Tuesday, November 13, 2012

SEMUA AGAMA MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN!?...

=====================Jalinan Ilmu====================

Menurut pegangan penganut Hindu bahawa alam ini diperintah oleh tiga tuhan utama, iaitu :
1)    Brahma (yang menjadikan),
2)    Vishnu ( yang menjaga), dan
3)    Shiva (yang memusnahkan.

Vishnu pula dapat menjelma dalam pelbagai bentuk untuk memelihara alam menerusi dewa pembantu :
1)    Sarasvati (dewa pengetahuan)
2)    Lakshmi (dewa kaya dan keamanan)
3)    Parvati (kali/durga)

Manusia pertama ‘purush’ mencairkan dirinya untuk membentuk masyarakat manusia, hasilnya terbentuk empat varna iaitu :
1)    Kepala melahirkan brahman
2)    Tangan melahirkan ksyatria
3)    Peha melahirkan vaisya
4)    Kaki melahirkan sudra

Berdasarkan konsep tadi, ajaran ini ingin melahirkan penganut- penganut Hindu yang sentiasa melakukan perkara-perkara baik.

Manakala Budha pula dicetuskan oleh pengasasnya Siddarta Gautama Buddha. Budha itu bermaksud (Bodhi: hikmat) dan (Buddhi : nurani).
Buddha bukanlah seorang dewa, sebaliknya merupakan seorang guru yang dijadikan tempat rujukan untuk mengajar penganutnya mengenai Jalan Lapan Lapis, iaitu :
1)    Kepercayaan yang betul,
2)    Cita-cita yang betul,
3)    Pertuturan yang baik,
4)    Perbuatan yang betul,
5)    Hidup yang betul,
6)    Usaha yang benar,
7)    Fikiran yang betul
8)    Renungan yang baik

Justeru, ajaran Hindu dan Budha adalah mengajak manusia kepada kebaikan, sebagaimana ajaran Islam juga mengajak kepada kebaikan.

Mari kita kupas KEBAIKAN yang dikatakan sama itu.

Saya ada seorang kawan penganut agama Hindu berpendidikan doktor falsafah. Beliau mendatangi saya pada suatu ketika sebaik sahaja saya selesai menyampaikan tazkirah mingguan.

Katanya, “Semua agama mengajak kita supaya menjadi baik”. Saya mendengar ungkapannya itu sambil mengemas set pembentangan selepas tazkirah disampaikan. Saya perhatikan riak wajahnya yang tenang dan sedikit serius mengharapkan kata setuju daripada saya. Berkebetulan pada masa itu, sambutan Deepavali telah menghampiri.

Dalam situasi itu, saya mencelah seolah melencong daripada tajuk perbincangan kami. Saya bertanyakan beliau, ‘Doktor pulang bercuti nanti tak?”. Jawabnya ringkas, “Ya”.

Saya bertanya lagi, “Biasanya kalau perayaan, Doktor bikin sendiri tak maruku, atau beli dari kedai?”. Dia membalas, “Kita sendiri juga bikin, sana kedai tarak bagus punya rasa. Kalau sendiri bikin, banyak sedap itu rasa”.

“Ohh..”. Saya cuma mengangguk.

Saya bertanya lagi, namun kali ini dalam nada yang agak berbeza, “Itu maruku, ada beza itu rasa, sendiri bikin banyak sedap, kalau di kedai ada kurang jugaklah itu rasa”.

Saya tegaskan lagi, “Agama itu macam marukulah, nama sama, tapi rasanya berbeza. Agama Islam semacam maruku bikin sendiri, agama Hindu semacam maruku di kedai”.

Beliau terdiam dan terus berlalu.

Saya sedut kisah ringkas ini sebagai berkongsi idea bahawa ramai dari kalangan kita bertanggapan sedemikian. Bagi mereka, semua agama itu sama. Iaitu, sama-sama mengajak kepada kebaikan.

Sedangkan nilai kebaikan itu berbeza. Apakah tidak memukul orang itu dikira baik?. Adakah menolong orang itu telah dikira baik?. Adakah,.. dan banyak lagi yang kita boleh persoalkan.

Namun, hakikat kebaikan itu sendiri membezakan antara agama Islam dengan agama-agama yang lain.

Kebaikan dalam Islam dinilai oleh Allah swt melalui syariat yang telah disampaikan oleh nabi saw. Manakala, kebaikan dalam agama Hindu, umpamanya telah dinilai baik pada kaca mata manusia. Selagi mana ramai orang berkata baik, maka baiklah bagi agama tersebut. Dengan kata lain, kebaikan itu berubah mengikut persepsi orang yang melihatnya.

Justeru, sudah tiba masanya kita berbicara pasal agama secara terbuka, jauh dari pengaruh nafsu beremosi ‘totok’. Juga telah sampai masanya kita keluarkan Islam dari ‘garage’ sensitif untuk diguna pakai dan dipamerkan pada kunjungan umum. Sifat Islam itu berkembang biak, bukannya ditaraf-milikkan secara sendirian.

Ini bermakna, tidak perlu lagi kita asyik menyelimut Islam atas alasan isu sensitif dan boleh membawa kepada perbalahan kaum.

Jika kita telah termatang minda, terbuka dada, tersedia pula berkongsi ilmu agar dapat dicambahkan, sudah pasti kita akan melihat Islam itu akan mendominasikan pentas.

Kita ada banyak ruang dan peluang untuk hal tersebut. Pengajaran moral tidak ke mana, makin diajar makin tidak bermoral kerana kita lebih mementingkan buah ajaran tanpa mengenali pokok asal perbahasan.

Jika dahulu isu seks dikira isu sensitif dan tidak boleh dibahaskan secara terbuka. Maka kini, ianya telah diperbincangkan secara meluas di dada ahkbar dan juga di kaca tv. Mengapa pula, isu agama tidak boleh menjejakinya?.

Kita akan menghormati sesuatu itu apabila kita mengetahui dan pula menyedari jatuh bagun perkara tersebut. Jika tidak, selama itulah kita dihantui dan diselaputi dengan pelbagai tohmahan dan prasangka yang tidak menentu.

Akhirnya timbullah perselisihan faham dan percanggahan idea. Hinggakan hukum hududpun telah dipertikaikan oleh orang yang bukan penganutnya, sedangkan hukum tersebut satu daripada puluhan ribu hukuman lain yang berselirat.

Jalan Ipoh, Kuala Lumpur
Seorang yang jahil tentang laluan jalan raya di Kuala Lumpur, sudah pasti akan memusuhi bandaraya ini. Berkemungkinan bertaubat mati tidak akan mengunjungi lagi dek keseliratan jalan yang telah menyesatkan beliau tadi.

Adapun bagi mereka yang telah berada di sana, bahkan menjadi pemustautin pula, tiada sekelumitpun rasa risau, bimbang dan berkecil hati lantaran keseliratan jalan tersebut. Kata pepatah Arab, “Penduduk Mekah lebih mengetahui tentang laluannya”. (أهل مكة أدرى بشعبها)


No comments:

Post a Comment