MUNTAH BAGI YANG BERPUASA
20- وَعَنْ أبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "مَنْ ذَرَعَهُ القَيْءُ فَلا قَضَاءَ عَلَيْهِ، وَمَنِ اسْتَقَاءَ فَعَلَيْهِ القَضَاءُ". رَوَاهُ الـخَمْسَةُ، وَأعَّلَهُ أحْمَدُ، وَقَوَّاهُ الدَّارَ قُطْنِيُّ.
Bermaksud : “Sesiapa yang terpaksa muntah, maka tidaklah wajib qadha’ ke atasnya. Namun, jika seseorang itu secara sengaja muntah, maka wajiblah ke atasnya qadha”.
Hadis ini diriwayatkan oleh lima (iaitu selain Imam Bukhari dan Imam Muslim), Tetapi ada ‘illah menurut pandangan Imam Ahmad, namun dikuatkan oleh Daruqutni.
Hadis tersebut menyatakan bahawa tidak wajib qadha’ puasa bagi yang muntah secara tidak sengaja. Namun terbatal dan wajib qadha’ bagi yang sengaja muntah, seumpama memasukkan jari ke dalam mulut yang menyebabkan dia muntah, maka muntahnya tadi akan menyebabkan terbatal puasanya dan wajib qadha’.
No comments:
Post a Comment