Thursday, April 5, 2012

Apabila Kijang Menjadi Singa


Tan Sri Annuar Musa, bekas Menteri Belia dan Sukan, selaku Tim. Presiden FAM dan juga Presiden KFA gugur apabila Lembaga Tatatertib badan induk itu menggantungnya dua setengah tahun daripada terbabit dalam sebarang aktiviti bola sepak berkuatkuasa semalam.

Beliau juga tidak dibenarkan mengemukakan rayuan atas alasan hukuman dikenakan adalah minimum.

Dua tahun bagi kesalahan mengkritik secara terbuka, dan kedua enam bulan kerana melanggar titah Tim. Presiden FAM.


Inilah dunia
ada orang ada kuasa
ada orang nak kuasa
ada orang nak tunjuk kuasa

kuasa menjadikan kita berkuasa
kuasa menjadikan kita buta kuasa
kuasa menjadikan kita lupa kuasa
kuasa menjadikan kita gila kuasa

sabarlah
wahai pendekar anak musa
wahai pejuang red warriors
jasamu kan tetap dikenang
jasamu kan jadi penguat semangat
yang membakar membara memerah di jiwa

No comments:

Post a Comment