Friday, November 25, 2011

Antara Hijrah dan Bola



Telah menjadi adat dan budaya kita merayakan sesuatu mengikut keadaan semasa. Apabila musim bola, maka semua mata, telinga dan lidah kita terarah ke arah bola. Seolah-olah bola melahirkan kita, menyusu dan membesarkan kita, lebih teruk lagi seakan-akan tanpa bola, hidup kita tidak berseri lagi.

Pepatah Arab ada menyebut (الشعر ابن بيئته ) bermaksud syair itu anak kepada budaya persekitarannya. Slogan ini mengalih pandangan kita kepada persekitaran yang terlampau sendat pengisiannya terhadap penghidupan budaya kebolaan. Ini bukan bermakna saya ini anti kepada kebolaan, tetapi melampau dalam apa sahaja adalah suatu sikap negatif. Dalam bahasa Arab disebut 'al-laghwu' hattan dalam bab-bab keagamaan pun turut ditegur jika melakukan dalam bentuk pelampauan. Rasulullah SAW pernah menegur sahabat yang berhasrat untuk tidak tidur sepanjang malam, untuk berpuasa sepanjang masa dan untuk tidak mengahwini perempuan.

Merujuk kepada tajuk tadi, berkebetulan kini kita berada di penghujung tahun Hijrah 1432, maka sepatutnyalah kita menyebar-luaskan dan mewar-warkan sambutan tersebut. Sedih rasanya bila kita berada di salah sebuah negara Islam, namun amalannya agak tersasar. Manakala tugas pemewaran tahun Hijrah hanya diserahkan kepada surau-surau dan masjid-masjid. Mana pergi saluran-saluran komunikasi anda yang lain? Tak kan lah pahala untuk ajk masjid sahaja, yang lain-lain tak mahu ke?

Antara Hijrah dan Bola




Telah menjadi adat dan budaya kita merayakan sesuatau mengikut keadaan semasa. Apabila musim bola, maka semua mata, telinga dan lidah kita terarah ke arah bola. Seolah-olah bola melahirkan kita, menyusu dan membesarkan kita

Thursday, November 24, 2011

Syahdunya Bersolat di Masjid Nabawi



Suasana yang memungkinkan sesiapa sahaja untuk menambahkan kuantiti amalan soleh, khususnya solat. Apatah lagi ini dilakukan di dalam Masjid Nabawi yang telah dijanjikan Rasulullah SAW dengan berlipat-lipat kali ganda ganjarannya. Ya Allah, berikan daku dan sesiapa sahaja peluang untuk berkunjung lagi dan lagi di masjid kekasihMu ya Allah. Di masjid inilah Imam Malik segan untuk berbicara tentang hadis sedangkan beliau dalam situasi yang tidak berwangi-wangian, maka lantas dengan segera Imam Malik menukarkan pakaian dan berwangi-wangian lantaran untuk membicarakan hadis junjungan SAW apabila diminta ulasannya oleh anak-anak muridnya. Beginilah adab orang berilmu dengan Khatimul Anbiya' SAW.

Doa Termaqbul di Raudhah



Beginilah kelihatan Raudhah yang sering sarat dengan pengunjung. Masing-masing membawa doa dari kampung halaman, letih dan lelah tanpa dihiraukan, asalkan doa di sini dapat dibaca. Sudah pasti doa yang paling mujarab ialah memohon ke hadhrat Ilahi agar memberkati hidup ini dengan menganugerahkan hasanah di Dunia jua di Akhirat. Juga memohon Allah menghimpunkan kita di akhirat kelak bersama-sama para solihin, siddiqin dan syuhada'.

Kunjungan ke Bumi Munawarrah



Beginilah pemandangan yang akan kita jumpai apabila kita berkunjung ke bumi munawwarah. Di lorong-lorong ini lah akan bersesak-sesak dengan jutaan manusia sebelum dan selepas solat. Bezanya, kalau sebelum mereka akan bersegera ke masjid mengejar saf-saf pertama, manakala selepasnya pula mereka akan berkejaran ke deretan kedai bagi mancari habuan tangan.


Para jemaah haji Malaysia semasa sesi lawatan ziarah sekitar Masjid Nabawi. Di masjid inilah disemadikan Junjungan SAW yang berada bersebelahan dengan Rauhdah. Di sebelah luar pula dipayungi payung yang membuka sayapnya pada setiap jam tujuh pagi sehingga enam petang.

Perjalanan Iman di Bumi Mukarramah

Indahnya Masjid Nabawi seindah rumpunan iman yang disemai Nabi SAW. Betapa indahnya iman apabila dapat dikembalikan ke tempat asalnya. Sesiapa saja akan
menyedari hakikat ini. Begitulah halnya bagi mereka yang diberi kesempatan menziarahi Masjid Nabawi akan lebih merasai suasana ini. Iman pada ketika itu segar, kembang dan bermaya. Ini dapat dilihat dengan amal ibadah yang dilalui dengan penuh syahdu dan kudus hanya sanya kepada Yang Maha Esa.