Suatu ketika semasa saya sedang menuntut di bumi Maroc, saya dan rakan-rakan sering terdedah kepada situasi tunjuk perasaan atau idhrab (dalam bahasa Arab).
Banyak penyebab yang mengheret mereka untuk menunjuk perasaan, masalah berpunya dari karenah pentadbiran universiti dan juga masalah yang berpunca daripada para mahasiswa itu sendiri.
Namun kami, pelajar Malaysia, tidak melibatkan diri dalam situasi tersebut, sekadar menunjuk rasa setuju kepada perbuatan mereka tersebut. Ancaman yang mereka lakukan adalah menghalang para pensyarah dari menyampaikan kuliah. Pada ketika itu, yang berada di dalam kelas kuliah hanya para pelajar dari Malaysia sahaja.
Akhirnya kami terpaksa akur dan perlahan-lahan menyusup keluar dari kelas kuliah tersebut. Fenomena seumpama ini akan berterusan sehinga beberapa bulan. Kelas pengajian terabai. Boleh dikatakan tempoh pembelajaran hakiki sekadar empat bulan dalam setahun sahaja.
Justeru, untuk tidak membazirkan masa, maka kuliah-kuliah luar secara tidak formal dicari bagi mengisi masa yang terluang. Alhamdulillah, ada dalam kalangan kami yang berbuat demikian.
Situasi yang sama berlaku di Dataran Merdeka. Satu sudut, memang para pelajar membazirkan masa untuk bertapak di situ. Namun, dari sudut yang lain, tanpa mereka, siapakah lagi yang akan memperjuangkan nasib masa depan mereka.
harapkan menteri
harapkan timbalan menteri
harapkan yb-yb
berapa kerat daripada mereka
yang betul-betul memperjuangkan nasib bangsa
tetapi kalau bercakap berdegar-degar
yang keluar hanya tin-tin kosong
No comments:
Post a Comment