Tuesday, November 20, 2012

JAKIM DAH MULA MENGORAK LANGKAH...

=====================Cubit Sikit====================

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membuka pusat perlindungan untuk pesakit HIV/Aids di sini pada 2014, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata pusat perlindungan itu yang diberi nama 'Ilaj home' adalah untuk memberi rawatan khusus bagi pesakit yang dijangkiti HIV/Aids menggunakan kaedah dan pendekatan rawatan berasaskan Islam. (malaysiakini, 20/11/2012)
Suatu langkah yang bijak untuk menjinakkan insan yang liar dengan Islam. Rata-rata kita bercakap tentang penyakit ummah, namun tidak pula dibahaskan tentang ubat penawarnya. Ramai pula berbicara mengenai punca yang  mengakibatkan sesuatu itu, jarang pula yang mencari jalan penyelesaian.

Rasulullah, meskipun kedatangan Baginda saw bukan untuk menjadi doktor perawat, namunnya dek kerahmatan yang diutuskan bersama, maka sudah pasti bersama Baginda saw ada penawar yang mujarab.

Dalam al-Quran menyebut ayat-ayat Allah itu sebagai penawar dan rahmat untuk orang yang beriman. Dari itu, untuk memperolehi rahmat tersebut, maka sudah semestinya hendaklah si beliau tadi beriman terlebih dahulu.

Tuan Sheikh Khalid, guru kepada guru saya amat menitik beratkan situasi rawatan ini hendaklah seorang yang menyakinkan diri bahawa Allah swtlah Maha Penyembuh. Perawat pula sekadar berusaha semampu kita, selebihnya hanya berserah kepada Yang Maha Kuasa.

Tetap sayangnya, apabila saya membaca hasrat Jakim ini, tidak pula dijelaskan kaedah rawatan Islam yang hendak diperkenalkan. Hanya dimaklumkan menggunakan sukatan Kementerian Pelajaran, katanya :"Antara pendekatan Islam yang dilaksanakan ialah menggunakan sukatan mata pelajaran di bawah Kementerian Pelajaran seperti kelas Pendidikan Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain (J-Qaf) dan Kelas Fardhu Ain (Kafa)”.

Jika itu, tidaklah sesuai dinamakan ‘ilaj home (rumah rawatan). Maksud ‘ilaj itu sendiri bermaksud rawatan yang menggunakan ubat-ubatan, herba dan sebagainya.

Alangkah moleknya jika kaedah rawatan Islam digunakan menerusi bacaan ayat-ayat khusus berkaitan dengan penyakit Aids tersebut.

Antaranya, dibacakan surah Yaasin, surah al-Balad (7x) dan beberapa surah yang lain berkaitan pada air hujan untuk dimandikan pesakit itu.

Insya Allah, jika diizinkan Allah swt, pesakit itu akan memperolehi kesembuhan dari-Nya.

No comments:

Post a Comment