Friday, November 25, 2011

Antara Hijrah dan Bola



Telah menjadi adat dan budaya kita merayakan sesuatu mengikut keadaan semasa. Apabila musim bola, maka semua mata, telinga dan lidah kita terarah ke arah bola. Seolah-olah bola melahirkan kita, menyusu dan membesarkan kita, lebih teruk lagi seakan-akan tanpa bola, hidup kita tidak berseri lagi.

Pepatah Arab ada menyebut (الشعر ابن بيئته ) bermaksud syair itu anak kepada budaya persekitarannya. Slogan ini mengalih pandangan kita kepada persekitaran yang terlampau sendat pengisiannya terhadap penghidupan budaya kebolaan. Ini bukan bermakna saya ini anti kepada kebolaan, tetapi melampau dalam apa sahaja adalah suatu sikap negatif. Dalam bahasa Arab disebut 'al-laghwu' hattan dalam bab-bab keagamaan pun turut ditegur jika melakukan dalam bentuk pelampauan. Rasulullah SAW pernah menegur sahabat yang berhasrat untuk tidak tidur sepanjang malam, untuk berpuasa sepanjang masa dan untuk tidak mengahwini perempuan.

Merujuk kepada tajuk tadi, berkebetulan kini kita berada di penghujung tahun Hijrah 1432, maka sepatutnyalah kita menyebar-luaskan dan mewar-warkan sambutan tersebut. Sedih rasanya bila kita berada di salah sebuah negara Islam, namun amalannya agak tersasar. Manakala tugas pemewaran tahun Hijrah hanya diserahkan kepada surau-surau dan masjid-masjid. Mana pergi saluran-saluran komunikasi anda yang lain? Tak kan lah pahala untuk ajk masjid sahaja, yang lain-lain tak mahu ke?

No comments:

Post a Comment