Saturday, March 24, 2012

Syeikh al-Muhaddis Dr. Farouq Hamadah

Fadhilat Syeikhuna Dr. Farouq Hamadah akan berkunjung ke negara kita pada 7 April Ini sempena pelancaran Universiti Sofa.

Tahun Pertama
Kira-kira 20 tahun dahulu
pada tanggal 1988 di bumi Morocco
pekan kecil daerah Kenitra
mentari pagi menyinar riang

Hari Raya Korban
hari itu adalah Hari Raya Korban
aku mengatur langkah sendiri
menuju ke perhimpunan ummah
untuk bersolat hari raya haji

Kereta Kecil
tiba-tiba sebuah kereta kecil ala mr Bean
berhenti di depanku lalu menyapa
minta aku menaiki keretanya
lantas tanpa berkira-kira
aku membuka pintu
lalu melabuhkan punggungku

Dia bertanya
dia bertanyakan asalku
aku bertutur dengan barisan ayat tersusun
sambil berfikir-fikir kalimah akan ku ucapkan nanti
pemandu itu beranggapan aku dari Bangladesh
berdasarkan baju melayu yang ku pakai, ianya mirip kebangladesahan

Fadilah Sheikhuna Almarhum Ustaz Ahmad Yazidi
perbualan kami agak panjang
sementara keretanya menuju ke tapak perhimpunan raksasa
yang menghimpunkan semua ummah Kenitra di padang itu
yang mengimamkan solat dan khutbah pula
fadhilah syeikhuna almarhaun ustaz Ahmad Yazidi
alfatihah buatnya
jasanya kepada kami pelajar Malaysia mustahil untuk dihitung
semoga aman dan damai hendaknya beliau di alam baqa’

Alamat Rumah
setibanya kami di sana
pemandu kereta yang saya tumpangi tadi
bertanyakan alamat rumah tempat kami diami
aku memberitahunya
rumah kami di mamar Jamaluddin al-Afhgani

Rumah Milik Balqa’
itulah rumah banglo yang kami sewa
pemiliknya bernama Balqa’
kami seramai 13 orang
yang berkongsi segala-galanya
sakit deman, suka duka, pahit manis
sukar dilupakan meskipun dihakis zaman

Tetamu di Petang Raya
Ketika beramah mesra
bersama rakan-rakan
kami dikejutkan dengan loceng di pintu pagar
pada kebiasannya di waktu itu
akan terpaku seorang mak cik
memohon sedikit makanan dan minuman

Hadiah Hari Raya
namun,
pada petang ini
yang mengunjungi kami
adalah seorang remaja
di kiri dan kanan tangannya
terikat dua ekor kambing biri-biri

katanya
ini adalah hadiah pemberian
dari seorang yang aku temui
yang aku naiki keretanya pagi tadi
beliau sebenarnya ialah
Dr Farouq Hamadah

seorang ahli hadis
murid kepada Sheikh Ibrahim bin Siddiq
maha guru dalam bidang hadis di Morocco

Sheikh Ibrahim bin Siddiq
alhamdulillah
saya dan rakan-rakan
sempat bersua dengan syeikh Ibrahim
di Tanger, Morocco
selepas solat Jumaat di masjidnya
yang sheikh menjadi imam di situ
hebatnya mereka ..ya Allah

selamatkanlah kami dan guru-guru kami
amin.

No comments:

Post a Comment