah, akibat dan kesannya yang teramat bahaya. Kemudian dibandingkan pula dengan mengamalkan cara hidup yang sihat, bebas daripada ketagihan dadah. Lantas, bapanya bertanyakan anaknya tadi : “Pilihlah, mana yang kamu inginkan?”.
PILIHAN BERSULAM PAKSAAN
Pilihan itu bukan bermakna paksaan, tetapi tersirat makna harapan dan desakan agar memilih jalan yang terbaik untuk dirinya.
Maka itu, Allah swt menyambung ayat tersebut (2:256) :
Iw on#tø.Î) Îû ÈûïÏe$!$# ( s% tû¨üt6¨? ßô©9$# z`ÏB ÄcÓxöø9$# 4 `yJsù öàÿõ3t ÏNqäó»©Ü9$$Î/ -ÆÏB÷sãur «!$$Î/ Ïs)sù y7|¡ôJtGó$# Íouróãèø9$$Î/ 4s+øOâqø9$# w tP$|ÁÏÿR$# $olm; 3 ª!$#ur ììÏÿx îLìÎ=tæ ÇËÎÏÈ
256. Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Oleh itu, sesiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman pula kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan tali yang amat kuat dan tidak akan putus, dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Kahfi (18:29) :
È@è%ur ,ysø9$# `ÏB óOä3În/§ ( `yJsù uä!$x© `ÏB÷sãù=sù ÆtBur uä!$x© öàÿõ3uù=sù 4 ...ÇËÒÈ
29. Dan Katakanlah: "Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu; Maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, dan barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah dia kafir". …
Sambungan ayat di atas (18:29) :
... 4 !$¯RÎ) $tRôtGôãr& tûüÏJÎ=»©à=Ï9 #·$tR xÞ%tnr& öNÍkÍ5 $ygè%Ï#uß 4 bÎ)ur (#qèVÉótGó¡o (#qèO$tóã &ä!$yJÎ/ È@ôgßJø9$%x. Èqô±o onqã_âqø9$# 4 [ø©Î/ Ü>#u¤³9$# ôNuä!$yur $¸)xÿs?öãB ÇËÒÈ
29. … Sesungguhnya kami telah sediakan bagi orang-orang zalim itu neraka, yang gejolaknya mengepung mereka, dan jika mereka meminta minum, nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti besi yang mendidih yang menghanguskan muka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat istirahat yang paling teruk.
Gambaran ini bukannya dalam bentuk pilihan terbuka, “siapa mahu” atau “siapa tak mahu”.
ANCAMAN MEMILIH KEKUFURAN
Ayat ini memberi ancaman kepada mereka yang memilih kekufuran dengan mengenepikan keimanan. Orang bijak dapat memahami itonasi ayat ini diungkapkan. Orang bebal, memang begitu, sengaja tidak mahu memahaminya, apatah lagi untuk memilihnya.
Sedangkan firman Allah swt dalam surah Ali Imran (3:85) :
`tBur Æ÷tGö;t uöxî ÄN»n=óM}$# $YYÏ `n=sù @t6ø)ã çm÷YÏB uqèdur Îû ÍotÅzFy$# z`ÏB z`ÌÅ¡»yø9$# ÇÑÎÈ
85. Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, Maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat nanti akan termasuk orang-orang yang rugi.
ISLAM AGAMA FITRAH
Dan satu lagi, ayat “Tiada dalam paksaan dalam beragama” menunjukkan bahawa Islam itu agama fitrah. Sesuai dan tepat dengan kehendak jiwa manusia. Jelas dan terang hujung matlamatnya. Tunjangnya teguh, akarnya padu, batangnya jitu, dahannya merimbun subur menaung ummah. Dari itu, bagi pemilik aqal yang sempurna, pemikiran yang waras, sudah pasti akan tertawan kepada keindahan dan kesyumulan Islam, tanpa ada sebarang paksaan untuk memilihnya.
Bagaikan seorang pemuda berhadapan dengan bakal isterinya. Seorang yang berkusut masai, berhingus, berkudis, berkurap berkerapu untuk digandingkan dengannya sebagai calon isteri. Sementara seorang lagi yang berpakaian kemas, menampilkan perwatakan yang sedap mata memandang, bertudung sopan, bertata susila dan semacam lagi.
Maka, fitrah si jejaka tadi sudah pasti bertaut dengan calon yang kedua tersebut, tanpa sebarang paksaan dan desakan daripada orang tuanya. Ini kerana fitrahnya semacam itu.
Demikianlah halnya dengan agama kita Islam.
ISLAM RAHMAT LIL’ALAMIN
Islam membawa penampilan yang universal, lengkap, sempurna dan indah. Apa yang terkandung di dalam Islam adalah yang syumul dan membawa rahmat untuk sekalian alam. Termasuklah hukum hudud yang telah diperhantu-syaitankan oleh sesetengah pihak. Dipertahankan pula oleh sebahagian yang menggolongkan dirinya sebagai ulama pencerah Islam. Alahaai, baru tumbuh bulu pahat, dah nak mematuk…sedihnya. Sabarlah wahai Nurul Izzah. والله تعالى أعلم
No comments:
Post a Comment