Friday, March 9, 2012

Dasar Sorong Tarik (Flip Flop)

Semalam, PM kita Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mengumumkan SBPA dibatalkan dan Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan. Keputusan ini diambil semasa perjumpaan khas dengan ribuan penjawat awam di Putrajaya, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.
Pengurusan yang baik ialah pengurusan yang mengambil kira keberkesanan (effective) dan berhemah (economic). Saya jelaskan menerusi contoh yang mudah untuk difahami. Seorang yang menggunakan jentolak untuk membunuh seekor cicak. Cicak tersebut sudah pasti mati, bahkan tertusuk terus ke liang lahad yang tujuh kaki dalamnya. Nah, keberkesanan jentolak amat berkesan sekali.
Namun, adakah ianya berhemah (economic)? Jawapannya ialah tidak sama sekali. Masakan untuk mematikan seekor cicak yang begitu kerdil terpaksa menggunakan kos yang begitu tinggi. Kos yang berlipat ganda inilah yang kita katakan sebagai tidak berhemah sama sekali.
Soalnya, mengapa isu seumpama ini sering terjadi di negara kita? Adakah kerana kejahilan mereka tentang ilmu how to manage your organisation? Atau adakah kerana pengaruh kedudukan politik yang menjadikan mereka terpaksa mengorbankan ilmu yang amat berguna ini?
Saya yakin, PM tahu jawapannya
kita juga tahu jawapannya

kos tenaga penjawat awam dikerah
ke hulu ke hilir kilik borang
untuk diisi dan ditandatangan

kos pegawai JPA digunakan
siang dan malam untuk menyiapkan SBPA
secara paksa dan tergesa-gesa

saya yakin
mereka yang berkorban masa dan tenaga
bercengkang mata ke larut malam
memekak teling depan dan belakang
wal hasil dihapuskan

satu bentuk pengurusan yang bodoh
dan memperbodohkan semua orang

malu kita
sekiranya pengurusan atasan bertahap kaki lima
kita di bawah dipaksa bagai nak rak
sila ikut arahan
sila ikut perintah

sampai bila kita yang cerdik pandai
diperlembukan sedemikian

kita diingat janganlah berkiblatkan Israel
kita diamarankan agar tidak mengikuti orang-orang Yahudi

tahukah kita, mengapa Allah  memurkai kaum Yahudi
bukan kerana keturunannya Yahudi atau Israel
tetapi kerana sikap dan perangainya
yang degil dan suka meninggi diri
juga suka memperbodohkan orang lain

cara ini lah yang dilaksanakan oleh Firaun
 ((فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ)) (الزخرف:54)
dengan maksudnya : Dia (Firaun)
memperbodohkan kaumnya
dan kaumnya terus mempercayainya dan mentaatinya.  

No comments:

Post a Comment