Saturday, August 4, 2012

SEHARI SEHADIS (Hadis Ke-14, 15 &16)

HUKUM BERBEKAM BAGI YANG BERPUASA

Kita ada tiga hadis berkaitan dengan berbekam.

14-وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُمَا : "أنَّ النَّبِيَّ صلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ مُحْرِمٌ، وَاحْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ". رَوَاهُ البُخَارِيُّ.
Bermaksud : “Nabi saw pernah berbekam, sedangkan beliau saw dalam keadaan berihram, dan beliau saw juga pernah berbekam dalam keadaan berpuasa”.

15- وَعَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ، أنَّ النَّبَيَّ صلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أتَى عَلَى رَجُلٍ بِالبَقِيعِ وَهُوَ يَحْتَجِمُ فِي رَمَضَانَ، فَقَالَ: أفْطَرَ الحَاجِمُ وَالـمَحْجُومُ".
رَوَاهُ الخَمْسَةُ إلا التِّرمِذِيَّ، وَصَحَّحَهُ أحمَدُ وَابْنُ خُزَيْمَةَ وَابْنُ حِبَّانَ.
Bermaksud : “Nabi saw pernah mendatangi seseorang yang sedang berbekam di Baqe’ pada bulan Ramadhan. Baginda saw lalu bersabda, “Batallah puasa orang yang membekam dan orang yang berbekam”.
16-وَعَنْ أنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ قَالَ : أوَّلُ مَا كُرِهَتْ الحِجَامَةُ للِصَّائِمِ، أنَّ جَعْفَرَ بْنَ أبِي طَالِبٍ احْتَجَمَ وَهُوَ صَائِمٌ، فَمَرَّ بِهِ النَّبِيُّ صلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : "أفْطَرَ هَذَانِ".ثُمَّ رَخَّصَ النَّبِيُّ صلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدُ فِي الحِجَامَةِ لِلصَّائِمِ، وَكاَنَ أنَسٌ يَحْتَجِمُ وَهُوَ صَائِمٌ.
رَوَاهُ الدَّارَ قُطْنِيُّ وَقَوَّاهُ.
Bermaksud : “Berbekam pada awalnya adalah makruh bagi orang yang sedang berpuasa, seperti yang disebut oleh nabi saw ketika melihat Ja’afar bin Abi Talib berbekam dalam keadaan berpuasa. Nabi saw melintasinya lalu bersabda, “Dua orang ini batal puasa”. Kemudia setelah itu, beliau saw member kelonggaran berbekam bagi orang yang berpuasa. Dan Anas ra juga pernah berbekam dalam keadaan berpuasa.

Perhatikan, hadis (14) memberitahu kita bahawa nabi saw berbekam dalam keadaan berpuasa. Hadis (15) pula, memaklumkan kepada kita bahawa berbekam adalah membatalkan puasa. Manakala hadis (16) pula memberi kelonggaran kepada orang yang berpuasa.
Mari kita selesaikan permasalahan ini.
Situasi pertembungan hukum dalam hadis biasa berlaku. Kita pula hendaklah berpegang pada kaedah menghimpunkan hadis-hadis tersebut tanpa menggugurkannya, seandainya hadis-hadis tersebut berada pada tahap yang sama (sahih). Dari situ, kita akan melihat dari sudut am dan khas; atau urutan disebutkan hadis itu, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan; dengan melihat dari sudut nasakh dan mansukh dan beberapa bidang lain lagi yang berkaitan.
Saya cuba permudahkan agar dapat difahami ramai.
Hadis (14) telah menasakhkan (menggantikan) hadis (15) dengan menukarkan hukum membatalkan puasa (dalam hadis 15) kepada tidak membatalkannya (dalam hadis 14). Ini kerana, hadis Ibnu Abbas lebih terkemudian berbanding hadis Syaddad. Diperkukuhkan pula dengan hadis Anas bin Malik ra.
Dari itu, jumhur ulama berpandangan bahawa berbekam adalah tidak membatalkan puasa.
Dalam mazhab kita (al-Syafie) adalah hukumnya makruh seandainya berbekam itu boleh melemahkan orang yang berpuasa.

No comments:

Post a Comment