Showing posts with label sisipan rawatan. Show all posts
Showing posts with label sisipan rawatan. Show all posts

Tuesday, November 3, 2020

Pelancaran Buku Amalan Perawatan Islam


                                                            Kredit: En Nor Azman bin Wahab 


Saturday, December 3, 2016

BERTALAQQI ILMU PENGUBATAN

Pada 27hb. Nov 2016, dipermudahkan Allah swt untuk berlutut menadah ilmu pengubatan, bersama guru kepada guruku (ust Ku Othman bin Ku Ali), iaitu tuan Sheikh Khalid bin Sheikh Ibrahim al-Ibyari.

Majlis yang ringkas, namun penuh bermakna bagiku, khususnya dalam berkecimpung untuk bidang pengubatan Islam ini.

Moga Allah swt sentiasa mengurniakan kesihatan dan kebahagiaan kepada tuan Sheikh atas titisan ilmu yang diajar.

Thursday, June 12, 2014

BERTARUNG Dengan Jin

Ciptaan jin berbeza dengan ciptaan manusia. Manusia mempunyai tahap pemikiran yang lebih tinggi daripada jin. Manakala daya tenaga manusia pula jauh lebih lemah berbanding kekuatan yang ada pada jin.
Sebagai contohnya, Allah mencabar manusia terlebih dahulu sebelum mencabar kumpulan jin untuk mendatangkan sesuatu yang lebih hebat dari al-Quran (surah al-Isra’ : 88). Dalam situasi menerjah alam angkasa lepas, Allah terlebih dahulu pula mencabar jin, kemudian baharu diikuti kelompok manusia (ar-Rahman : 33).
Justeru, untuk manusia bertarung dengan jin secara fizikal, sudah pasti kumpulan manusia akan tewas. Namun, dengan bacaan ayat-ayat al-Quran beserta menekan kunci kelemahan jin mampu mematahkan keperkasaan jin tersebut. Antaran tempat yang melemahkan jin untuk dipicit ialah :
1) Antara ibu jari dan jari telunjuk.
2) Lengan, sebelum siku.
3) Bawah telinga, atas tengkuk.
4) Ibu jari kaki.
Semasa tempat-tempat tersebut dipicit atau ditekan, mohonlah pertolongan Allah swt agar menjauhkan perawat dan pesakit dari gangguan jin syaitan tersebut.

Insya Allah, sembuh dengan izin-Nya.

ISLAM dan Perubatan

Buku Amalan Perubatan Islam
Kedatangan Islam adalah merupakan cahaya bagi hati dan panduan bagi manusia seluruhnya. Maka di antara tanda-tanda kesyumulan Islam ialah lahirnya sistem perubatan secara Islam. Terdapat hadis-hadis yang mengandungi beberapa isyarat dan pendekatan tertentu terhadap perubatan.

Berbincang sesuatu mengenai buku ini bersama ustaz Arsyad, rakan lama dalam

Namun begitu, terdapat juga orang yang cuba mempertikaikan tentang hadis-hadis tersebut sama ada wahyu atau ijtihad Rasulullah. Ibnu Khaldun :  “Rasulullah diutuskan semata-mata untuk mengajar syariah kepada kita, bukannya untuk memperkenalkan perubatan atau seumpamanya”. Bagi Ibnu Qayyim : “Sesungguhnya perubatan Nabi adalah perubatan yang timbul daripada wahyu Allah.. Perubatan manusia lain, kebanyakannya adalah merupakan ramalan, prasangka dan percubaan-percubaan”.
Konsep Kesihatan dan Penyakit :
Ia merangkumi kesihatan di dunia dan juga di akhirat. Kesihatan badan bukanlah milik kita kerana kita tidak menciptakan diri kita sendiri. Al-Quran menjelaskan bahawa bala bencana keduniaan yang menimpa diri manusia adalah disebabkan oleh maksiat yang dikerjakannya.
Allah sebagai penyembuh, manakala para doktor dan ubat-ubatan adalah merupakan alat-alat untuk menyembuhkan penyakit. Firman Allah swt dalam surah al-Syua’ra’ (26 :80) :
#sŒÎ)ur àMôÊ̍tB uqßgsù ÉúüÏÿô±o ÇÑÉÈ
Bermaksud : “Apabila aku ditimpa kesakitan maka Dialah Penyembuhnya”.
Menurut Al-Razi : “Doktor hendaklah menyerahkan kepada allah dalam rawatannya dan dia hendaklah mengharapkan kepada-Nya agar memberikan kesembuhan tanpa bergantung sepenuhnya kepada keupayaan dan kerjanya semata-mata”.
Peranana doa :
Doa bermaksud memohon dan mengharapkan sesuatu yang baik dari Allah swt. Ibnu Qayyim :“Doa adalah sebaik-baik ubat untuk menghindarkan diri daripada segala mala petaka”. Kisah nabi Ayub dalam surah al-Anbiyaa’ (21:83)  :
* šUqƒr&ur øŒÎ) 3yŠ$tR ÿ¼çm­/u ÎoTr& zÓÍ_¡¡tB ŽØ9$# |MRr&ur ãNymör& šúüÏH¿qº§9$# ÇÑÌÈ
Bermaksud : “Dan ingatlah ketika Nabi Ayub mengadu kepada Tuhannya sesungguhnya aku telah disentuh kesusahan dan Engkau adalah sebaik-baik Yang Mengasihani”.
Hukum menuntut ilmu perubatan:
Hukumnya adalah Fardhu Kifayah. Semakin sedikit orang yang melakukan tanggungjawab ini, maka semakin banyaklah pahala yang diperolehi mereka. Sememangnya Allah apabila mengasihi seseorang, Dia akan menurunkan ujian kepada hambaNya. Firman Allah swt. dalam surah al-Ankabūt (29:2) :
|=Å¡ymr& â¨$¨Z9$# br& (#þqä.uŽøIムbr& (#þqä9qà)tƒ $¨YtB#uä öNèdur Ÿw tbqãZtFøÿムÇËÈ
Bermaksud : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka itu dibiarkan sahaja setelah mereka berkata : Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji”.
Hukum mengubat :
Mengubati pesakit adalah suatu kewajipan bagi orang yang mengetahuinya. Ia juga merupakan salah satu daripada ciri-ciri bersyukur kepada anugerah Allah dan Allah berjanji akan menambahkan lagi keberkatan ilmu yang dimilikinya.
Para ulama’ telah bersepakat bahawa menolong orang yang dalam kesusahan adalah satu usaha untuk mendampingkan diri kepada Allah swt. dalam surah al-Isra’ (17:82) :
ãAÍit\çRur z`ÏB Èb#uäöà)ø9$# $tB uqèd Öä!$xÿÏ© ×puH÷quur tûüÏZÏB÷sßJù=Ïj9   Ÿwur ߃Ìtƒ tûüÏJÎ=»©à9$# žwÎ) #Y$|¡yz ÇÑËÈ
Bermaksud : ‘Dan Kami turunkan daripada al-Quran itu apa-apa yang menjadi penawar dan rahmat kepada orang-orang yang beriman”...
Semoga tulisan ini memberi sedikit pencerahan minda kepada kita dalam dunia yang perubatan, khususnya pembomohan dan perjampian yang terkadang terselit kekhurafatan dan kemengarutan.