عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا - قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم -"أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ، كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا ؛ إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ" مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. (جوامع الأخبار للسعدي)
Seingat saya, hadis di atas telah dihafal oleh anak-anak sekolah semasa di bangku sekolah lagi. Saya masih ingat bagaimana kita dipaksa menghafal hadis tersebut, kerana soalan peperiksaan nanti akan ditanya tentangnya.
Tidak cukup sekadar itu, hadis ini dijadikan teks ceramah dan berkuliah serta berdiskusi agar pengajarannya dapat digarap teguh ke dalam diri.
Namun hadis tetap hadis, tulisan hanya tinggal tulisan, hafalan berbuih mulut mengingat di minda maya yang tidak pula diimplementasikan di alam nyata oleh sesetengah pihak.
Petikan hadis (وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ) telah larut ke dalam diri, tanpa diterjemahkan, saya yakin sudah ramai yang mampu memahami.
Inilah dasar Islam yang sebenar. Sentiasa berkata benar meskipun berhadapan dengan penguasa yang zalim. Islam amat memerangi kemunafikan, kerana ianya mampu memporak-perandakan masyarakat. Ini kerana mereka hanya menzahirkan kebaikan di mata umum, namun menyimpan dendam kesumat ke dalam diri.
Lihatlah, apa yang telah lakukan oleh Ubai bin Salul, Musailamah al-Kazzab dan seangkatannya. Aktiviti mereka tidak lain adalah hanya merosak dan mencemuh serta iri hati terhadap keamanan yang dikecapi oleh ummah Islam.
Orang Islam adalah mereka yang menyelamatkan orang Islam yang lain daripada lidahnya dan juga tangannya. Kesemua ini terhimpun di dalam rumpunan hak-hak persaudaraan Islam.
meskipun begitu
mengapa kita masih memilih jalan pembohongan
untuk menyara karier yang ada
kata hati, lidah berbohong
kata lidah, mulut berdusta
kata abdul aziz, peningkatan jumlah pengundi itu benar
kata hishammuddin, perhimpunan aman keselamatan dijamin
kata ahmad fuad ismail, dbkl telah meluluskan tempat lain
kata shafie afdal, jangan pandai-pandai nak buat skandal
kata zahida rafik, hanya mengenalinya sebagai menteri, tidak lebih
sindiran nenek moyang kita
sikap suka membela diri sendiri
sikap suka menyalahkan orang lain
salin tak tumpah bagaikan bangau oh bangau
apa guna kita hidup
jika hidup nak membangaukan diri
orang dulu-dulu juga ada buat misalan
bagaikan mendokong biawak hidup
apalah ertinya kehidupan ini
jika hidup untuk membiawakkan diri
orang lama-lama juga ada berpesan
tiada beban maka batu dipikul
apalah nilaian hidup ini
jika hidup untuk membebankan orang lain
"Perkara ini tidak harus dipertikaikan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang akhbar di Putrajaya semalam. (mkini, Apr 25)
No comments:
Post a Comment