Thursday, November 1, 2012

KORBAN KORPORAT vs KORBAN IBRAHIM as.

==================== Sisipan Minda ===================

Ibadah Korban :
Perlukan penghayatan yang sewajarnya
Penghayatan nilai ibadah korban perlulah diterapkan ke dalam hati setiap individu yang melaksanakan ibadah tersebut. Kisah Khalilullah nabi Ibrahim as. hendaklah disemai dan disemat ke dalam diri agar ianya terus berkembang biak sebagai pewangi tika melaksanakan ibadah suci ini.

Al-Quran menjelaskan situasi ini dengan menyebut secara terperinci perjalanan dakwah Khalilullah nabi Ibrahim as.

BERTEMBUNG DENGAN RAJA NAMRUD
Kesan peninggalan Raja Namrud di Babylon
Nama sebenar Raja Namrud ialah Namrud bin Kanaan. Seorang pemerintah yang zalim, angkuh lagi sombong. Tempoh pemerintahannya selama 400 tahun. Manakala rakyatnya pula menyembah berhala dan bintang. Dari itu, para ahli nujum mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi beliau.

Suatu ketika, para ahli nujum telah membayangkan kepadanya seorang bayi yang akan dilahirkan dan mampu menghancurkan kerajaannya. Lantas, beliau mengeluarkan arahan supaya dibunuh semua bayi lelaki yang lahir bimbang akan kerajaannya akan tergugat.  

LAHIRNYA NABI IBRAHIM AS.
Dalam suasana cemas ini, Khalilullah nabi Ibrahim as. telah dilahirkan. Tempat yang dipilih oleh ibunya ialah di dalam gua. Lalu, dibiarkan sendirian sehingga beberapa minggu atas faktor keselamatan, dan kemudiannya baharulah dibawa pulang dan terlepaslah dari arahan pembunuhan tersebut.

Pertembungan antara keangkuhan Raja Namrud dan Kebesaran Allah swt. Raja Namrud inginkan semua bayi lelaki dibunuh, namun Allah swt ingin Khalilullah nabi Ibrahim as. dihidupkan.

Hidup untuk menentang keangkuhan dan kezalimannya. Lalu Allah swt memelihara (Allah swt lah sebaik-baik Pemelihara) semasa ditinggalkan sendirian di dalam gua dengan menghisap jarinya sebagai laluan untuk mengisikan kekosongan perutnya sebagai bayi yang berhajatkan kepada makanan.

BERTEMBUNG DENGAN DATUKNYA
Khalilullah nabi Ibrahim as. tinggal dan dibesarkan bersama datuknya (bapa ibunya). Datuknya adalah seorang yang pakar ilmu perbintangan dan Raja Namrud pula menlantiknya sebagai penasihat. Kerjayanya sebagai pembuat patung-patung berhala untuk dijual dan disembah oleh kaumnya.
Perhatikan firman Allah swt dalam surah Maryam, ayat 41-42 :

öä.øŒ$#ur Îû É=»tGÅ3ø9$# tLìÏdºtö/Î) 4 ¼çm¯RÎ) tb%x. $Z)ƒÏdϹ $Î;¯R ÇÍÊÈ øŒÎ) tA$s% ÏmÎ/L{ ÏMt/r'¯»tƒ zNÏ9 ßç7÷ès? $tB Ÿw ßìyJó¡tƒ Ÿwur çŽÅÇö7ムŸwur ÓÍ_øóムy7Ytã $\«øx© ÇÍËÈ
41.  Ceritakanlah (hai Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Al Kitab (Al Quran) ini. Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan  lagi seorang nabi.
42.  Ingatlah ketika dia berkata kepada bapanya; "Wahai bapaku, Mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak pula dapat menolong kamu sedikitpun?

Perhatikan bagaimana lunaknya nabi Ibrahim as. berhujjah dengan datuknya yang dianggap sebagai bapanya. Walaupun datuknya itu seorang penyembah berhala, kasih sayang terhadap datuknya tetap mekar. Namun, Baginda as tetap dengan keimanannya kepada Allah Yang Maha Esa, jauh sekali untuk menyembah berhala sebagaimana yang telah dibudayakan oleh kaumnya.

HUJJAH LOGIK
Khalilullah nabi Ibrahim as. cuba berhujjah secara logik dengan datuknya. Katanya, “Berhala itu tidak dapat mendengar, tidak boleh melihat dan tidak pula mampu mendatangkan apa-apa kemanfaatan”.


Lokasi penyembahan berhala

Khalilullah nabi Ibrahim as. tidak boleh mendiamkan diri, dengan membiarkan datuknya hidup dalam kesesatan. Lalu Baginda as bertindak lebih agresif dengan memecahkan semua berhala yang mereka sembah, kecuali yang terbesar dan dibiarkan.

HANCURKAN BERHALA
Akhirnya Baginda as disyakki melakukan pemecahan tersebut, lalu ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Di sini,  Baginda as berpeluang untuk berhujjah pula dengan Raja Namrud dan kuncu-kuncunya. Hujjahnya, “Berhala tidak boleh memberikan apa-apa kemanfaatan ataupun kemudharatan, sebaliknya Allahlah yang menghidup dan mematikan”.

Lihatlah firman Allah swt dalam surah Maryam, ayat 45-46 :

ÏMt/r'¯»tƒ þÎoTÎ) ß$%s{r& br& y7¡¡yJtƒ Ò>#xtã z`ÏiB Ç`»uH÷q§9$# tbqä3tGsù Ç`»sÜøŠ¤±=Ï9 $wŠÏ9ur ÇÍÎÈ tA$s% ë=Ïî#ur& |MRr& ô`tã ÓÉLygÏ9#uä ãLìÏdºtö/Î*¯»tƒ ( ûÈõs9 óO©9 ÏmtG^s? y7¨ZuHädöV{ ( ÎTöàf÷d$#ur $|Î=tB ÇÍÏÈ
45.  Wahai bapaku, “Sesungguhnya Aku khawatir bahwa kamu akan ditimpa azab dari Tuhan yang Maha Pemurah, maka kamu menjadi kawan kepada syaitan".
46.  Berkata bapanya: "Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, Hai Ibrahim? jika kamu tidak berhenti, maka niscaya kamu akan ku rejam, dan tinggalkanlah aku buat waktu yang lama".


NABI IBRAHIM DIHALAU
Khalilullah nabi Ibrahim as. diberi kata dua, berhenti berdakwah atau menerima padah dihalau daripada rumah dan akan berjauhanlah dengandatuknya.
Firman Allah swt dalam surah Maryam, ayat 47-48 :

tA$s% íN»n=y y7øn=tã ( ãÏÿøótGór'y y7s9 þÎn1u ( ¼çm¯RÎ) šc%x. Î1 $|Ïÿym ÇÍÐÈ öNä3ä9ÍtIôãr&ur $tBur šcqããôs? `ÏB Èbrߊ «!$# (#qãã÷Šr&ur În1u #Ó|¤tã Hwr& tbqä.r& Ïä!%tæßÎ/ În1u $|É)x© ÇÍÑÈ
47.  Berkata Ibrahim: "Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan memintakan ampun bagimu kepada Tuhanku. Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku.
48.  Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang kamu seru selain Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku".

Inilah ucapan selamat dan mengelak dari pertelingkahan, sedangkan tugas dakwah telah dakwah telah dilaksanakan. Namun, nabi Ibrahim as tetap mencari laluan baru untuk menyebar dakwah tersebut sehinggalah Baginda as dibakar dalam unggunan api yang besar dan dihalau daripada bernaung di bawah empayar Raja Namrud di Babylon.

MENUJU PALESTINE
Dari situ, Khalilullah nabi Ibrahim as. bergerak menuju ke Palestine sebagai tapak baharu untuk penyebaran dakwah demi mengabdikan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Tugas dakwah yang dipikul belum selesai. Nabi Ibrahim as diarah menuju ke Mekah, bumi yang bertanah gersang dan tiada penghuni untuk menerima ujian Allah swt.

MENUJU MEKAH
Baginda as bergerak ke sana bersama isterinya (isteri ke-2) Siti Hajar. Manakala isteri pertamanya, Siti Sarah ditinggalkan di Palestine. Hasrat hatinya inginkan seorang anak sebagai pewaris tugas kenabian. Dibiarkan isteri keduanya itu sendirian di bumi gersang, tiada berair dan tiada pula berpenghuni, dengan nekad tulus hati dan jiwa berserah hanyasanya kepada Yang Maha Esa.

Dalam tempoh beberapa purnama, Baginda as. pulang ke bumi Palestine bagi melihat keadaan isteri pertamanya, Siti Sarah. Amat membanggakan hatinya kerana isterinya itu telah melahirkan seorang anak yang diberi nama Ishak. Di sanalah juga, nabi Ibrahim as. dianugerah Allah swt. sebagai ganjaran dakwah dua nabi as., iaitu nabi Ishak a.s. dan anaknya nabi Yaakub as. yang seterusnya melahirkan keturunan Bani Israel. (Isra_eel dalam bahasa Hebrew, jika dalam bahasa Arab dipanggil Abdullah, iaitu Hamba Allah).

KASIH SAYANG BERPUTIK
Diringkaskan cerita, suasana kegembiraan yang menyeliputi hati nabi Ibrahim as. dengan kelahiran anaknya nabi Ismail dan nabi Ishak, maka sedikit sebanyak telah berputik rasa kasih dan sayang ke dalam hati Baginda as.

Saya cuba membawa tuan-tuan menghayati suasana ini. Ia bagaikan seorang bapa, sedari kecilnya inginkan belaian seorang bapa, tetapi terganggu dek perbezaan aqidah keagamaan. Kini, bapa tersebut telah lanjut usia dan inginkan pula zuriat pewaris untuk dibelai, dikasih dan disayang. Sebaik sahaja ianya mula berputik dan tanda-tanda kemekaran mula menampil, tiba-tiba ianya disambar dan direntap. Rentapan sekilat ini mampu mengugatkan kekuatan diri dan mengundang kemurungan jiwa.

Inilah yang dilalui nabi Ibrahim as. Perasaannya yang sukar untuk digambarkan. Hanya mereka yang melalui sahaja, mampu mendekatinya.

Renungkan firman Allah swt dalam surah al-Saaffat, ayat 102 :

$¬Hs>sù x÷n=t/ çmyètB zÓ÷ë¡¡9$# tA$s% ¢Óo_ç6»tƒ þÎoTÎ) 3ur& Îû ÏQ$uZyJø9$# þÎoTr& y7çtr2øŒr& öÝàR$$sù #sŒ$tB 2ts? 4 tA$s% ÏMt/r'¯»tƒ ö@yèøù$# $tB ãtB÷sè? ( þÎTßÉftFy bÎ) uä!$x© ª!$# z`ÏB tûïÎŽÉ9»¢Á9$# ÇÊÉËÈ
102.  Maka tatkala anak itu sampai (pada umur baligh), Ibrahim berkata: "Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" Dia menjawab: "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".
Allahuakbar! kasihnya Allah terhadap hambanya dengan mengangkat hambanya itu menerusi ujian. Jalan pintas.

UJIAN ALLAH
Perjalanan untuk mendekatkan diri kepada Allah swt pelbagai, menerusi bacaan al-Quran, bersolat malam, bersedekah, berkorban dan sebagainya. Namun, jalan pintas dan lebih cepat ialah menerusi ujian. Apabila diuji, kita merasakan betapa rendah dan hinanya diri kita di hadapan Rabul Jalil. Lantas, kita mula mendekatkan diri melalui solat dan sabar. Apabila lulus ujian tersebut, maka kita telah diangkat satu darjat ke sisi Allah swt. Semua kita inginkan darjat ini. Darjat dan kedudukan yang berjirankan Allah swt.

Nabi Ibrahim as. bersama anakandanya yang dikasihi, nabi Ismail as. lulus dalam ujian tersebut.

Firman Allah swt dalam surah yang sama, ayat 103-107 :

!$£Jn=sù $yJn=ór& ¼ã&©#s?ur ÈûüÎ7yfù=Ï9 ÇÊÉÌÈ çm»oY÷ƒy»tRur br& ÞOŠÏdºtö/Î*¯»tƒ ÇÊÉÍÈ ôs% |Mø%£|¹ !$tƒöä9$# 4 $¯RÎ) y7Ï9ºxx. ÌøgwU tûüÏZÅ¡ósßJø9$# ÇÊÉÎÈ žcÎ) #x»yd uqçlm; (#às¯»n=t7ø9$# ßûüÎ7ßJø9$# ÇÊÉÏÈ çm»oY÷ƒysùur ?xö/ÉÎ/ 5OŠÏàtã ÇÊÉÐÈ
103.  Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ).
104.  Dan kami panggillah dia: "Hai Ibrahim,
105.  Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, Sesungguhnya demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.
106.  Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
107.  Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

Justeru itu, layaklah nabi Ibrahim as. digelar khalilullah iaitu teman Allah swt. lantaran ujian dan pengorbanan yang dilalui oleh Baginda as.

RUH KORBAN
Semangat pengorbanan itulah yang perlu dijadikan model untuk digarap dan ditanam ke dalam diri kita agar ianya membuahkan hasil yang baik di akhirat nanti.

Maka itu, agak bersalahanlah dengan mereka yang hanya melaksanakan ibadah korban ala remote control, tiada titisan peluh, penat lelah jauh sekali, yang ada cuma segenggam duit disakukan kepada jawatan kuasa surau/masjid untuk merealisasikannya. Meskipun demikian, ada baiknya juga berbanding yang langsung tiada hulur bersampul.

Sama-samalah kita fikirkan agar nilai pergorbanan itu mampu berada pada tahap yang semaksimum mungkin, nanti kelak membuahkan impak yang tinggi ke dalam diri kita. والله أعلم

No comments:

Post a Comment