Ada seorang sahabat saya bertanyakan hukum mengenai seseorang yang menolak tawaran menunaikan haji.
Ulasan saya kepadanya :
Pertama sekali - Bukannya menolak, sebaliknya menangguhkan ibadah tersebut pada tahun-tahun berikutnya.
Dalam hal ini, terdapat dua pendapat :
1) Mazhab Hanafi - Ibadah haji hendaklah ditunaikan secara bersegera seupaya mungkin (على الفور )
Pendapat ini adalah selari dengan pendapat mazhab Maliki yang menuntut ianya disegerakan, meskipun dalam bentuk pengembaraan. Berjalan dan berhenti, mengambil upah lalu meneruskan perjalanan sehinggalah tiba di Kota Mekah.
Namun pendapat bagi pengikut mazhab tersebuk sejak kebelakangan ini telah meletakkan ianya boleh dilakukan secara penangguhan ( على التراخي )
2) Mazhab al-Syafie - Ibadah haji bolehlah ditunaikan secara penangguhan (على التراخي) kerana tempohnya panjang, sekali seumur hidup. Berbeza dengan ibadah solat yang yang perlu dikerja pada setiap awal waktu, dan waktunya pula berulang-ulang.
Manakala, apabila merujuk kepada situasi kita di Malaysia, maka eloklah ianya ditunaikan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Tabung Haji, seandainya tiada sebab-sebab yang dimunasabahkan ('uzur syar'ie), lantaran untk menunggu giliran ke berikutnya adalah belum pasti.
Lagipun, siapa yang tidak rindu untuk berkunjung ke Baitullah, tempat yang telah diseru panggil oleh nabi Allah Ibrahim as.
Saya teramat yakin, sesiapa yang telah diberi kesempatan untuk berkunjung ke sana, pasti akan berkunjung lagi untuk kali-kali yang keberikutnya. Alangkan indahnya suasana beribadah di sana. Lokasi penyuburan iman yang diidam-idamkan.
Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk ke sana. Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.
No comments:
Post a Comment