Sekejap tadi, saya menanti kepulangan anak dari sekolahnya selepas seslesai sesi ko-kurikulum. Tiba-tiba, seorang ayah yang juga memiliki hasrat yang sama datang menghampiri saya, wajahnya familiar dengan saya, namun namanya tidak pula ditanya. Begitulah lumrah kita, suka mengingati wajah, namun sukar mengingati nama.
Apa yang ingin saya kongsikan bersama, semasa ta...ngannya dihulur, pada kebiasaannya kita, akan bertanyakan khabar berita, sihat atau duka. Berbeza pula dengan kenalan baharu saya ini, dia menyapa saya dengan ungkapan, “salam bahagia semoga berjaya”. Saya semacam tergamam lantaran tutur katanya tak terduga, namun sempat juga saya membalas ringkas, “aamin”.
Bagaimana saya boleh mengucap secara spontan begitu ? Sekilas saya memandangnya dengan bertenaga, ungkapan yang penuh dengan doa dan harapan, kata-kata yang mencetuskan ilham dalam kotak fikiran saya, meskipun dalam terkapai-kapai mencari madah, akhirnya secara spontan terpacul kata-kata, “aamin”.
Tak terduga, rupa-rupanya itulah ungkapan yang beliau nanti-nantikan. Ungkapan yang menyuntik semangat perjuangan dan kejayaan. Tentu sekali, dalam bertatih hidup, ada yang tersungkur, ada yang rebah, tak kurang juga yang gugur. Kerana itu, bila kita memandang jauh ke depan, melihat rentasan laluan yang masih berliku, sudah pasti perjuang perlu diteruskan, meskipun yang tinggal hanya semangat dan keluhan.
Ahmad Amin, seorang sasterawan Mesir, sering menyebut, “kekalahan itu adalah milik mereka yang bermisi singkat, bagi yang berwawasan jauh, tiada penat atau lelah untuk meneruskan perjuangan, walaupun berbatu-batu jarak yang dilalui”.

No comments:
Post a Comment