Saturday, December 15, 2012

SATU BINTANG BUAT ZAHID

====================Hujan Mencurah=================

KUALA LANGAT 14 Dis. - Satu lagi sejarah terukir apabila upacara penamaan dan pelancaran kapal latihan Gagah Samudera milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini.
(Utusan Online)

Terasa megah dan sangat berbangga sebagai anak kelahiran watan ini. Sebuah kapal hasil tangan anak tempatan dengan kerjasama syarikat Korea. Dilengkap pula dengan teknologi terkini. Namapun gah segagah namanya, Gagah Samudera.

Namun, apa yang menghairankan saya apabila ianya disempurnakan perasmiannya oleh isteri Perdana Menteri. Sehingga kini, saya masih tercari-cari signifikannya antara kapal TLDM ini dengan isteri PM.

Seeloknya, biarlah lelaki bagi menampilkan kegagahan dan kehandalan. Tanpa menafikan kekuatan isteri PM kita ini. Cuma terasa semacam kurang kesignifikannya itu.

Sebaliknya, jika diukur dari sudut politiknya, maka sudah pasti tahap signifikannya amatlah tinggi. Bahkan bertepatan sekali. Lebih-lebih lagi ianya sudah hampir benar dengan pilihanraya. Semua kita sudah tidak sabar-sabar menanti.

PENDEKAR MULA BERSUARA

====================Guruh Berdentum=================
KUALA LUMPUR – Kerajaan bertegas dengan pendiriannya tidak membenarkan sisa daripada kilang Lynas ditinggalkan dalam negara ini. (Sinar Harian, 15/12/2012).

Nah terserlahlah kini bahawa sisa buangan kilang tersebut, tidak sedikit, mungkin banyak kesan negatif kepada keselamatan.  Jika selamat, biarkan aje lah dinyahhapuskan di negara ini.

Beginilah sistem ‘cacamarba’ yang berselerak di sana sini lantaran barisan pimpinan yang sebahagiannya bukan sahaja tidak ihklas, tetapi juga terselit kepentingan tertentu. Apabila NGO dan pakatan pembangkang memprotes, dimarah dan dicerca. Walhal, hakikatnya keselamatan rakyat dan negara tergadai murah.

Nanti, akan ada pula pegurus projek dari mat saleh itu minta ianya dihapuskan di negara kita. Bagaimanalah pula ‘gamaknya’ cerita si menteri ni ? Adakah daripada watak pendekarnya itu bertukar watak pengecut, terus cabut lari, menghilangkan diri ?

Kemudian, dibawa ke meja rundingan yang ‘berRMRM’ lalu diputuskan bahawa sisa buangan itu selamat untuk dihapuskan di negara ini.

Lagi sekali para NGO akan berdemo dan terus berdemo. Namun kata putus tak boleh diubah lagi. Roda ‘cacamarba’ ini akan terus berputar selagimana ianya tidak dihentikan.

PAPAN PULA DISALAHKAN...

=====================Renyai-renyai==================

Datuk K Rajagobal

KETUA jurulatih Datuk K. Rajagobal meminta anak buahnya supaya melupakan episod duka kekalahan kepada Thailand, semalam. "Kesemua pemain telah memberikan satu persembahan yang terbaik malahan peminat Thailand sendiri mengatakan bahawa kita bermain dengan baik cuma pengadilan tidak menyebelahi kita,"  katanya yang menerima kekalahan tersebut dengan hati terbuka. (Sinat Harian, 15/12/2012)

Inilah yang sering berlaku. Apabila tewas, maka lagu Helah Bela Diri akan didendangkan sebagai menutup kelemahan dari jelingan ramai.

Saya pada hakikatnya taklah berminat sangat menonton bola, bukannya kerana tiada semangat patriotik, tetapi lenggok permainan itu kadang kala menculakan semangat.

Ada yang mengulas bahawa rentak permainan yang hambar. Rentak permainan sedemikian rupa adalah berpunca daripada latihan yang juga sedemikian rupa. Mana mungkin, jika latihan mantap, maka sudah pasti rentak permainan juga mantap. Usahlah asyik bergantung kepada ihsan pengadil. Perangai pengadil tak boleh diubah,  sebaliknya perangai pemain dan jurulatihlah yang boleh diubah.

Apa kata, ubahkan ketua jurulatihnya, pasti rentak pemainnya juga akan turut berubah.

Friday, December 14, 2012

MEMAHAMI POLITIK ALIRAN PROFESOR

=====================Awan Mendung==================
Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Pas dan UMNO bersaudara dalam agama. Begitulah bunyi tajuk kupasan oleh Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr MAZA) dalam malaysiakini (14/12/2012). Katanya, “Tidak menjadi masalah bersaing dalam politik. Tidak menjadi masalah juga bercita menukar kerajaan atau mengekalkannya. Namun, antara orang PAS dan Umno, di sebalik tembok parti, mereka kena ingat mereka saudara seagama. Banyak perkara dalam kehidupan ini yang mereka berkongsi perkara yang sama”.

Syabas buat Dr MAZA atas keberanian mengutarakan pandangan. Semoga ikhlas dalam berungkapan sedemikian. Saya tahu, beliau ramai pengikutnya yang juga terdiri dari kalangan profesional yang kebanyakan mereka lebih selesa sebagai penonton, terkadang sebagai pengulas, tak kurang juga sebagai pengampu.

Seeloknya saudara MAZA kupaskan terlebih dahulu istilah ‘saudara’ yang beliau maksudkan agar perbahasan berikutnya menjumpai titik koordinat. Jika tidak, sampai bilapun, garisan itu tetap selari dan tiada titik pertemuan antara dua kumpulan ini.

Perkataan ‘saudara’ memiliki pelbagai maksud. Saudara seibu seayah. Saudara sepermainan. Saudara sepangkat. Saudara semajlis dan sebagainya.

Saudara juga membawa makna ciri keserupaan yang dimiliki bersama agar wujud aliran keamanan dan keharmonian.  

Namun apabila kita berbicara tentang ‘saudara’ seagama bermakna kita akan mencedok penawar yang dihidangkan Nabi saw menerusi surah al-Hasyr (59 : 7) :

... 4 !$tBur ãNä39s?#uä ãAqߧ9$# çnräãsù $tBur öNä39pktX çm÷Ytã (#qßgtFR$$sù 4 ... ÇÐÈ
Bermaksud : “…apa yang diberikan Rasul kepadamu, Maka terimalah. dan apa yang dilarangnya bagimu, Maka tinggalkanlah...”.

Hasil menjunjung kasih kepada Nabi saw, maka akan terjalinlah ruh persaudaraan yang sejati. Lihatlah surah al-Hasyr (59 : 9) :

tûïÏ%©!$#ur râä§qt7s? u#¤$!$# z`»yJƒM}$#ur `ÏB ö/ÅÏ=ö7s% tbq7Ïtä ô`tB ty_$yd öNÍköŽs9Î) Ÿwur tbrßÅgs Îû öNÏdÍrßß¹ Zpy_%tn !$£JÏiB (#qè?ré& šcrãÏO÷sãƒur #n?tã öNÍkŦàÿRr& öqs9ur tb%x. öNÍkÍ5 ×p|¹$|Áyz 4 `tBur s-qム£xä© ¾ÏmÅ¡øÿtR šÍ´¯»s9'ré'sù ãNèd šcqßsÎ=øÿßJø9$# ÇÒÈ
Bermaksud : “Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka (Ansar) 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka (Muhajirin). dan mereka (Anshor) tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin); dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka Itulah orang orang yang beruntung”.


Mutiara ayat ini menjuruskan kita agar menyintai orang lain melebihi diri sendiri, meskipun di kala diri sendiri memerlukan.

Mari kita kupaskan hal ini. Menyayangi orang lain melebihi diri sendiri, padahal di kala itu kita menginginkan hal tersebut.

Sanggupkah sesetengan pimpinan UMNO untuk mendahulukan orang lain berbanding diri sendiri.? Sanggupkah mereka memberi laluan tender projek kepada orang Pas meskipun di saat itu mereka juga amat berhajat?

Jika kasih sayang ini terjalin, pasti kita tidak akan mendengar laporan akhbar akan kekayaan sesetengah pihak yang memiliki kekayaan yang melampau. Ambillah contoh Ketua Menteri Sarawak yang dianggarkan kekayaannya sehingga mencecah 64 billion.

Lihatlah projek-projek mega yang dibolot oleh golongan yang berkepentingan. Dari itu, Allah swt telah menegur kelompok ini dalam surah yang sama agar kekayaan itu tidak hanya berlegar dalam kalangan orang-orang yang berada sahaja.

Ingatan ini diluahkan sebelum ayat berkasih sayang dan semangat persaudaraan yang sepatutnya terjalin. Firman Allah swt dalam surah al-Hasyr (59:7):
... ös1 Ÿw tbqä3tƒ P's!rߊ tû÷üt/ Ïä!$uŠÏYøîF{$# öNä3ZÏB 4 ... ÇÐÈ
Bermaksud : “...supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang Kaya saja di antara kamu...”.

Perhatikan hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi :
عَن أبي هُريرةَ : أنّ رَجُلا بَاتَ بِه ضَيفٌ فَلَمْ يَكُن عِندَه إلا قوته وقوت صِبيانه، فَقال لامرأتِه : نَوِّمي الصِبية وأطفئي السِّراج وقرّبي للضيفِ ما عِندَك.
Bermaksud : Daripada Abi Hurairah : Seorang lelaki yang menjadi tetamu di rumah seorang sahabatnya, sedangkan beliau sendiri tiada makanan yang secukupnya, hanya mencukupi untuk anaknya dan keluarganya, lalu beliau berkata kepada isterinya : “Tidurkan anak itu, padamkan lampu dan hidangkan makanan kepada tetamu kita”.     
(Tafsir Qurtubi, jld. 18, ms 17)

Sanggupkah pimpinan UMNO menjejaki sirah ini. Jika sanggup, maka isu royalti minyak kepada Kelantan tak akan berlaku. Jalanraya yang  dirancang antara Gua Musang dan Kuala Krai tidaklah pula tergendala.

Atas dasar inilah dan banyak lagi yang mencalar dasar persahabatan yang dianjurkan Nabi saw.

Apa guna bersahabat
jika sahabat menikam dari belakang
apa guna berkawan
jika kawan makan teman
apa guna ada rakan
jika rakan macam setan.

Jika dizinkan, ingin saya bandingkan antara Pas dan UMNO ini semacam perlawanan bola di malam tadi antara Harimau Malaya dan Gajah Putih.  

Berani saya katakan, jika pengadil bertindak adil, sudah pasti layangan kad merah kepada pemain UMNO akan silih berganti, satu persatu lantaran kekasaran dan kezaliman yang dilakukan.  Contohnya, YB Datuk Mahfuz dan YB Salahudin menang dalam kes penahanan secara tidak sah dalam himpunan BERSIH 2.0 dan diperintahkan kerajaan membayar gantirugi kepada mereka berdua.

Justeru, Pas dan UMNO hanya akan bersatu apabila UMNO melunturkan semangat kebangsaan yang mereka julang. Pas pula hendaklah meniti titian dakwah dan anggaplah UMNO sebagai madu’u mereka, bukannya lawan mereka.