Thursday, November 22, 2012

OPSS…TERDOA...

=====================Tergigit Lidah===================

Isu doa masih hangat diperkatakan. Akhbar-akhbar utama bingkas bangun terus menolak agar ditarik balik. Berleretan sehingga isu murtad. Pak mufti masih dalam kebingungan dan bisu menyelimutkan diri. Opss...sorry, bukan menyelimut, tetapi menyelamatkan diri.

Ingin saya berkongsi dengan tuan-tuan tafsiran ayat dari surah al-Anfal (8:67) :
$tB šc%x. @cÓÉ<oYÏ9 br& tbqä3tƒ ÿ¼ã&s! 3uŽó r& 4Ó®Lym šÆÏ÷WムÎû ÇÚöF{$# 4 šcr߃̍è? uÚttã $u÷R9$# ª!$#ur ߃̍ムnotÅzFy$# 3 ª!$#ur îƒÍtã ÒOŠÅ3ym ÇÏÐÈ
67.  Tidak patut, bagi seorang nabi mempunyai tawanan sebelum dia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda keduniaan, sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untukmu), dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


Suka saya petik ungkapan dari tafsir al-Qurtubi (jld. 7, ms 31) seperti berikut :

روى الأعمش عن عمر بن مُرة عن أبي عبيدة عن عبدالله (بن مسعود رضي الله عنه) قال: لما كان يوم بدر جيء بالأسارى وفيهم العباس، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم :"ما ترون في هؤلاء الأسارى"؟ فقال أبو بكر : يا رسول الله، قومك وأهلك، استبقهم لعل الله يتوب عليهم. وقال عمر : كذّبوك وأخرجوك وقاتلوك، قدّمهم فاضرب أعناقهم. ...

فدخل رسول الله صلى الله عليه وسلم ولم يردّ عليهم شيئا. ... فخرج رسول الله  صلى الله عليه وسلم، فقال : "إن الله تعالى ليلين قلوب رجال حتى تكون ألين من اللبن، ويشدد قلوب رجال حتى تكون أشد من الحجارة". مثلك يا أبا بكر مثل إبراهيم قال"فمن تبعني فإنه مني ومن عصاني فإنك غفور رحيم". (إبراهيم : 36)، ومثلك يا أبا بكر مثل عيسى إذ قال : "إن تعذبهم فإنهم عبادك وإن تفغرلهم فإنك أنت العزيز الحكيم". (المائدة : 118).

ومثلك يا عمر كمثل نوح عليه السلام إذ قال : "رب لا تذر على الأرض من الكافرين ديارا". (نوح : 26)، ومثلك يا عمر مثل موسى عليه السلام إذ قال : "ربنا اطمس على أموالهم واشدد على قلوبهم فلا يؤمنواحتى يروا العذاب الأليم" (يونس : 88).

 " أنتم عالة فلا ينفلتنّ أحد إلا بفاء أو ضربة عنق".

Nabi saw berbincang dengan para sahabat ra mengenai kedudukan tawanan perang (Peperangan Badar). Pandangan dari Abu Bakar ra agar dikenakan bayaran denda lantaran mereka itu sanak saudara mereka. Pandangan Umar ra pula meminta nabi saw mengizinkan beliau memancung leher-leher mereka lantaran kezaliman dan penindasan yang mereka telah lakukan ke atas nabi saw.

Rentetan itu, nabi saw membuat penilaian ke atas pandangan tersebut lalu menyebut bahawa pandangan Abu Bakar ra itu seumpama doa nabi Allah Ibrahim as dan juga doa nabi Isa as.

Manakala Umar ra pula seperti doa nabi Nuh as dan juga nabi nabi Musa as.

Pandangan saidina Abu Bakar dan saidina Umar ra tadi ada model yang diiakan oleh nabi saw. Tiada pula nabi saw menegur tindakan Umar ra dan menyebelahi tindakan Abu Bakar ra.

Betapa hikmahnya nabi saw apabila mengambil jalan tengah, iaitu dikenakan denda ke atas setiap tawanan perang dan jika mereka ingkar, maka tindakan bunuh dijatuhkan.

Seolah-olah nabi saw mengisyaratkan kepada kita bahawa ada dua peringkat tindakan yang perlu diambil apabila berdepan dengan situasi seumpama ini : Pertama  iaitu denda, dan kedua iaitu hukuman bunuh.

Kembali kepada isu doa yang kecoh bagaikan ayam betina gilakan sangkak. Adakah ia dibenarkan ataupun ia patut dikendurkan sedikit demi meraikan rakan-rakan dari parti lawan?

Mari kita letakkan diri kita sebagai isteri kedua dalam kes bermadu. Pandangan isteri kedua ini agak tenang meskipun digelar perampas suami orang. Hasratnya, sekadar menumpang kasih mencurah rindu pada si abang. Maka, sudah pasti doanya yang dipanjat, siang dan malam, pagi dan petang, agar dikekalkan Allah rumahtangga yang terbina serta dibahagiakan hidup bersama si madunya itu.

Bersalahan pula dengan doa si isteri pertama. Bait-bait yang diatur, disusun dan dipanjatkan kala dinihari ke hadrat Ilahi agar dimusnahkan si madunya itu. Ada kemungkinan sampai ke tahap agar Allah mematikan nafsunya terhadap suami kesayangannya. Kejamnya isteri pertama tadi.

Saya bawakan analogi ini bukan bermaksud saya mencela atau membela. Hanya sekadar membidal agar mudah dimengertikan. Hanya itu.

Maksud saya, kita sering meletakkan diri kita di alam zon selesa. Zon yang tidak banyak ‘cekadak’. Zon damai dan tiada pula pertembungan hasrat dan cita-cita. Maka di kala itu, sudah semestinya persepsi kita agar diteruskan kedamaian tersebut. Janganlah ada kiranya sekelumit gangguan yang mengusik mimpi-mimpi indah yang dilayari bersama.

Sedangkan jika kita men’download’kan perasaan serba macam pahit maun dan jerih payah serta suka duka mereka yang dizalimi, maka sudah pasti jiwa dan sanubari kita turut terubah. Di kala itu, sumpah seranah, caci cela menjadi asam garam dan lauk pauk sepanjang perjalanan hidup. Masakan tidak, nikmat hidup sebagai insan bebas disekat, makan minum disukat, bermain bersukan turut dijerat, hidung mata dan telinga dipulas, dicubit dan disendat.

Aduhnya terbawa ke dalam tidur. Mimpi ngeri bersulamkan  igauan yang menakutkan dek penindasan dan kezaliman yang berlarutan. Anak-anak Palestin sahaja mampu membicarakan.

Pada saat dan detik itu, maka doa restu ke hadrat Tuhan Yang Satu, dipujuk dan dirayu, agar pancaran sinar kehidupan menyimbah daratan. Pada siapakah lagi hajat hendak diutarakan, jika tidak kepada Tuhan Yang Maha Bertindak atas segala macam penindasan. Nah...di kala itu, kita mengatakan doa mereka tersebut adalah bertepatan.

Justeru, kita adalah di mana kita berada. Pepatah Arab ada menyebut, “Puisi itu adalah anak kepada persekitarannya” (  الشعر ابن بيئته).

Harapan kita agar Allah memberikan sinar harapan kepada mereka yang benar.

No comments:

Post a Comment