Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat UMNO kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin, katanya : "Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS. Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menya...mpaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam. (mkini, Mac 29, 2012) tak bagi orang pandai masuk
dengan orang pandai tak mahu masuk
adalah dua benda yang berbeza
bila tak bagi orang pandai masuk
bermakna orang dalam akan kekal tak pandai
bila orang pandai tak mahu masuk
bermakna orang dalam sudah pandai
ataupun orang dalam terlajak pandai
ataupun juga orang dalam tidak boleh lagi dipandaikan
ada orang, dia pandai dan boleh memandaikan yang lain
ada juga, dia pandai dan tidak boleh memandaikan yang lain
ada pula, dia seorang yang tak pandai tetapi boleh dipandaikan
ada lagi, dah lah dia tak pandai dan tidak pula boleh dipandaikan lagi
Inilah nasib katakan
tak habis-habis dirundung malang
kecelakaan datang bertimpa-timpa
kena anak, kena bini, kena kepala sendiri
jangan salahkan taqdir
jangan salahkan nasib
jangan juga salahkan organisasi
kesemua itu angkara sendiri yang tak pandai
sendiri tidak mahu pandai
sendiri tidak boleh dipandaikan
sendiri asyik memandai-mandai
sehingga terlupa ada orang lain lebih pandai
akhirnya orang pandai tiada yang sudi
yang cerdik, yang pandai semua lari
yang tinggal, hanya tolol dan tuli
yang tinggal, hanya berkhidmat untuk diri sendiri
No comments:
Post a Comment