Saturday, December 3, 2016

BERTALAQQI ILMU PENGUBATAN

Pada 27hb. Nov 2016, dipermudahkan Allah swt untuk berlutut menadah ilmu pengubatan, bersama guru kepada guruku (ust Ku Othman bin Ku Ali), iaitu tuan Sheikh Khalid bin Sheikh Ibrahim al-Ibyari.

Majlis yang ringkas, namun penuh bermakna bagiku, khususnya dalam berkecimpung untuk bidang pengubatan Islam ini.

Moga Allah swt sentiasa mengurniakan kesihatan dan kebahagiaan kepada tuan Sheikh atas titisan ilmu yang diajar.

Sunday, September 11, 2016

MODUL PENGAJARAN NAHU BERASASKAN RUMUS


Modul Pengajaran nahu berasaskan rumus telah berjaya dilaksanakan di SMKA Tun Perak, Jasin, Melaka. Modul ini juga telah memasuki beberapa pertandingan peringkat institusi dan berjaya meraih tempat kedua. Dalam beberapa siri seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa turut disertai. 









KUNJUNGAN MENTERI PENDIDIKAN

Pada 27hb Okt 2015, PBA IPG Kampus Pendidikan Islam berasa amat bertuah lantaran kunjungan rasmi Menteri Pendidikan Malaysia, Y.B. Dato' Seri Mahdzir Bin Khalid. Semasa kunjungan tersebut, YB menteri telah diberi penerangan mengenai keperluan kepada wujudnya sebuah bangunan khusus untuk pusat bahasa Arab. Ini bagi memudahkan lagi proses pengukuhan bahasa dalam kalangan guru-guru bahasa Arab di sekolah.





MUKHAYYAM ARABI

Pada 30hb April 2016 yang lalu, Jabatan Bahasa Arab, IPG Kampus Pendidikan Islam telah berjaya melaksanakan Mukhayyam Arabi selama dua hari di Cyberjaya. Pelbagai aktiviti yang diadakan demi memberi keyakinan kepada peserta untuk bertutur dalam bahasa Arab. Tahniah diucapkan kepada semua jk yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini. Sekalung tahniah juga dirakamkan buat puan pengarah atas kesudian untuk merasmikan mukhayyam ini.




MENERIMA KUNJUNGAN ROMBONGAN PBA SELANGOR

Pada 21hb April 2016 yang lalu, kami telah menerima kunjungan hormat ahli rombongan Pusat Bahasa Arab Selangor. Dalam majlis tersebut, kami sempat bersoal jawab dan bertukar-tukar pandangan mengenai aktiviti pengukuhan bahasa Arab yang dianjurkan menerusi kursus dan juga seminar secara berkala. Terima kasih atas kesudian tersebut.



Lawatan PBA ke Sek Antrabangsa Putrajaya



Pada 18hb. April 2016 yang lalu, Pusat Bahasa Arab, IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi telah mengadakan satu kunjungan persahabatan ke International Modern Arabic School di Putrajaya. Kunjungan tersebut berjalan seperti yang dirancangkan. Terima kasih kami selayaknya kepada pihak pentadbir sekolah tersebut atas layanan baik yang diberikan.