Kerajaan tidak akan membena
rkan projek nadir bumi di Gebeng, Kuantan, beroperasi sekiranya terdapat bukti saintifik menunjukkan ia menjejaskan kesihatan dan merosakkan alam sekitar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.(mkini, Mac 22, 2012)

Bagus
PM yang prihatin
bertindak atas fakta dan bukti
bukannya emosi dan hasad dengki
Untuk memperolehi data secara saintifik, maka satu kajian yang bersistematik hendaklah dijalankan. Semoga kajian tersebut mampu menghimpunkan data dan fakta, kemudian diujiukur tahap keesahan dan kebolehpercayaannya berdasarkan gugusan hipotesis yang telah diandaikan. Semoga diakhirnya nanti mampu menjawab persoalan yang ditimbulkan, sama ada mahu ditolak ataupun diterima.
bukti saintifik itu
berdasarkan kepada cause and effect
arab kata ada sebab, maka ada musabbab
melayu kata ada punca, maka ada kesan
Mungkin boleh dipersoalankan begini, untuk menolak dan membatalkan projek tersebut, maka diperlukan kaedah saintifik, sedangkan semasa memulakan projek tersebut, sudahkah disaintifikkan sehingga mengharuskan pembinaannya ? Dengan kata lain, seandainya kita ingin menolak ‘musabbab’, maka kita dikehendaki mendatangkan bukti saintifik, adakah semasa menerima ‘sebab’ dahulu telah terbukti secara saintifik ?
adakah projek ini terbina
kerana keperluan ?
kerana inginkan sesuatu ?
atau berdasarkan bukti saintifik ?
atau bersandarkan habuan ekonomi ?
bila sudah tersebit
nak diluah, sayang
nak ditelan, pahit
nak dilepas, jadi anjing
nak dibela, jadi musang
Justeru, sama-samalah kita menghitung diri agar sebarang tindakan yang kita unjurkan, kelak sebagai amal jariah, sebagai amal soleh, amalan yang membela kita, bukannya yang menghentam kita, mudah-mudahan pahalanya berterusan hingga ke alam baqa’.
No comments:
Post a Comment