(Salah Seorang Ulama Hadis Maghribi)
(teks asal berbahasa Arab oleh Dr. Syarif Muhammad Hamzah bin Ali al-Kattaani yang petik dari http://rayaheen.net/)
Maqalah ini ditulis sempena pemergian seorang alim usuli yang terkenal iaitu Sheikh Abd. Haiyy bin Muhammad bin Siddiq al-Ghimari rahimahullah.
Nama penuh beliau ialah Abu Is’aad Abdul Haiyy bin Muhammad bin Siddiq al-Ghimari al-Idrisi al-Hasani al-Tanjie.
Beliau merupakan salah seorang ulama tersohor dalam bidang ilmu hadis, ilmu usul fiqh yang juga seorang penulis yang terkemuka di bumi Maghribi.
Beliau dilahirkan pada tahun 1337H, dan dibesarkan di bawah penjagaan bapanya dan selepas itu abangnya al-Hafiz Ahmad yang juga telah membawa beliau ke Mesir.
Di sana, beliau telah menimba ilmu daripada ulama Azhar. Beliau telah meninggalkan mazhab Maliki untuk beramal dengan amazhab al-Zhohiri.
Antara syuyukhnya ialah :
شيوخه : المغربة والمصريون والشاميون الذين منهم : شقيقاي السيد أحمد والسيد عبدالله والشيخ عبد الحي الكتاني والشيخ عبد الرحمن قراعه، ففي الديار المصرية الشيخ بدرالدين الدمشقي والشيخ راغب الطباخ الحلبي والشيخ خليل بن بدر المقدسي والشيخ المعقي الشرشيني المصري والشيخ عبد الوهاب السيد سالم المصري والشيخ محسن نصر اليمني.
وأسانيد هؤلاء مذكورة في إثبات رجال الحديث خاصة ثبت شقيقنا الحافظ أحمد وشقيقنا العلامة المحقق السيد عبد الله.
Dari segi aqidah pula, beliau berpegang kepada aqidah salafiyah. Beliau merupakan seorang yang amat berpegang kuat kepada mazhab dan pandangannya. Beliau juga ada menulis kitab tentang ketidak menyeluruhan ulama mazhab empat dalam bab hadis.
Pada masa yang sama beliau memiliki akhlah yang tinggi, amat suka memuliakan tetamu dan teramat sayang kepada keluarga al-Kattaaniyyin, sehinggakan Sheikh Badruddin al-Kattaani sering menziarahinya.
Ada sesetengah ulama menyifatkan beliau sebagai seorang yang amat berpegang teguh kepada kaedah usuliyah, menguatkan lemah, mengetatkan yang longgar.
Fadhilah Sheikh rahimahullah dijemput mengadap Ilahi pada tahun 1415H secara mengejut.
saya masih ingat
ketika kami menziarahinya
di rumahnya, Tanger
pada tahun 1991
orangnya memang hebat
pendiriannya sukar digugat
pertuturannya penuh dengan debat
penghujahannya bersulamkan dalil dan bukti
inilah cara ulama
apabila menegur
jawapannya dalam sebuah buku
beliau menghadiahkan
sebuah buku kepada kami
tetapi saya terlupa
siapakah yang menyimpannya
kerana ramai kita
lebih suka menyimpan dari membuka
lebih suka mempamer dari menelaah
jarang pula yang bermunaqashah dan berdiskusi
sempat juga sheikh menasihat kami
agar berpegang dengan agama
serta beramal dengannya.

No comments:
Post a Comment