Wednesday, April 18, 2012

PTPTN : Menghulur Sambil Mencekik


PTPTN atau nama panjangnya ialah Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional menjadi isu terhangat lantaran bangkitnya para cerdik pandai keluaran universiti untuk mempertikaikan hasrat murni badan berkenaan.

Banyak isu yang telah membangkitkan kesedaran mereka. Antaranya, PTPTN tidak dikawal selia oleh pengawasan Bank Negara dan tidak pula dilesenkan sebagai seb...
uah institusi kewangan. Diandaikan kos bayaran balik dari pinjaman RM48,000.00 boleh mencecah bayaran balik sebanyak RM65,000.00.

Justeru, bermaharajalelalah along berlesen ini. Masakan tidak, berapa kerat sahaja anak-anak melayu yang mampu meredah pendidikan ala keelitan di universiti. Kos pengajian, kos sara hidup, kos belian bahan bacaan dan juga kos-kos sampingan, yang kesemuanya menuntutkan kewangan.

Mak ayah orang kampung, kalau ada kebun getahpun, itu orang yang punya, mereka hanya menumpang sesuap nasi dari lelehan susu getah tersebut. Maka, ikut adat kata, tanpa PTPTN, sudah pasti pembelajaran anak-anak akan terbengkalai. Sekaligus menjadikan anak-anak bangsa melayu makin terkebelakang dan semakin tidak bermaya, tunggu masa untuk layu dan gugur ke bumi sendiri.

Budaya kita
kalau memberi kita merasa
kalau menghulur maka kita menerima
namun, jika membaling kita mengelak
apatah lagi kalau mencekik...

sekarang
akhbar, tv dan perunding kerajaan
semua bercakap bahawa pendidikan tidak boleh percuma
jika percuma, maka mutu pendidikan tersebut akan kecundang

apakah betul penyataan ini ?
apakah dengan berbayar itu kita memperolehi kualiti yang sepadan ?
apakan dengan percuma itu, maka kerajaan akan menanggung kos bebanan ?
Kerajaan tak berbebankah
apabila menafikan hutang TS Tajuddin Ramli yang laibilitinya RM8 billion
tajaan petronas, mas dan proton dalam formula 1
penyerahan blok simpanan minyak kepada negara jiran oleh pak lah
sumbangan tanjung pagar kepada rakan di hunjung kampung oleh najib
dan macam-macam lagi dengan purata ketirisan setahun RM28 billion

saya bukannya nak menfikan kos pinjaman yang dikenakan
ikut adat kata, bila meminjam pandai-pandailah bayar balik
namun, jika penyokong kerajaan asyik bercakap tentang bebanan pendidikan
mohon maaf saya katakan: ilmu dan pendidikan tidak pernah mencelakakan kita

lihat bagaimana anak-anak islam belajar di pakistan hasil infaq orang ramai
bagaimana negara-negara teluk yang boleh memberi elaun pengajian percuma
di universiti azhar sendiri hanya mengenakan yuran pendaftaran sahaja
orang-orang cina sanggup bergadai demi pendidikan anak-anak

kita orang-orang melayu
selalu bercakap tentang masa depan anak bangsa
selalu mendabik dada kitalah pejuang nusa bangsa

namun pada hakikatnya
kitalah peroboh benteng negara
kitalah penghanyut generasi muda
kitalah penghancur masa depan anak-anak muda
yang berbangsa melayu pula beragama islam

No comments:

Post a Comment