Mari kita membicarakan kelebihan beramal pada bulan Sya’ban. Dalam Sahih Muslim (Sahih Muslim : Jld 2, ms 810) ada menyebut :
عن عائشة (ض) قالت : .. وما رأيته في شهر أكثر منه صياما في شعبان.
Maksudnya : Tidak pernah aku (Aisyah ra) melihat Nabi saw berpuasa dengan kerap, kecuali pada bulan Sya’ban.
عن أبي هريرة قال : لا صوم بعد النصف من شعبان حتى يجيء شهر رمضان.
Maksudnya : Tiada lagi puasa sunat selepas separuh bulan Sya’ban, sehingga tibanya bulan Ramadhan.
عن أبي هريرة قال : قال رسول الله (ص) : لا تقدموا بين يدي رمضان بيوم أو يومين إلا رجلا كان يصوم صوما فليصمه.
Maksudnya : Janganlah ada seseorang daripada kalian berpuasa sehari atau dua hari sebelum tibanya Ramadhan, kecuali bagi seseorang yang telah membiasakan dirinya berpuasa sebelum ini.
عن عائشة (ض) قالت : كان يصوم شعبان كله حتى يصله برمضان وكان يتحرى صيام الإثنين والخميس.
Maksudnya : Adalah Nabi saw berpuasa pada keseluruhan bulan Sya’ban, sehinggalah tibanya Ramadhan, terutama pada setiap Isnin dan Khamis.
Namun begitu, terdapat juga hadis-hadis dhaif/maudhu’ berkaitan dengannya :
إذا كان ليلة النصف من شعبان يغفر الله من الذنوب أكثر من عدد شعر غنم كلب.( ضعيف)
Maksudnya : Sesiapa yang menghidupkan malam separuh Sya’ban nescaya Allah akan mengampunkan dosanya meskipun melebihi daripada bulu kambing/anjing. (dhaif)
أفضل الصوم بعد رمضان شعبان. ( ضعيف)
Maksudnya : Sebaik-baik berpuasa selepas Ramadhan adalah berpuasa di bulan Sya’ban. (dhaif)
إنما سمي شعبان لأنه يتشعب فيه خير كثير للصائم فيه حتى يدخل الجنة. (موضوع)
Maksudnya : Sesungguhnya dinamakan bulan Sya’ban kerana bercambah-cambah kebaikan bagi sesiapa yang berpuasa sehinggalah beliau memasuki syurga. (maudhu’)
خمس ليال لا ترد فيهن الدعة : أول ليلة من رجب، وليلة النصف من شعبان، وليلة الجمعة، وليلة الفطر، وليلة النحر. (موضوع)
Maksudnya : Terdapat lima malam yang tidak ditolak doa bagi seseorang yang berdoa : Malam pertama di bulan Rejab, malam nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Fitrah dan malam Hari Raya Haji. (maudhu’)
إذا كان ليلة النصف من شعبان فقوموا وصوموا فإن الله ينزل فيها لغروب الشمس إلى سماء الدنيا فيقول ألا مستغفر فأغفر له؟ ... (موضوع)
Maksudnya : Apabila tibanya malam nisfu Sya’ban maka hidupkanlah malamnya dan berpuasalah pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah menurunkan pengampunan-Nya ke langit dunia sehingga terbenamnya mentari, dengan kata-Nya : Ada sesiapakah yang memohon pengampunan-Ku untuk Ku ampunkan? …
Demikianlah sedikit kupasan yang dapat saya kongsikan bersama agar ibadah yang dilakukan menjadi lebih bermakna.
No comments:
Post a Comment