Thursday, November 8, 2012

KEJI IZZAH untuk PUJI SOI LEK

====================Gerak Hati==================
Telah menjadi lumrah hidup, yang baik dipeluk dikendong, yang buruk dibaling dipijak.

TABIAT NAFSU
Ditambah pula dengan tabiat nafsu yang sentiasa inginkan yang terburuk untuk tuannya. Maka pendokong nafsu bolehlah diibaratkan sebagai pendokong hal-hal yang buruk.

ISU BEBAS BERAGAMA
Isu Nurul Izzah masih hangat diperbahaskan. Kumpulan pejuang bangsa terus menikam dan menerjah beliau. Tak cukup dengan itu, diseret sama bapanya DS Anwar ke kancah pertikaian untuk dibalun.

Senator Ezam Mohd. Noor meminta Izzah agar bertaubat kerana mengeluarkan kenyatan yang boleh memesongkan akidah umat Islam.

Datuk Ahmad Mislan menyifatkan Nurul Izzah sebagai juru cerita kepada bapanya, DS Anwar yang dikenali sebagai orang yang menyokong fahaman pluralisme.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula melahirkan rasa bimbang kenyataan itu bercanggah dengan perkara berkaitan akidah. (sinarharian, 8/11/2012)

Lebih lantang lagi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim berkata,  Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar boleh dituduh menghina Islam sekiranya beliau sememangnya membuat kenyataan menggalakkan umat Islam meninggalkan Islam. (malaysiakini, 7/11/2012)

PEJUANG AGAMA?
Terasa hairan. Sejak bila pula mereka ini dilantik sebagai pejuang agama? Apa yang kita sedia maklum bahawa mereka ini berjuang atas dasar bangsa dan kaum. Bila pula beralih arah sebagai pendekar bangsa kepada mujahid Islam?


Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek :
Presiden MCA

Buktinya, di manakah mereka bersembunyi apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (CSL) berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat. (malaysiakini, 21/10/2012)

KERIS SAKTI
Ke mana hilangnya keris sakti mereka apabila Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa seramai 1.2 juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya Pas melaksanakan hudud di Malaysia. (malaysiakini, 18/10/2012)

MEMBELA CSL
 
Fathul Bari Mat Jahaya

Tetiba muncul Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya membela kenyataan Presiden MCA berkata, sebagai bukan Islam, rujukan Soi Lek adalah berbeza kerana beliau merujuk kepada ekonomi, keamanan dan pendapatan negara jika hudud dilaksanakan.


SYARIAT ISLAM
Perhatikan apa yang telah diungkapkan oleh Ibnu Taimiyyah :
"إن الشريعة الإسلامية جاءت بتحصيل المصالح وتكميلها وتعطيل المفاسد وتقليلها".
(منهاج السنة النبوية)
Bermaksud : Sememangnya syariat Islam diturunkan adalah untuk menyempurnakan kebaikan dan menolak kerosakan atau mengurangkannya.

 Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziah pula :
"الشريعة مبناها وأساسها على الحكم ومصالح العباد في المعاش والمعاد".(إعلام الموقعين)
Bermaksud : Syariat terbina di atas asas-asas hukuman yang bertujuan untuk mendatangkan kebaikan kepada manusia di dunia dan juga di akhirat.
Imam al-Syatibi pula menegaskan :
"إنها وضعت لمصالح العباد". (الموافقات)
Bermaksud : Sesungguhnya syariat itu diadakan adalah untuk menjaga kebaikan bagi manusia.

Kesemuanya ini adalah berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Anbiya’ (21:107)  :
"وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين".
Bermaksud : Tiada Aku utuskan kamu (wahai Muhammad) kecuali untuk membawa kerahmatan bagi sekalian alam.

UNDANG-UNDANG ISLAM MEMBAWA RAHMAT
Ibnu Abbas ketika menghuraikan makna rahmat lil ‘ᶜalamin’ itu berkata :

"من آمن بالله واليوم الآخر كُتب له الرحمة في الدنيا والآخرة، ومن لم يؤمن بالله ورسوله عوفي مما أصاب الأمم من الخسف والقذف". (تفسير ابن كثير)
Bermaksud : Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, akan dicatat baginya kebaikan semasa di dunia dan juga di akhirat. Adapun bagi mereka yang tidak beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, maka diselamatkan Allah dari segala mala petaka dan kecelakaan yang tertimpa ke atas satu-satu ummah.

RASULULLAH SAW PEMBAWA RAHMAT
Antara rahmat utusan Nabi saw seperti yang digambarkan menerusi surah al-Anfal (8 : 32-33) :

øŒÎ)ur (#qä9$s% ¢Oßg¯=9$# bÎ) šc%x. #x»yd uqèd ¨,ysø9$# ô`ÏB x8ÏZÏã öÏÜøBr'sù $uZøŠn=tã Zou$yfÏm z`ÏiB Ïä!$yJ¡¡9$# Írr& $oYÏKø$# A>#xyèÎ/ 5OŠÏ9r& ÇÌËÈ $tBur šc%Ÿ2 ª!$# öNßgt/ÉjyèãÏ9 |MRr&ur öNÍkŽÏù 4 $tBur šc%x. ª!$# öNßgt/ÉjyèãB öNèdur tbrãÏÿøótGó¡o ÇÌÌÈ
32.  Dan (ingatlah), ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Ya Allah, jika betul (Al Quran) ini benar dari sisi Engkau, Maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih".
33.  Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu berada di antara mereka, dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.

FATHUL BARI
Alangkah bagusnya jika Fathul Bari ‘membarikan’ (memberitahu) hal ini kepada CSL daripada mempertahankan karenahnya. Apa yang berlaku, dakwah terbengkalai, ukhuwwah sesama ummah pula tercalar.

IZZAH dan CSL
Bukannya saya ingin memihak kepada Nurul Izzah. Tetapi, sekurang-kurangnya dia telah tampil menghuraikan maksud daripada ungkapannya itu. Sementara CSL, sehingga ke hari ini tetap tidak menampilkan diri memohon maaf kepada umat Islam atas keceluparan lidahnya itu.

HUKUM NAFSU
Inilah yang kita namakan sebagai hukum nafsu. Apa yang selari dengan kehendak nafsu kita, maka kita perjuang dan pertahankan habis-habisan. Sehinggakan sanggup untuk penitisan darah terakhir.

Adapun yang bersalahan dan bercanggahan pula dengan kehendak tersebut, maka lesulah segala anggota badan untuk bingkas bangun melawan, untuk melatahpun belum tentu.  Kelihatan tangan sedang menggenggam, mata pula turut memandang dengan penuh kemisterian.

UMAT AHKIR ZAMAN
Alahai...umat di akhir zaman, disangka rusa masuk kampung, rupanya biawak dalam perigi.

No comments:

Post a Comment