Tuesday, September 11, 2012

27. Amalan Azan 7

Dinamakan azan 7 kerana kita perlu melaungkan azan sebanyak 7 kali pada 7 penjuru.
Caranya :
1. Azan 1 : Berdiri di hadapan pintu utama menghadap keluar.
2. Azan 2 : Berdiri di hadapan pintu dapur juga menghadap keluar.
3. Azan 3 : Berdiri mendekati dinding sebelah kanan rumah di ruang tamu.
4. Azan 4 : Berdiri mendekati dinding sebelah kiri rumah juga di ruang tamu.
5. Azan 5 : Berdiri di tengah-tengah ruang tamu menghadap ke pintu utama.
6. Azan 6 : Berdiri di tempat yang sama tadi (tengah ruang tamu) dengan mendonggak kepala ke atas.
7. Azan 7 : Berdiri pada tempat azan pertama tadi, iaitu di hadapan pintu utama dengan menghadap keluar rumah.
Sebaik sahaja selesai azan 7 tadi, maka bacalah surah al-Qadr dan ulang pada sebanyak 7 kali ayat akhir :
 (  سلام هي حتى مطلع الفجر )
Juga diingatkan pada masa azan ini dilaungkan, semua pintu bilik hendaklah dibuka. Lakukan amalan ini selama 3 hari atau 7 hari mengikut kesesuian. Lebih elok sekiranya azan ini dilakukan sebaik sahaja masuknya waktu Maghrib.
Antara tujuan azan 7 ini ialah untuk memagar rumah daripada segala gangguan syaitan dan jin serta menghalau mereka daripada berada di dalam rumah tersebut.
Adalah diingatkan juga agar sentiasalah kita menghiasi rumah kediaman kita dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran agar para malaikat sentiasa menghadirkan diri di rumah kita. Apabila sesebuah rumah itu dikunjungi oleh para malaikat, maka tiadalah ruang lagi untuk syaitan durjana mendiaminya.
Justeru, penghuni rumah akan berasa aman, tenang dan selesa. Tiada lagi pergaduhan, pertengkaran, suasana meninggikan suara dan bertegang leher, baik antara anak dan bapa atau isteri dan suami.
Amalkan ini. Insya Allah swt rumah tangga kita akan rukun dan damai dengan izin Allah swt.

No comments:

Post a Comment