Thursday, April 12, 2012

Pancing


Sempat juga memancing
bersama anak
anak belajar memancing
bapapun juga belajar sama

maklumlah
dah lama tinggal
aktiviti kekampungan
berenang di tepi bendang
menimba ikan di kubang
menahan taut di sawah

sedihnya
aktiviti kedesaan ini
tidak disuburkan kepada anak-anak

PENGALAMAN MEMANCING
berbaloi
anak-anak ikut serta
sekurang-kurangnya
mereka telah mempelajari sesuatu

belajar sabar
belajar fokus
belajar bertenang
dan belajar bersyukur


PESAN NABI SAW
Ajarlah anank-anak mu
berenang
menunggang kuda
dan memanah

kerna aktiviti ini
menuntut kemahiran
senaman menyeluruh
dan yang terpenting fokus

No comments:

Post a Comment