Ciptaan jin berbeza dengan ciptaan manusia. Manusia mempunyai tahap pemikiran yang lebih tinggi daripada jin. Manakala daya tenaga manusia pula jauh lebih lemah berbanding kekuatan yang ada pada jin.
Sebagai contohnya, Allah mencabar manusia terlebih dahulu sebelum mencabar kumpulan jin untuk mendatangkan sesuatu yang lebih hebat dari al-Quran (surah al-Isra’ : 88). Dalam situasi menerjah alam angkasa lepas, Allah terlebih dahulu pula mencabar jin, kemudian baharu diikuti kelompok manusia (ar-Rahman : 33).
Justeru, untuk manusia bertarung dengan jin secara fizikal, sudah pasti kumpulan manusia akan tewas. Namun, dengan bacaan ayat-ayat al-Quran beserta menekan kunci kelemahan jin mampu mematahkan keperkasaan jin tersebut. Antaran tempat yang melemahkan jin untuk dipicit ialah :
1) Antara ibu jari dan jari telunjuk.
2) Lengan, sebelum siku.
3) Bawah telinga, atas tengkuk.
4) Ibu jari kaki.
Semasa tempat-tempat tersebut dipicit atau ditekan, mohonlah pertolongan Allah swt agar menjauhkan perawat dan pesakit dari gangguan jin syaitan tersebut.
Insya Allah, sembuh dengan izin-Nya.
No comments:
Post a Comment