Saya agak terlewat untuk memberi respon terhadap sambutan hari kemerdekaan yang diadakan. Memang saya secara sengaja berbuat demikian agar dapat melihat riak anak-anak muda, orang-orang tua dan juga para pemimpin negara serta pak cik dan mak cik nun di ceruk desa.
Anak-anak kecil antara mereka yang cukup seronok menanti-nanti detik 12.00 tengah malam pada 31 Ogos. Tidak lain hanya untuk melihat pancaran bunga api yang dilepaskan oleh letupan yang telah diprogramkan. Anak-anak kecil ini tidak mengerti apa-apapun tentang sebuah kemerdekaan. Mereka cuma tahu mengeja dan membaca. Ruh laungan itu tidak mereka fahami dan hayati. Mereka hanya didedahkan menerusi siaran media dengan laungan, merdeka! merdeka! dan merdeka!.
Ini berbeza dengan bunyian loceng penjaja aiskrim. Bunyi itu mendenyutkan nadi agar kian rancak untuk mengerakkan kaki dan menghayunkan tangan sederap menuju kepada penjual tersebut. Mereka tergesa-gesa menyahut seruan loceng itu lantaran mereka memahami maksud yang tersirat di sebalik deringan loceng tadi. Tetapi tidak pada laungan merdeka.
Sebaik sahaja letupan bunga api berakhir, maka berakhirlah kegembiraan anak-anak kecil tadi. Namun tidak pula bagi anak-anak muda remaja yang berjiwa ‘patriotik jalanan’. Hikayat mereka baharu bermula.
Malam 31 Ogos itu, saya sempat menyaksikan betapa perwiranya anak-anak muda remaja kita. Berbekalkan motor dan ada pula yang bernasib baik memperolehi awek detik 31 Ogos. Mereka berkeliaran bagaikan anjing kurap, ke hulu dan ke hilir, ada yang membonceng, ada pula yang menunggang, tak kurang juga yang ‘memanjat’ sementara menanti kunjungan si mentari siang.
Di sepanjang dinihari berembunkan nafsu lelaki maka terluahlah keperkasaan diri bahawa akulah pewira anak pertiwi. Bagi mereka, dunia sepi disimbah cahaya lampu dinihari merancakkan lagi agenda syaitani. Mereka bebas, dan kebebasan itu telah memerdekakan diri mereka tanpa had sempadan usia dan batasan agama.
Manakala bagi yang senior pula, sedah pasti akan menyambut hari kemerdekaan itu dengan penuh insaf dan yakin diri bahawa kita adalah bangsa yang mampu berdiri atas bumi sendiri, kita adalah bangsa yang mampu memerintah tanah air sendiri, dan kita juga adalah rakyat yang ada maruah diri, tahu dan kenal aqal budi. Pendek kata, kita bangsa ada sejarahnya tersendiri.
Ayah dan nenek seusia ini akan sentiasa ‘membari’ (memberitahu) kepada anak-anak di bangku sekolah betapa peritnya ayah dan nenek sewaktu zaman penjajah dahulu.
Atuk saudara saya selalu mengulangi peristiwa itu. Semasa periwayatannya itu, terkadang membilah titisan air mata dek penghayatan dan keperitan yang beliau lalui. Bagi saya yang ketika itu masih kecil, hanya mampu mengangguk-anggukkan kepala tanda berkasihan belas padanya.
Saya yakin, cerita ini diperturunkan dari generasi ke generasi agar terdetik dalam sanubari betapa bersyukurnya kita kini dalam keadaan aman dan damai untuk hidup dan berlari-lari. Bezanya, dahulu berlari-lari dek ketakutan, kini berlari-lari kerana seronok kegembiraan. Dahulu jerit tangis yang kedengaran, kini hilai dan tawa yang terpampang.
Apa yang ingin saya kongsikan ialah, aliran cerita yang diperturunkan itu telah berlaku kehakisan pada penghayatan, bukan pada jalan cerita. Akhirnya cerita hanya sekadar barisan ayat yang tiada lagi warna-warni kehidupan, tiada ruh dan jiwa yang disertakan. Maka laungan kemerdekaan yang dijuahkan (dilaungkan) kian pudar warna keperwiraaannya.
Ingin saya bertanyakan tuan-tuan, siapakah yang sebenarnya telah memudarkan ruh kemerdekaan ini?
Diminta kibar jalur gemilang, tidak dikibarkan, diminta turun ke dataran menyambut kemerdekaan, tidak dipedulikan, sehingga dismskan kerana cuak kalau tiada kunjungan.
Mengapa semua ini harus terjadi pada ketika negara kita yang telahpun mencapai usia matang ? Atau adakah usia 55 itu sebagai usia pencen bagi seseorang, lantaran itu sambutan hari lahirnya tiada lagi dipedulikan, mana keknya, mana lilinnya dan mana pula ucapan selamat hari lahirnya?
Biasanya ungkapan kita, “Jangan salahkan sesiapa dalam hal ini, yang bersalah adalah diri kita”.
Tetapi saya ingin mengajak tuan-tuan untuk kita menyalahkan seseorang atau sekumpulan insan yang telah berjaya melarikan fokus hari kemerdekaan kita sehingga tiada lagi ruh keperwiraan untuk kita paparkan.
Kita lebih suka menabur budaya kealpaan dan hidupkan suasana bersuka ria dan beriang ria. Jika ini berlaku, maka saya misalkan tidak ubah seperti jerih payah orang tua kita menghimpunkan harta untuk bekalan anak cucunya, namun ianya telah dijolikan oleh anak-anaknya.
Sayang sekali, kenapa bangsa kita menuju ke situ. Sedarkah kita, bangsa yang dipenuhi dengan alam ria muda mudi yang tidak lain hanya menjanjikan kehancuran pada penghujungnya. Masa depan tergadai. Harta dan anak pinak entah ke mana. Himpunan kemewahan bisa lenyap sekelip mata. Pada kala itu, tiada lagi berguna, ratapan dan tangisan serta cucuran air mata. Sedih melihat bangsaku.
Sanggupkah kita melihat mak ayah bermandikan peluh meraih secekak sayur dan sebuku garam, sedangkan kita berhilai tawa bermalas lesu. Bersediakah kita menukar air mata perjuangan yang bersulam darah perjuangan dengan lelehan air liur dek cekahan mulut meratah makanan.
kita perlu tonjolkan keberanian bangsa kita. Semangat Mat Kilau perlu diasapkan. Kita perlu denyutkan kembali nadi Tuk Janggut dan Datuk Bahaman. Mari kita ransangkan kembali suara Mat Salleh dan keberanian Dato Maharaja Lela.
Usah dan cukup-cukuplah kita pamerkan budaya kebudak-budakkan dengan menggulakan mereka agar bersuka ria. Habis gula-gula, menagihlah mereka.
Bagi pihak satu lagi, usahlah juga cetuskan polemik bendera baharu, lagu baharu dan sebagainya. Pakailah yang sudah ada. Untuk apa kita berpatah balik ? Laluan kita ke hadapan, bukannya ke belakang.
Kita perlu hidupkan puisi patriotik, tiupkan api perjuangan, panaskan semangat yang membara agar kita bergandingan mengimarahkan tanah warisan ini. Satu-satunya sang saka bangsa yang perlu dijaga dan dipelihara.

No comments:
Post a Comment