Thursday, April 12, 2012

Seminar Pengamalan al-Quran

 Majlis Menyambut Kelahiran
Semalam (11/4//2012) berkesempatan juga melapangkan sedikit masa berkongsi ilmu bersama muslimin dan muslimat di Masjid Daerah Kuala Pilah.

Tajuk yang saya kupaskan berkisar tentang pengamalan al-Quran dalam kehidupan seharian.
Beberapa contoh telah ditampilkan, antaranya :
 Sesetengah masyarakat yang menyambut kelahiran anak dengan bermacam-macam perkara hingga menjadi khurafat seperti meletakkan pisau di bawah bantal, kononnya untuk mengelakkan daripada gangguan hantu dan syaitan.

Majlis Mencukur Kepala
 Sepatutnya rambut dicukur dengan tujuan membersihkan kepala bayi tersebut tetapi kita hanya cukur sedikit sahaja. Rambut yang habis dicukur perlu ditimbang dengan nilai emas untuk disedekahkan kepada fakir miskin

Menepung Tawar Pengantin
 Dipercayai adat ini berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu dahulu kala yang hendak belayar. Ketika itu diadakan upacara menurunkan perahu atau kapal. Upacara dilakukan dengan perahu itu dipulihkan dengan jampi serapah dan mentera menggunakan tepung tawar dan sebagainya

Menyambut Kelahiran Bayi
 Barang persiapan tidak boleh disediakan selagi kandungan ibu belum mencukupi lima bulan. Ini kerana dikhuatiri sesuatu yang buruk akan menimpa bayi tersebut, seperti keguguran ataupun mengikut kepercayaan akan dicuri orang Bunian.

Pelbagai Lagi ...
 Menggantung secekak daun mengkuang sebagai penghalang hantu daripada datang menghampiri tempat bersalin si ibu itu.

  Dicalitkan di dahi dengan tanda pangkah yang dibuat daripada minyak yang telah dicampurkan dengan serbuk arang kayu dan dijamp bagi menjauhkan bayi itu daripada diganggu oleh hantu syaitan.

 Begitu juga semua benda besar seperti pokok atau batu dianggap ada jin penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar.

 Bomoh dipanggil dan biasanya membakar kemenyan, membaca mentera tertentu. Untuk kes yang lebih berat, kambing akan disembelih, darahnya dijadikan acak (hidangan kepada hantu) dan dihanyutkan ke dalam sungai.

Sekiranya seseorang itu gagal diubati dengan cara biasa, satu upacara besar-besaran dengan tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dilakukan.
         وقال أنس : قال النبي (ص) : من تعلم القرءان وعلق مصحفه لم يتعاهد ولم ينظر فيه جاء يوم القيامة متعلقا به يقول يا رب العالمين إن عبدك هذا اتخذني مهجورا فاقض بيني وبينه.
( Al-Qurtubi, Jld.13, m.s 20)
Persoalan ?
 Kenapa kita kini tidak sehebat para sahabat yang digelar sebagai Generasi Al-Quran Yang Unik ?
Sedangkan kita memiliki Al-Quran yang sama.
 Kita mempunyai mata, lidah dan hati sebagaimana para sahabat juga punyai ?

Kata Sheikh Muhammad al-Gazali :
 Umat kini lebih menumpukan kepada hukum-hukum bacaan dari mentadabbur maknanya.
Membacanya pula sekadar untuk memberkati majlis-majlis dsb 
 Di bulan Ramadhan pula berlumba-lumba untuk mengkhatamkan al-Quran tanpa sempat memahami apa yang sebenarnya beliau baca
  Ini yang disebut sebagai peminggiran al-Quran (mahjura).

Kata Imam Al-Shatibi :
وخير جليس لا يمل حديث    #      وترداده يزداد فيه تجملا
وحيث الفتى يرتاع في ظلماته  #     من القبر يلقاه سنا متهللا

No comments:

Post a Comment