1- Beriman kepada Allah swt adalah penawar dalam merawat pelbagai penyakit, khususnya penyakit hati. Menerusi ayat-ayat suci al-Quran yang di dalamnya adalah penyembuh segala penyakit hati. Lihat Firman Allah swt. dalam surah al-Taghabun (11) :
!$tB z>$|¹r& `ÏB >pt6ÅÁB wÎ) ÈbøÎ*Î/ «!$# 3 `tBur .`ÏB÷sã «!$$Î/ Ïöku ¼çmt6ù=s% 4 ª!$#ur Èe@ä3Î/ >äóÓx« ÒOÎ=tæ ÇÊÊÈ
(التغابن : 11)
Ertinya : Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Ketakutan kepada Yang Maha Kuasa terhadap hari pembalasannya adalah penawar yang sebenar-benarnya bagi hati. Perhatikan Firman Allah swt. dalam surah Qaaf (33) :
ô`¨B zÓÅ´yz z`»uH÷q§9$# Í=øtóø9$$Î/ uä!%y`ur 5=ù=s)Î/ A=ÏZB ÇÌÌÈ (ق : 33)
Ertinya : "(Iaitu) orang Yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) Dengan hati Yang tunduk taat".
Kerana kasih sayangnya Allah swt ke atas hamba-hambaNya, maka diperhiaskan keimanan dalam diri orang-orang yang beriman. Alangkah indahnya. Renungkanlah Firman Allah swt. dalam surah al-Hujuraat (7) :
(#þqßJn=÷æ$#ur ¨br& öNä3Ïù tAqßu «!$# 4 öqs9 ö/ä3ãèÏÜã Îû 9ÏWx. z`ÏiB ÍöDF{$# ÷LêÏYyès9 £`Å3»s9ur ©!$# |=¬7ym ãNä3øs9Î) z`»yJM}$# ¼çmuZyur Îû ö/ä3Î/qè=è% on§x.ur ãNä3øs9Î) tøÿä3ø9$# s-qÝ¡àÿø9$#ur tb$uóÁÏèø9$#ur 4 y7Í´¯»s9'ré& ãNèd crßÏ©º§9$# ÇÐÈ
(الحجرات : 7)
Ertinya : dan Ketahuilah! bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadaNya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta diperhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -
2- Berilmu menjadi prasyarat kepada penyembuhan hati. Seorang yang jahil akan sentiasa bergelumang dengan kejahilan dan kesesatan yang tiada jalan penyudah. Lihat Firman Allah swt. dalam surah al-Alaq (3-4) peri pentingnya ilmu :
ù&tø%$# y7/uur ãPtø.F{$# ÇÌÈ Ï%©!$# zO¯=tæ ÉOn=s)ø9$$Î/ ÇÍÈ (العلق : 3-4)
Ertinya : Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, -
Menerusi ilmu tersebut, kajian dan pemerhatian terhadap ciptaan Ilahi dapat dilanjutkan. Amalan seumpama ini mampu meningkatkan lagi keyakinan kepada Allah Rabbul Jalil. Justeru, nabi Ibrahim as. mengajarkan kita menerusi Firman Allah swt. dalam surah al-Baqarah (260) :
øÎ)ur tA$s% ÞO¿Ïdºtö/Î) Éb>u ÏRÍr& y#ø2 Çósè? 4tAöqyJø9$# ( tA$s% öNs9urr& `ÏB÷sè? ( tA$s% 4n?t/ `Å3»s9ur £`ͳyJôÜuÏj9 ÓÉ<ù=s% ( tA$s% õãsù Zpyèt/ör& z`ÏiB Îö©Ü9$# £`èd÷ÝÇsù y7øs9Î) ¢OèO ö@yèô_$# 4n?tã Èe@ä. 9@t6y_ £`åk÷]ÏiB #[ä÷ã_ ¢OèO £`ßgãã÷$# y7oYÏ?ù't $\÷èy 4 öNn=÷æ$#ur ¨br& ©!$# îÍtã ×LìÅ3ym ÇËÏÉÈ (البقرة : 260)
Ertinya : dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah Engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". dan ketahuilah Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
3- Berzikir dengan membasahkan lidah. Pagi-pagi dan petang-petang. Dengan memperbanyakkan menyebut Nama-nama Allah swt mampu menjinakkan hati yang liar, menyegarkan dedaun nafsu yang kering, lantas memekarkan bungaan iman dalam sanubari. Hayatilah Firman Allah swt. dalam surah al-Anfaal (2) :
$yJ¯RÎ) cqãZÏB÷sßJø9$# tûïÏ%©!$# #sÎ) tÏ.è ª!$# ôMn=Å_ur öNåkæ5qè=è% #sÎ)ur ôMuÎ=è? öNÍkön=tã ¼çmçG»t#uä öNåkøEy#y $YZ»yJÎ) 4n?tãur óOÎgÎn/u tbqè=©.uqtGt .
(الأنفال : 2)
Ertinya : Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
Hadis yang diriwayatkan Jabir r.a, beliau mendengar Nabi saw bersabda :
عن جابر رضي الله عنه قال : سمعت النبى صلى الله عليه وسلم يقول :
"أفْضَلُ الذّكْرِ لا إله إلا الله وأفْضَلُ الدّعَاءِ الـحَمْدُ لله".
(رواه الترمذي)
Ertinya : “Sebaik-baik sebutan zikir itu ialah Tiada Tuhan melainkan Allah, dan sebaik-baik doa ialah Segala puji bagi Allah swt.”
4- Bermujahadah pula merupakan suatu usaha yang berterusan, tanpa sekelumit putus asa, bagi meruntun hati dan nafsu agar tunduk dan patuh kepada Yang Maha Kuasa. Ibnu Miskawaih menulis buku tentang pendidikan jiwa dengan berlandaskan Firman Allah swt dalam surah as-Syams (7-10) :
<§øÿtRur $tBur $yg1§qy ÇÐÈ $ygyJolù;r'sù $yduqègéú $yg1uqø)s?ur ÇÑÈ ôs% yxn=øùr& `tB $yg8©.y ÇÒÈ ôs%ur z>%s{ `tB $yg9¢y ÇÊÉÈ
(الشمس : 7-10)
Ertinya : 7. Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai Dengan keadaannya); 8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - 9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), 10. dan Sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
5- Berdoalah sesungguh hati kepada Allah swt. mohonkan kekuatan dan bimbingan dalam proses pembersihan hati ini. Banyak hadis-hadis yang boleh dijadikan amalan kepada kita untuk berdoa kehadrat Ilahi.
1- "اللهُمَّ مُصَرِّفَ القُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلىَ طَاعَتِكَ". (رواه مسلم)
Ertinya : “Ya Allah Tuhan Yang Memaling-malingkan hati, palingkanlah hati ini atas ketaatan pada Mu.”
2- "يا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ". (رواه الترمذي)
Ertinya : “Ya Allah Tuhan Yang Membalik-balikan hati, tetapkanlah hatiku ini atas landasan agamaMu.”
3- "اللهُمَّ إنِّي أعُوذُ بِكَ مِنْ قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لا يُسْمَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ. أعُوْذ بِكَ مِنْ هَؤلاءِ الأرْبَعِ".
(رواه الترمذي وأبو داود وانظر صحيح الجامع 10/410)
Ertinya : “Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon perlindunganMu dari memiliki hati yang tidak mahu tunduk, dari doa yang tidak diendahkan, dari nafsu yang tidak pernah kenyang dan dari ilmu yang tidak pula mendatangkan manfaat. Aku mohon perlindungan Mu dari empat perkara ini.”
Selain hadis-hadis di atas, terdapat satu hadis lagi yang mengkhususkan doa munajat kepada Ilahi, memohon kekuasaaNya untuk membersihkan hati kita, kerana Allah swt Yang menciptanya dan mengaturnya. Di sana, kita menzahirkan kelemahan dan ketidak-upayaan kita atas segala-galanya.
3- "اللهُمَّ إنّي أعُوذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ، وَالـجُبْنِ وَالبُخْلِ وَالـهَرَمِ وَعَذَابِ القَبْرِ. اللهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أنتَ خَيْرَ مَنْ زَكَّاهَا، أنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاهَا. اللهُمَّ إنّي أعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ، وَمِن قَلْبٍ لا يَخْشَعُ، وَمِن نَفْسٍ لا تَشْبَعُ، وَمِنْ دَعْوَةٍ لا يُسْتَجَاُب لَهَا". (رواه مسلم )
Ertinya : “Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon perlindunganMu dari rasa lemah dan malas, dari rasa takut dan kedekut, dari nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah kepada hatiku ini sifat ketaqwaan, dan sucilah ia kerana Engkaulah Ya Allah sebaik-baik Yang Membersihkannya, Engkaulah Tuannya dan Pemiliknya. Ya Allah Ya Tuhanku, aku juga memohon perlindunganMu dari ilmu yang tidak berguna. Dari hati yang tidak mahu tunduk, dari nafsu yang tidak pernah puas dan dari doa yang tidak pula dimaqbulkan.”
No comments:
Post a Comment