Thursday, March 29, 2012

Biar Pandai, Jangan Memandai-mandai

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat UMNO kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin, katanya : "Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS. Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menya...mpaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam. (mkini, Mac 29, 2012)
tak bagi orang pandai masuk
dengan orang pandai tak mahu masuk
adalah dua benda yang berbeza

bila tak bagi orang pandai masuk
bermakna orang dalam akan kekal tak pandai

bila orang pandai tak mahu masuk
bermakna orang dalam sudah pandai
ataupun orang dalam terlajak pandai
ataupun juga orang dalam tidak boleh lagi dipandaikan

ada orang, dia pandai dan boleh memandaikan yang lain
ada juga, dia pandai dan tidak boleh memandaikan yang lain
ada pula, dia seorang yang tak pandai tetapi boleh dipandaikan
ada lagi, dah lah dia tak pandai dan tidak pula boleh dipandaikan lagi

Inilah nasib katakan
tak habis-habis dirundung malang
kecelakaan datang bertimpa-timpa
kena anak, kena bini, kena kepala sendiri

jangan salahkan taqdir
jangan salahkan nasib
jangan juga salahkan organisasi
kesemua itu angkara sendiri yang tak pandai

sendiri tidak mahu pandai
sendiri tidak boleh dipandaikan
sendiri asyik memandai-mandai
sehingga terlupa ada orang lain lebih pandai

akhirnya orang pandai tiada yang sudi
yang cerdik, yang pandai semua lari
yang tinggal, hanya tolol dan tuli
yang tinggal, hanya berkhidmat untuk diri sendiri

Agenda Merugikan Rakyat


Pengurangan separuh bayaran tol untuk Lebuhraya Cheras-Kajang membabitkan bayaran pampasan RM120.55 juta oleh kerajaan dan lanjutan 15 tahun tempoh perjanjian konsesi. Kata Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching berkata Grand Saga telah memperolehi keuntungan lumayan daripada kutipan tol sejak 1999.
lebuh raya dibina pada kos RM282 juta
kos penyelenggaraan sehingga 2010 adalah RM147.31 juta
jumlah kutipan tol lebih RM870 juta (Lee Way Loon, mkini, Mac 28. 2012)

Dua hari lepas saya bergerak ke Kelantan melalui Gua Musang. Perjalanan mengambil masa selama 7 jam. Bermakna pergi dan pulang, saya dikehendaki berada 14 jam di atas jalan raya.

Tempoh masa yang amat menyeksakan. Terseksa bukan kerana tempoh masa, tetapi kerana struktur jalan raya yang berlopak-lopak kiri dan kanan, berlubang-lubang sana dan sini, menuntut perjalanan yang lebih berhati-hati.

Pesan saya kepada kerajaan
kalau Kelantan ingin ditawan
usah direpair jalan berkenaan
biarkan rakyat membuat hukuman
bahawa kerajaan Kelantan serba kelemahan

berlopak sana berlubang sini
bukan sikit hampir keseluruhan
seolah jalan tanpa penyeliaan
semacam jalan tidak beroad tax

Wednesday, March 28, 2012

Lembu Yang Tahu Jalan Pulang


Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC). Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini. kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar. (mkini, Mac 27, 2012)
Semasa saya pada zaman kanak-kanak dahulu, saya sering mendengar orang kampung ada menyebut,"lembu saya sudah jumpa”, “lembu saya sudah pulang” dan pelbagai lagi ungkapan yang setara dengannya. Suara ini bagaikan sinar suria rentetan daripada penat lelah, jerih payah menternak, menjaga dan membesarkan lembu-lembu tersebut. Meskipun pada awalannya hilang, namun pada akhirannya ditemui kembali.

Kebanyakan penduduk kampung saya itu, mereka bersawah bendang. Pada kebiasaan orang bersawah adalah bersinonim sebagai pengembala lembu. Adapun menggembala lembu itu bukanlah suatu kerja yang rumit, hanya perlu ada lembu secara atas belian atau secara pawahan.

Apabila telah dimiliki lembu itu, maka seluruh penduduk kampung akan dipaksa melalui sesi ta’aruf, lantaran lembu tersebut akan bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi secara bebas tanpa kawalan. Pada masa ini, orang akan bertanyakkan siapakah pemiliknya, maka akan dimaklumkan pemiliknya oleh sianu dan sianu yang mengenali tuannya. Apabila penanya (orang yang bertanya) tadi berkata. “Ohh...”, maka tersempurnalan proses pengenalan diri dan terangsanglah minda storagenya.

Para Lembu peliharaan itu akan hanya didedahkan pula dengan tali hidung apabila tibanya musin mencedong (aktiviti menanam padi menggunakan tangan), diikuti pula musim membaja yang membawa kepada buah padi meranum yang akhirnya menibakan (mendatangkan) musim menuai.

Sebaik sahaja musim menuai berlalu, maka grombolan lembu tadi akan dibebaskan untuk hidup ala kelembuan.  Nikmat kelembuan itu amat terasa sekali, terutamanya apabila dipacarkan dengan pasangan masing-masing. Proses pacaran dan pengawanana ini berterusan, terkadang melarat dan meleret sehingga melupakan mereka kepada jalan pulang.

Bagi lembu yang tahu jalan pulang dan kenal pula tuannya, maka sudah tentu akan bergembiralah tuannya tadi, lantaran lembu itu sudah besar dan cukup matang untuk diraih habuan jualan dagingnya. Tambahan pula, pada tika itu, kenduri rumah ke rumah akan diadakan sebagai ucap syukur atas nikmat kurnianNya, meratah daging lembu dengan bersulamkan beras baharu.

Namun, terdapat juga lembu yang tidak tahu jalan pulang
dan tidak pula berhasrat untuk pulang
maka,bentuk dendaan yang dikenakan
pisau sembelihan atau peliru tembakan

Dari itu,
sementara lembu masih kenal jalan pulang
sementara tuan lembu belum lagi menjadi lembu
Sementara juha masih sayangkan keldainya

eloklah,
kita atur dan susun
kita rancang dan strategikan
kita bergerak atas landasan berprosedur
kita bertindak ikut tata cara dan garis panduan

janganlah pula,
setelah terdesak
setelah tali terputus
setelah sokongan ahli kampung tersonsang

baharulah kita bersedarkan diri
baharulah kita berwajah simpati
baharulah kita memohon, mengadu dan berwaja diri
bahawa kitalah orang yang mengikut proses sejati

walhal, kitalah empunya diri
merobek labu sendiri
mengkhianati amanah diberi
menempah nasib buatan sendiri
renung-renunglah bersama untuk kebaikan diri.

Saturday, March 24, 2012

Kenangan Maroc 2 Mengimbau

Sesekali kami dijemput
berkunjung ke rumah syeikh Dr Farouq
rumah syeikh di belakang masjid Sya’bie
masjid itu ada kisah tersendiri
terutama bagi Dr. Arabic
kenangan bersama kenderaan kesayangannya

imam di masjid ini
syeikh Ahmad Yazidi
selepas solat Jumaat
kami akan bersalaman
sekaligus untuk menconfirmkan
kelas pengajian sebelah petangnya
sidi Ahmad dilantik ketua kelas

kelas itu di rumah syeikh Yazidi
antara kitab yang sempat kami bertalaqqi
bidayat al-mujtahid dalam ilmu fiqh
hirz al-amani dalam ilmu qiraat

sebelah depan masjid
terletak rumah syeikh Syujaie
beliau adalah imam masjid Badr
masjid Badr itu pula
bersebelahan rumah syikeh Yazidi
ustz Buhairi ada cerita tentang masjid ini

Di masjid Badr ini,
hanya sempat satu jilsah
bertalaqqi hadis sahih Bukhari dengan syeikh al-Bakri

kami sempat bersama syeikh Syujaie
bertalaqqi kitab hadis
subul al-salam nama kitab itu
syeikh Syujaie adalah murid
kepada Dr Farouq Hamadah

kesemua mereka
telah memperhambakan diri
kepada ilmu
tanpa ada sebarang hajat duniawi

ya Allah
ampunkanlah dosa-dosa kami
jua guru-guru kami
semoga jasa-jasa mereka
dihitung Allah dalam zumrah para solihin.


Syeikh al-Muhaddis Dr. Farouq Hamadah

Fadhilat Syeikhuna Dr. Farouq Hamadah akan berkunjung ke negara kita pada 7 April Ini sempena pelancaran Universiti Sofa.

Tahun Pertama
Kira-kira 20 tahun dahulu
pada tanggal 1988 di bumi Morocco
pekan kecil daerah Kenitra
mentari pagi menyinar riang

Hari Raya Korban
hari itu adalah Hari Raya Korban
aku mengatur langkah sendiri
menuju ke perhimpunan ummah
untuk bersolat hari raya haji

Kereta Kecil
tiba-tiba sebuah kereta kecil ala mr Bean
berhenti di depanku lalu menyapa
minta aku menaiki keretanya
lantas tanpa berkira-kira
aku membuka pintu
lalu melabuhkan punggungku

Dia bertanya
dia bertanyakan asalku
aku bertutur dengan barisan ayat tersusun
sambil berfikir-fikir kalimah akan ku ucapkan nanti
pemandu itu beranggapan aku dari Bangladesh
berdasarkan baju melayu yang ku pakai, ianya mirip kebangladesahan

Fadilah Sheikhuna Almarhum Ustaz Ahmad Yazidi
perbualan kami agak panjang
sementara keretanya menuju ke tapak perhimpunan raksasa
yang menghimpunkan semua ummah Kenitra di padang itu
yang mengimamkan solat dan khutbah pula
fadhilah syeikhuna almarhaun ustaz Ahmad Yazidi
alfatihah buatnya
jasanya kepada kami pelajar Malaysia mustahil untuk dihitung
semoga aman dan damai hendaknya beliau di alam baqa’

Alamat Rumah
setibanya kami di sana
pemandu kereta yang saya tumpangi tadi
bertanyakan alamat rumah tempat kami diami
aku memberitahunya
rumah kami di mamar Jamaluddin al-Afhgani

Rumah Milik Balqa’
itulah rumah banglo yang kami sewa
pemiliknya bernama Balqa’
kami seramai 13 orang
yang berkongsi segala-galanya
sakit deman, suka duka, pahit manis
sukar dilupakan meskipun dihakis zaman

Tetamu di Petang Raya
Ketika beramah mesra
bersama rakan-rakan
kami dikejutkan dengan loceng di pintu pagar
pada kebiasannya di waktu itu
akan terpaku seorang mak cik
memohon sedikit makanan dan minuman

Hadiah Hari Raya
namun,
pada petang ini
yang mengunjungi kami
adalah seorang remaja
di kiri dan kanan tangannya
terikat dua ekor kambing biri-biri

katanya
ini adalah hadiah pemberian
dari seorang yang aku temui
yang aku naiki keretanya pagi tadi
beliau sebenarnya ialah
Dr Farouq Hamadah

seorang ahli hadis
murid kepada Sheikh Ibrahim bin Siddiq
maha guru dalam bidang hadis di Morocco

Sheikh Ibrahim bin Siddiq
alhamdulillah
saya dan rakan-rakan
sempat bersua dengan syeikh Ibrahim
di Tanger, Morocco
selepas solat Jumaat di masjidnya
yang sheikh menjadi imam di situ
hebatnya mereka ..ya Allah

selamatkanlah kami dan guru-guru kami
amin.

Sakit Barah (siri-2)

Bahan-bahan yang diperlukan :

-Pokok kemboja
(Pesakit akan memegang batang pokok kemboja untu proses pemindahan barah itu daripadanya semasa proses rawatan dijalankan)
-Air Minuman (mineral)
-Air Gamat

Cara merawatnya :
-Pangkah dengan jari telunjuk di belakang pesakit bertentangan dengan tempat barah yang dihidapi.
-baca surah al-Namlu (ayat : 30)
-baca surah al-Namlu (ayat : 18)
-baca surah al-Namlu (ayat : 37)
-baca surah al-Rahman (ayat : 35)
-baca surah al-Baqarah (ayat :137)
-baca surah al-‘Araaf (ayat : 134)
-baca surah Ibrahim (ayat : 26)
-baca surah al-Baqarah (ayat : 74)
Kemudian diikuti dengan surah-surah munjiat yang lain : Yaasin, al-Mulk dan sebagainya.
baca doa :                                                                                                
يا معشر الدماميل، من كان منكم من البر فليخرج إلى البر، ومن كان منكم من البحر فليخرج إلى البحر، اخرج أيها الدمل المنبوت في هذا الجسم إلى هذه الشجرة
Isyaratkan tangan dengan menolak ke arah pokok tersebut.

Insya Allah, memperolehi kesembuhan dengan izin Allah.

Sumber : Al-Quran dan Rawatan, Ust Ku Othman bin Ku Ali

Bagaimana Membuktikan Bukti ?

Kerajaan tidak akan membenarkan projek nadir bumi di Gebeng, Kuantan, beroperasi sekiranya terdapat bukti saintifik menunjukkan ia menjejaskan kesihatan dan merosakkan alam sekitar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.(mkini, Mac 22, 2012)

Bagus
PM yang prihatin
bertindak atas fakta dan bukti
bukannya emosi dan hasad dengki

Untuk memperolehi data secara saintifik, maka satu kajian yang bersistematik hendaklah dijalankan. Semoga kajian tersebut mampu menghimpunkan data dan fakta, kemudian diujiukur tahap keesahan dan kebolehpercayaannya berdasarkan gugusan hipotesis yang telah diandaikan. Semoga diakhirnya nanti mampu menjawab persoalan yang ditimbulkan, sama ada mahu ditolak ataupun diterima.

bukti saintifik itu
berdasarkan kepada cause and effect
arab kata ada sebab, maka ada musabbab
melayu kata ada punca, maka ada kesan

Mungkin boleh dipersoalankan begini, untuk menolak dan membatalkan projek tersebut, maka diperlukan kaedah saintifik, sedangkan semasa memulakan projek tersebut, sudahkah disaintifikkan sehingga mengharuskan pembinaannya ? Dengan kata lain, seandainya kita ingin menolak ‘musabbab’, maka kita dikehendaki mendatangkan bukti saintifik, adakah semasa menerima ‘sebab’ dahulu telah terbukti secara saintifik ?

adakah projek ini terbina
kerana keperluan ?
kerana inginkan sesuatu ?
atau berdasarkan bukti saintifik ?
atau bersandarkan habuan ekonomi ?

bila sudah tersebit
nak diluah, sayang
nak ditelan, pahit
nak dilepas, jadi anjing
nak dibela, jadi musang

Justeru, sama-samalah kita menghitung diri agar sebarang tindakan yang kita unjurkan, kelak sebagai amal jariah, sebagai amal soleh, amalan yang membela kita, bukannya yang menghentam kita, mudah-mudahan pahalanya berterusan hingga ke alam baqa’.

Thursday, March 22, 2012

Penyelarasan Minda

 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin berkata : "Ia (hutang) tidak berada pada tahap yang kritikal pada masa ini. Had kita adalah 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kita kini cuma berada pada paras 53 peratus. Jadi tidak perlu bimbang tentang hal itu," (mkini, Mac 21, 2012)

Ilmu Matematik ialah ilmu logik
logik bermakna munasabah
boleh masuk di aqal
dapat diterima oleh aqal

ia juga ilmu angka-angkaan
atau agak-agakan
atau juga andai-andaian

2 x 5 = 2(5)
5 x 2 = 5(2)
.'. 2 x 5 = 5 x 2, 10

baik,
saya datangkan contoh
dua biji epal(lima biji bola golf)
adakah bersamaan dengan
lima biji bola golf(dua biji epal)

katakanlah satu biji epal bernilai RM1.00
manakala satu biji bola golf berharga RM1.50

mari
kita nilaikan barangan tersebut
dua biji epal(lima biji bola golf)
RM2.00 didarab RM7.50
maka ia berjumlah RM15.00

manakala
dua biji bola golf(dua biji epal)
RM7.50 didarab RM2.00
maka jumlahnya sekarang ialah RM15.00

nah
nilai harganya adalah sama
begitu juga bilangannya
ini bermakna kuantiti barangan itu adalah sama

tetapi
bagaimana dari segi kualitinya ?

bagi pemain golf
sudah pasti mereka menyukai lima biji bola golfnya
berbanding dua biji epal

manakala bagi
kanak-kanak pula
lebih menyukai lima biji epal
berbanding dua biji bola golf

ini bermakna
2 X 5 dan 5 X 2
sama dari segi kuantiti
berbeza dari sudut kualiti.

dari itu,
bagi mereka
yang bergantung nyawa
kepada ilmu matematik sepenuhnya
sedar-sedarlah, kerana disebalik persamaan itu, ada terselit perbezaan

Membenarkan Kepalsuan


Mencari kebenaran adalah sifat mulia yang dituntut ke atas sesiapa sahaja, sama ada ianya lelaki maupun perempuan, kanak-kanak-kanak jua orang dewasa. Seorang yang mencari kebenaran akan sentiasa mendapat bimbingan dan panduan dari Ilahi. Bimbingan menuju kebenaran inilah yang akan menyingkap hajib dan mempermudahkan langkah demi langkah.

Namun begitu, terdapat juga segeli
ntir, bahkan segerombolan yang suka untuk mengelak dalam menuruti kebenaran. Mereka menjadikan elakan itu satu benteng bagi memisahkan orang lain dari mengetahui hal yang sebenar. Tindakan yang bertandukkan kehaiwanan ini terkadang merimaskan kita, bahkan memual serta meloyakan tekak. Apa tidaknya, kebenaran itu terpapar dan terdedah di depan mata, namun mereka masih lagi mengatakan tidak. Hairan dan sungguh tidak sopan berbuat demikain.

Hal ini dapat dicontohkan begini, seorang pekebun sedang mengorek lubang untuk menanam benih pisang. Dalam situasi itu, tiba-tiba muncul seorang yang lain bersapa, hai berkebun ke?, maka lantas dia menjawab secara spontan, ohhh...tidak, gali-gali lubang je..., susah sangat kah untuk mengucapkan hal sebenar?!
Ini samalah cerita yang dikisahkan orang tentang kambing dan burung di atas pokok. Kalau dah mindanya menetapkan bahawa di atas pokok itu kambing, bukannya burung, maka sampai berkelahi, bergaduh dan sanggup bertumbuk atas pendiriannya bahawa itu tetap kambing. Kalau terbangpun, terbanglah, namun ianya tetap kambing.

Ahmad Maslan kata Kadir Sheikh Fadzir silap
keluar parti ketika BN mendapat sokongan kuat
kajian rambang kata sokongan rakyat bertambah kepada BN

Majlis jamuan bersama TPM di Taman Maju
BH melaporkan 10,000 penduduk hadir
orang kampung kata 4,000

jumlah pengikut PM di laman sosial Twitter dan Facebook
mencecah hampir 500 ribu dan sejuta malam tadi
ramai tu...

mengapa kita lebih suka mengelak untuk bertindak benar ?
apakah bertindak benar itu menjejaskan kredibiliti kita ?
sedarkah kita kebenaran tetap akan mengatasi kepalsuan ?
kemanakah akan kita sembunyikan kebenaran itu ?

amaran Ilahi kepada gerombolan ahli kitab
agar tidak menyembunyikan kebenaran
janganlah pula أول كافر به

kerana para pendeta Yahudi
mereka adalah premier resources
merekalah orang yang pertama mengetahui kebenaran
mereka jugalah orang yang pertama memalsukannya
oleh itu
yang manakah lebih mudah
membenarkan kepalsuan atau
memalsukan kebenaran

ataupun
meramaikan orang berhimpun
atau menghimpunkan orang ramai

inilah
suatu ingatan
untuk kita semua
sebelum kita semua
sudah tidak ingat lagi...

Tuesday, March 20, 2012

Seminar Tafaqquh Fi al-Din

Semalam sempat juga meluangkan masa bagi mengisi ruang ilmiah bersama guru-guru Pendidikan Islam negeri Melaka sempena seminar Tafaqquh Fi al-Din anjuran PEKDIS negeri Melaka.
Tajuk yang minta dikupaskan ialah Bid'ah : Antara Hasanah dan Dholalah.
        Adakah ianya dikira amalan bid’ah jika kita :
ü  Solat Tarawih secara berjemaah
ü  Solat hajat beramai-ramai sempena peperiksaan anak-      anak
ü  Menjadikan Solat Tahajjud sebagai kem motivasi diri Berzikir secara beramai-ramai setiap kali selepas solat
ü  Menggunakan buah tasbih atau alat pengira untuk berzikir
ü  Membaca Yaasin di setiap malam Jumaat
ü  Bersalam-salaman setiap kali selesai solat
ü  Mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul saw
ü  Membuat perarakan dan banner semasa sambutan tersebut
           Bertahlil  kepada si mati
ü  Bertalqin semasa perkebumian
ü  Menyiram air mawar di pusara
ü  Melenggang perut untuk ibu mengandung
ü  Bercukur jambul anak yang baharu dilahirkan
ü  Mengurut selepas bersalin
ü  Membelah mulut dengan sedikit garam dan air kelapa
ü  Menepung tawar si pengantin
ü  Mengadakan karaoke semasa majlis kenduri kahwin
ü  Mengadakan senamrobik di masjid
ü  Beraqad nikah di masjid
ü  Membuat ucapan ringkas perpisahan kepada anak perempuan selepas majlis aqad nikah
ü  Mengada majlis tilawah al-Quran dan hafazan
ü  Mengadakan seminar-seminar
Dan macam-macam lagi …
Semoga percambahan ilmu dan sesi pencerahan minda yang dianjurkan ini dapat memanfaatkan kepada kita semua.