Wednesday, April 18, 2012

Apabila Anak Sendiri Bangkit Melawan




Akhbar Sinar hari ini (April 14, 2012) melaporkan bahawa Tan Sri Annuar Musa akan merujuk kepada Jawatankuasa Rayuan berhubung kes pengantungannya oleh FAM. Jika gagal, akan bawa ke Tribunal Tambang Tara, seterusnya ke Court of Arbittration for Sport di Luzen, Switserland.

Annuar berkata, langkah ini diambil sebagai tindakan susulan bagi membolehkan beliau me...
ngemukakan rayuan. Tambahnya lagi, tindakan ini bukanlah nak lawan keputusan FAM, tetapi nak menguji sejauh mana sistem (perundangan yang digunakan dalam FAM).

Kalau musuh melawan kita
maka itu adalah perkara biasa
dan lumrah kejadian alam

namun,
jika anak melawan bapa
jika ahli keluarga melawan keputusan ketua keluarga
jika anak-anak kampung melawan ketua kampung
jika orang dalam melawan ketua mereka sendiri

sebagaimana nabi Musa melawan Firaun
sedangkan nabi Musa adalah anak peliharaanya

ألم نربك فينا وليدا
ولبثت فينا من عمرك سنين
وفعلت فعلتك التي فعلت وأنت من الكافرين

dan apabila
Rasul SAW melawan kaumnya sendiri
melawan bapa saudaranya Abu Lahab
melawan pembesar-pembesar Quraisy

maka tandanya
ada sesuatu yang tidak kena
ada sesuatu yang perlu diperbetulkan
ada sesuatu yang telah disembunyikan pecah

sayangnya
annuar musa baharu perasan
annuar musa baharu nak lawan
annuar musa baru nak tunjuk belang

hukum melawan
ada yang kalah dan ada yang menang
yang kalah akan cabut lari
yang menang akan tegak berdiri

No comments:

Post a Comment