Showing posts with label Sisipan aktiviti PBA. Show all posts
Showing posts with label Sisipan aktiviti PBA. Show all posts

Sunday, September 11, 2016

KUNJUNGAN MENTERI PENDIDIKAN

Pada 27hb Okt 2015, PBA IPG Kampus Pendidikan Islam berasa amat bertuah lantaran kunjungan rasmi Menteri Pendidikan Malaysia, Y.B. Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid. Semasa kunjungan tersebut, YB menteri telah diberi penerangan mengenai keperluan kepada wujudnya sebuah bangunan khusus untuk pusat bahasa Arab. Ini bagi memudahkan lagi proses pengukuhan bahasa dalam kalangan guru-guru bahasa Arab di sekolah.





MUKHAYYAM ARABI

Pada 30hb April 2016 yang lalu, Jabatan Bahasa Arab, IPG Kampus Pendidikan Islam telah berjaya melaksanakan Mukhayyam Arabi selama dua hari di Cyberjaya. Pelbagai aktiviti yang diadakan demi memberi keyakinan kepada peserta untuk bertutur dalam bahasa Arab. Tahniah diucapkan kepada semua jk yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Sekalung tahniah juga dirakamkan buat puan pengarah atas kesudian untuk merasmikan mukhayyam ini.




MENERIMA KUNJUNGAN ROMBONGAN PBA SELANGOR

Pada 21hb April 2016 yang lalu, kami telah menerima kunjungan hormat ahli rombongan Pusat Bahasa Arab Selangor. Dalam majlis tersebut, kami sempat bersoal jawab dan bertukar-tukar pandangan mengenai aktiviti pengukuhan bahasa Arab yang dianjurkan menerusi kursus dan juga seminar secara berkala. Terima kasih atas kesudian tersebut.



Lawatan PBA ke Sek Antrabangsa Putrajaya



Pada 18hb. April 2016 yang lalu, Pusat Bahasa Arab, IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi telah mengadakan satu kunjungan persahabatan ke International Modern Arabic School di Putrajaya. Kunjungan tersebut berjalan seperti yang dirancangkan. Terima kasih kami selayaknya kepada pihak pentadbir sekolah tersebut atas layanan baik yang diberikan.

Tuesday, August 25, 2015

Kunjungan Delegasi Lombok

Pada 24hb Ogos 2015, semalam, Pusat Bahasa Arab,  IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Lombok. Kunjungan seramai 8 orang pegawai itu menambahkan lagi hubungan dua hala antara Lombok dan IPG Kampus Pendidikan Bangi.


Monday, August 24, 2015

Persidangan Kebangsaan Bahasa Arab NCAL2015

IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi telah berjaya menganjurkan satu persidangan peringkat kebangsaan bahasa Arab




yang dihadiri daripada pelbagai lapisan ilmuan, guru-guru bahasa Arab di sekolah, pegawai pendidik juga para pensyarah universiti tempatan.

Persidangan tersebut telah berlangsung selama dua hari,  18 dan 19hb Ogos 2015.

Kursus Asas Kemahiran Berbahasa Arab

Pusat Bahasa Arab, IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi telah berkongsi kemahiran berbahasa Arab bersama-sama pegawai INSPEN. Kursus tersebut telah berlangsung selama 3 minggu, bermula 27hb Julai sehingga 14hb Ogos 2015.


Saturday, April 18, 2015

Bengkel Pemantapan Bahasa Arab Guru2 SMAN/SMAR

Alhamdulillah,  bengkel tersebut telah sempurna dijalankan pada 24-26hb. April 2015 di IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi anjuran Pusat Bahasa Arab (PBA) dengan kerjasama Jakim.




Sekitar Majlis Perasmian Pusat Bahasa Arab, IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi

Tuan Rektor IPGM, Tuan Sulaiman bin Wak sedang menandatangani plag perasmian sebagai tanda terasmilah sudah Pusat Bahasa Arab (PBA), IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi 15hb. April 2015. Sekalung penghargaan kami hulurkan atas kesudian tuan.




Persidangan Kebangsaan Bahasa Arab NCAL2015