Amalan membaca surah al-Fatihah amat besar faedahnya. Lantara kedudukannya sebagai surah yang pertama dalam susunan surah-surah al-Quran. Ia adalah Ibu al-Quran, juga dikenali sebagai surah kepujian, surah kesyukuran, surah al-Syifa’. Dan juga merupakan surah Munjiat dan Ruqaiyyah.
Banyak cara amalan yang telah dilalui oleh para ulama. Namun, berdasarkan amalan saya bersama guru saya ust Ku Othman bin Ku Ali adalah sedemikian :
Kaedah Amalan :
1) Hari Jumaat : 1 kali setiap lepas solat fardhu, berjumlah 5 kali.
2) Hari Sabtu : 2 kali setiap lepas solat fardhu, berjumlah 10 kali.
3) Hari Ahad : 3 kali setiap lepas solat fardhu, berjumlah 15 kali.
4) Hari Isnin : 4 kali setiap lepas solat fardhu, berjumlah 20 kali.
5) Hari Selasa : 5 kali setiap lepas solat fardhu, berjumlah 25 kali.
6) Hari Rabu : 6 kali setiap lepas solat fardhu, berjumlah 30 kali.
7) Hari Khamis : 7 kali setiap lepas solat fardhu, berjumlah 35 kali.
8) Kekalkan bilangan 7 kali setiap lepas solat fardhu dan jadikan ia sebagai amalan harian selama 40 hari.
Insya Allah, mujarab.
No comments:
Post a Comment