Bagi seorang perawat yang berjaya, maka sudah menjadi keperluan dan suatu kemestian baginya untuk beramal dengan surah-surah munjiat ini.
Surah-surah tersebut ialah :
1) Surah al-Fatihah
2) Surah Yaasin
3) Surah al-Dukhan
4) Surah al-Waqi’ah
5) Surah al-Hasyr
6) Surah al-Mulk
7) Surah al-Jin
8) Surah al-Insaan
9) Surah al-Ikhlas
10)Surah al-Falaq
11) Surah al-Nas
Surah-surah tadi merupakan asas utama dalam setiap sesi rawatan. Di samping itu, adalah elok jika dapat menguasai surah-surah yang lain, seperti :
12) Surah al-Baqarah
13) Surah al-Kahfi
14) Surah al-Sajadah
15) Surah al-Rahman
Termasuk beberapa surah dari juzu’ Amma (al-Fajr, al-Balad, al-Dhuha…)
Kaedah Amalan :
1) Surah-surah tersebut hendaklah dibaca, diamal dan dihafal.
2) Lakukan solat malam dengan membaca surah-surah tersebut agar sebati dalam diri perawat. Jika dilakukan secara berjemaah, itu lagi dituntut.
Menurut ust Hj. Halim, amalan surah munjiat ini bolehlah dilakukan setelah selesai solat Maghrib (dan solat sunat ba'diah) dengan mengerjakan solat sunat 2 rakaat, pada rakaat pertama dibaca surah al-Fatihah diikuti surah Yaasin, dan pada rakaat kedua selepas membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Mulk.
Apabila selesai solat tersebut, teruslah membaca :
1) Surah al-Sajadah

2) Surah al-Dukhan
3) Surah al-Waqi’ah
4) Surah al-Hasyr
5) Surah al-Jin
6) Surah al-Insaan
7) Surah al-Ikhlas
8) Surah al-Falaq
9) Surah al-Nas
Bila selesai solat Isya' berjemaah, para peserta dikehendaki membuat satu halaqah dan diketuai oleh seorang untuk membaca surah al-Kahfi satu kali beramai-ramai sebagai penutup. Lakukan amalan ini pada setiap malam Jumaat selama 40 minggu berturut-turut.
Perhatian : Diingatkan kepada setiap perawat hendaklah sentiasa membaca al-Quran secara keseluruhannya pada waktu-waktu yang lain, janganlah hanya difokuskan kepada surah-surah tersebut sahaja.
Insya Allah, mujarab.
No comments:
Post a Comment