Thursday, April 26, 2012

Penjara Dakwah

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini dituduh di Mahkamah Rendah Syariah Klang kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah surau di Kapar, Klang, pada 16 Ogos tahun lalu. Beliau dituduh mengikut Seksyen 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (mkini, Apr 26)


Saya tidak ingin mempertikaikan tindakan mahkamah kerana ‘demi mendaulatkan undang-undang’. Cuma saya ingin mengupas isu mengajar tanpa tauliah masih membelenggu jabatan agama negeri. Terfikir juga saya, jabatan ini sebenarnya mengajak orang berdakwah atau menghalang orang untuk melakukan kerja-kerja dakwah.

Tanpa mendengar isi ceramah beliau, saya mengandaikan ceramah itu tidak disukai oleh pihak yang bertentangan. Lantaran itu, mereka membuat laporan. Apabila ditanya kepada jabatan agama, jawab mereka, kita bertindak atas aduan.

Ingin saya bertanya, adakah Khalid Samad ini penyebar ajaran sesat sehingga terpaksa dihadapkan ke mahkamah ? Atau adakah isi ceramah beliau bercanggah dengan agama untuk memaksa pihak jabatan mengambil tindakan ke atasnya ? atau juga adakah agenda lain yang tersembunyi bagi memaksa pihak jabatan mereka-reka lakonan drama yang bersiri bagi tontonan awam bahawa mereka begitu sensitif dengan isu-isu keagamaan ?

Dengar apa kata Junjungan saw dalam sebuah hadis : 
عَنْ تَمِيمٍ الدَّارِيِّ - رضي الله عنه - قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم -"الدِّينُ النَّصِيحَةُ، الدِّينُ النَّصِيحَةُ، الدِّينُ النَّصِيحَةُ، قَالُوا: لِمَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ، وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ" رَوَاهُ مُسْلِمٌ. (جوامع الأخبار)
Rasulullah saw menyebut sebanyak tiga kali secara berulang bahawa agama itu adalah untuk nasihat menasihati. Apabila sahabat ra bertanyakan Nabi saw, untuk siapa nasihat tersebut, lantas Baginda saw menjelaskan bahawa berilah nasihat untuk Allah, untuk KitabNya, untuk RasulNya, untuk pimpinan ummah dan seluruhnya.

Justeru, janganlah pula nanti dilabelkan orang, atau barangkali sudah dilabelkan, bahawa jabartan agama ini sebagai penjara dakwah.

Begitu sukar untuk bercakap tentang Islam, seolah-olah Islam ini hanya milik jabatan tersebut sahaja. Apakah tiada kelayakan bagi seorang muslim lagi beriman untuk berbicara tentang Islam yang mereka anuti danberdasarkan apa yang mereka fahami? Kalau silap, jemaah dihadapan boleh membetulkannya. Mustahil, kesemua jemaah masjid itu buta agama.

Satu lagi soalan, adakah orang-orang jabatan agama ini lebih islamik daripada orang yang bukan jabatan agama ? Dan soalan terakhir, adakah mereka sebagai pengeluar cop syurga yang perlu dipohon oleh orang ramai jika inginkan syurga tajaan jabatan mereka ?

Mohon maaf jika ini agak keterlaluan.

Ini kali ketiga saya bercakap tentang pentauliahan. Pernah suatu ketika dalam sesi seminar, saya berkesempatan bercakap dengan pengerusi pemberi tauliah negeri Selangor. Saya luahkan idea saya agar diberikan kelonggaran kepada graduan lepasan agama agar bilangan pendakwah bertambah.

Jawab beliau ringkas, kepada Datuk Dr Haron Din, Datuk Ismail Kamus ya, tetapi tidak untuk yang lain.

Andainya ada kerjasama antara jabatan agama dengan Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, KPM, maka secara automatik kesemua guru agama lantikan kementerian pelajaran berhak untuk mengajar agama di surau dan masjid. Apakah yang menghalang guru agama ini bercakap agama di kelas berhadapkan anak-anak murid di siang hari, namun di malam hari dihalang untuk bercakap perkara yang sama di hadapan mak ayah mereka ? Tidakkah pelik tu...? Ini kerana mereka ada tauliah tentang itu. Secara tidak langsung, mereka juga boleh berkhutbah pada hari Jumaat.

Terkadang sedih sangat, dahlah membaca khutbah bukannya berkhutbah, salah dan salah silih berganti. Maksud saya, khatib itu telah silap membaca ayat al-Quran, lalu beliau membuat pembetulan. Pembetulan yang dibuatnya itu juga salah. Siapa yang berani mengangkat suara bagi membetulkan si khatib tadi, kerana pada awal-awal lagi telah diingatkan agar jangan berkata-kata di kala imam sedang membaca khutbah.

Situasi yang bertukar menjadi fenomena ini perlu segera diperbaiki. Kesilapan yang dilakukan perlu diperbetulkan. Kekotoran yang mencemari persada dakwah perlu dibersihkan.

BERSIH untuk pembersihan.


Asuh Lidah Berkata Benar



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا - قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم -"أَرْبَعٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ كَانَ مُنَافِقًا خَالِصًا وَمَنْ كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنْهُنَّ، كَانَتْ فِيهِ خَصْلَةٌ مِنَ النِّفَاقِ حَتَّى يَدَعَهَا ؛ إِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ، وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا عَاهَدَ غَدَرَ، وَإِذَا خَاصَمَ فَجَرَ" مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. (جوامع الأخبار للسعدي)

Seingat saya, hadis di atas telah dihafal oleh anak-anak sekolah semasa di bangku sekolah lagi. Saya masih ingat bagaimana kita dipaksa menghafal hadis tersebut, kerana soalan peperiksaan nanti akan ditanya tentangnya.

Tidak cukup sekadar itu, hadis ini dijadikan teks ceramah dan berkuliah serta berdiskusi agar pengajarannya dapat digarap teguh ke dalam diri.

Namun hadis tetap hadis, tulisan hanya tinggal tulisan, hafalan berbuih mulut mengingat di minda maya yang tidak pula diimplementasikan di alam nyata oleh sesetengah pihak.

Petikan hadis (وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ  ) telah larut ke dalam diri, tanpa diterjemahkan, saya yakin sudah ramai yang mampu memahami.

Inilah dasar Islam yang sebenar. Sentiasa berkata benar meskipun berhadapan dengan penguasa yang zalim. Islam amat memerangi kemunafikan, kerana ianya mampu memporak-perandakan masyarakat. Ini kerana mereka hanya menzahirkan kebaikan di mata umum, namun menyimpan dendam kesumat ke dalam diri.

Lihatlah, apa yang telah lakukan oleh Ubai bin Salul, Musailamah al-Kazzab dan seangkatannya. Aktiviti mereka tidak lain adalah hanya merosak dan mencemuh serta iri hati terhadap keamanan yang dikecapi oleh ummah Islam.

Orang Islam adalah mereka yang menyelamatkan orang Islam yang lain daripada lidahnya dan juga tangannya. Kesemua ini terhimpun di dalam rumpunan hak-hak persaudaraan Islam.

meskipun begitu
mengapa kita masih memilih jalan pembohongan
untuk menyara karier yang ada

kata hati, lidah berbohong
kata lidah, mulut berdusta

kata abdul aziz, peningkatan jumlah pengundi itu benar
kata hishammuddin, perhimpunan aman keselamatan dijamin
kata ahmad fuad ismail, dbkl telah meluluskan tempat lain
kata shafie afdal, jangan pandai-pandai nak buat skandal
kata zahida rafik, hanya mengenalinya sebagai menteri, tidak lebih

sindiran nenek moyang kita
sikap suka membela diri sendiri
sikap suka menyalahkan orang lain
salin tak tumpah bagaikan bangau oh bangau

apa guna kita hidup
jika hidup nak membangaukan diri

orang dulu-dulu juga ada buat misalan
bagaikan mendokong biawak hidup

apalah ertinya kehidupan ini
jika hidup untuk membiawakkan diri

orang lama-lama juga ada berpesan
tiada beban maka batu dipikul

apalah nilaian hidup ini
jika hidup untuk membebankan orang lain

"Perkara ini tidak harus dipertikaikan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang akhbar di Putrajaya semalam. (mkini, Apr 25)

Tenggelam Timbul


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut penjelasan lanjut daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengisytiharkan gabungan proreformasi pilihan raya BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan tidak sah tahun lalu.Hishammuddin kemudiannya bertukar pendirian apabila membenarkan BERSIH 3.0 atas alasan ia bukan ancaman kepada keselamatan, berbeza dengan keadaan sebelum 9 Julai apabila perhimpunan seumpamanya dianjurkan. (mkini, Apr 25,2012)

orang melayu lama
mereka bijak dalam membuat bidalan
apabila seseorang yang berserah nasib
ikutlah resmi sabut, untung sabut timbul
ataupun resmi batu, untung batu tenggelam

bidalan ini berdasarkan pengamatan mereka
kerana memang ada sejenis manusia
hanya berserah kepada nasib semata

untuk berusaha kita
perlu ada kekuatan
perlu ada keilmuan
perlu ada kewibawaan
jika tidak maka berserahlah kepada nasib

kalau nasib menyebelahi, untunglah
kalau nasib merentangi, rugilah

islam cukup murkai insan semacam ini
berserah tanpa berusaha
jika nampak nak kalah cabut lari
bila ada untung baharu buka kedai
ini bentuk perniagaan kekabu
nampak besar tetapi hampeh ...

Wednesday, April 25, 2012

Bersih Untuk Pembersihan

Mengulas soal pengundi hantu, yang termasuk dalam tuntutan BERSIH, Nik Aziz berkata ia jelas perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam. "Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya. Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya," beliau dipetik sebagai berkata. (mkini, April 24, 2012)

Kehebatan tuan guru ialah fikirannya tajam, fokusnya tepat dan hujjah logiknya tinggi lagi pantas. Hal ini, ramai dalam kalangan pemolitik muda tidak ada. Selaku orang politik, mereka mesti pantas berhujjah, terutamanya dengan menggunakan loqik aqal (aqli) kerana ada kelompok yang tidak mahu lagi berhujjah secara naqli.

Imam Abu Hanifah antara pelopor aliran ini sehinggakan pengikutnya digelar ahli ra’yi. Iyyas seorang qadhi madinah seketika dahulu juga memiliki kehebatan ini, lantaran mampu menyelesaikan banyak permasalahan yang rumit  dengan cara yang mudah.

Di sekolah, anak-anak diajar ilmu logik, ilmu hisab atau ilmu sains. Terkadang ada selang masa ilmu hisab yang dipelajari itu membohonginya, ilmu sains yang ditekuni itu menipunya. Lihatlah, kehadiran majlis bersama rakyat sekadar 4,000 di Taman Maju, Jasin seketika dahulu, namun diberitakan di dada akhbar 14.000. Anak murid yang belajar ilmu hisab sudah tertipu, begitu juga bapa murid.

Sepatutnya dengan mempelajari imu logik mampu melogikkan minda kita. Manggkuk ayun dengan ayun manggkuk berbeza. Air dalam kolam dengan kolam dalam air berbeza. Logik aqal tidak dapat menerima apabila  anjuran BERSIH boleh membawa kepada porak peranda. Adakah setiap kali perhimpunan perlu berlaku kemusnahan ? Apa signifikannya perhimpunan dengan kemusnahan ?

Janganlah mudahnya kita tergoda dengan dakyah Barat. Sebut sahaja Islam, maka terorislah. Apakah kembar Islam itu keganasan ?

Ingat, apa kata Nabi junjugan saw dalam utusan Baginda saw kepada Hirqal Maharaja Rome, “Kamu masuk Islam kamu selamat” ( أسلم تسلم )

Ingat apa kata Rub bin Amir semasa berhujjah dengan Rustum, salah seorang daripada Maharaja Rome, “kedatangan kami adalah untuk mengeluarkan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah, daripada kesempitan hidup di Dunia kepada keluasan hidup di Dunia dan Akhirat”.

Dan ingat juga apa yang telah diungkapkan oleh Saidina Umar ra, “ Kami adalah kaum yang dimuliakan Allah kerana mengambil Islam, selagi mana kita mencari kemulian selain daripada Islam, pasti kita hanya menempah sebuah kehinaan”.

Dalam bahasa yang mudah, kita bersama Islam, maka kita menerima jaminan Rasulullah saw akan selamat. Sebaik sahaja kita berada pada arus bertentangan dengan Islam, bermakna kita mendepani kehancuran. Sama ada kehancuran mengejar kita, atau kita menganjar kehancuran, kedua-duanya berakhir dengan kehancuran.

Allah swt menggambar manusia selaku ini sebagai pembina binaan di lereng keruntuhan (  على شفا جرف هار ) . Inilah tindakan gerombolan yang munafiq secara sengaja membina masjid (masjid Dhirar) atas alasan untuk berkhidmat bakti kepada sekeliling. Padahal, di hati mereka tersumbat dendam kesumat, benci meluat, haram kejadah kepada Islam. Akhirnya, Allah swt mempamerkan kehidupan sebenar puak-puak durjana ini.

Nanti akan ada pula suatu kumpulan bersuara, kami tidaklah menyokong BERSIH, tetapi kami menyokong keadilan.

Saudara, BERSIH itu amali, keadilan itu teori. Orang yang yang berteori, belum tentu mampu untuk beramali. Cuba tengok, berapa ramai yang bercakap tentang kebaikan poligami, tetapi berapa ramai pula yang mampu mengamalkannya.

Orang yang beramali, pada masa yang sama mereka juga sedang mengaplikasikan teori yang dibangunkan. Suatu ketika di kampung saya, tukang masak nasi pada majlis kenduri kahwin biasanya menggunakan kayu api. Tetapi tidak bagi tukang masak di kampung saya ini. Saya tanyakan kepadanya, jawabnya ringkas, kerja seorang makan ramai. Saya minta penjelasan lanjut. Terangnya, nasi yang dimasak menggunakan tempurung kelapa akan menyebabkan cepat muak. Katanya, ini akan menyebabkan hadhirin majilis tersebut makan sedikit sahajalah. Jadi, dapatlah disediakan dengan budget yang sedikit untuk hadhirin yang ramai. Ohh...gitu pulak.

Justeru, orang yang tidak menyokong BERSIH tetapi menyokong keadilan adalah sama dengan situasi anak kecil yang bangun di pagi dinihari untuk bersahur. Setelah anak kecil tadi menjamah makanan dan minuman lalu berniat puasa, maka bertanyalah si anak kecil tadi kepada ibunya, “Ibu, mana sahurnya?”. Lalu, terpinga-pingalah ibunya tadi. Walhal, makanan yang dimakan oleh si anak kecil itulah sebenarnya sahur.

Perumpamaan  tadi saya tujukan kepada mereka yang tidak menyokong BERSIH tetapi meyokong keadilan, maka manusia spesies ini bagaikan anak-anak kecil yang baharu nak belajar berpuasa.

Bagi mufti pula, selak-selaklah kitab lama untuk mencari hukum penglibatan diri dalam BERSIH untuk khutbah pada hari Jumaat ini (27hb April 2012). Tiga empat kali khatampun tidak akan menjumpainya kerana tulisan di dalam kitab-kitab tersebut adalah teorinya. Lantaran kedangkalan dalam memeqahkan minda, akhirnya feqah sekadar haid nifas dan nikah kahwin, berakhir dengan pengurusan jenazah dan tahlil.  Itu dan itu sahaja.  Tiada itu dan ini.

Akhirnya, Islam yang dianuti dan diberi jaminan tadi tidak sampai ke mana. Hanya sekadar di pelamin pengantin dan berakhir dengan keranda janazah. Lihatlah, bagaimana dengan kedudukan mahkamah syariah, fokus cerita hanya berkisar tentang nikah kahwin, cerai berai, iddah, jauh sedikit maka terhenti pada kes-kes khalwat. Dimanakah letaknya kes mencuri, menipu, menzalimi dan sebagainya?

Tuan-tuan, beginilah realiti kehidupan ummah kini, asyik dilanda dengan pelbagai permasalahan hidup, yang puncanya sudah pasti dari tangan-tangan kita sendiri. Kesedaran tiada bermakna tanpa ada sebarang tindakan, dan tindakan itu tidak berhasil tanpa ada usaha yang menyusul.

Semoga Allah memberkati uasaha kalian dan dikira sebagai amalan soleh yang menantikan ganjarannya di hari muka.


Thursday, April 19, 2012

Ustaz Ahmad Al-Yazidi Dalam Kenangan


Antara guru yang banyak mencurahkan titisan ilmu kepada kami semasa di Kenitra dahulu ialah fadhilah ustaz Ahmad al-Yazidi.

Beliau merupakan seorang imam khutbah pada hari Jumaat di masjid Sya’bie. Berasal dan Wazzan, Tetuan. Orangnya amat baik, sentiasa tersenyum meskipun terkadang kami salah baca baris.

Banyak pengalaman yang terhimpun, ada suka, ada duka dan ada juga yang melucukan. Namun, kami amat selesa dengan penampilan diri fadhilah ustaz Ahmad al-Yazidi tersebut.

Bersama beliau, kami menadah kitab “Budayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid” karangan imam Ibn Al-Rusyd. Setiap petang Jumaat, selepas Asar kami memulakan talaqqi tersebut di rumah beliau. Berakhir dengan solat Maghrib berimamkan fadhilah ustaz Ahmad al-Yazidi.

Kami juga sempat bersama beliau mempelajari ilmu qiraat. Pada masa itu, ustaz al-Yazidi sedang mentahqiqkan kitab “Kanz al-Ma’ani fi Syarh Hirz al-Amani” karangan Abu Ishak al-Ja’bari. Banyak yang dapat kami kutip semasa mempelajari kaedah mentahqiq kitab.

Kitab tersebut yang telah ditahqiqkan kini dalam dua jilid, penerbitnya Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Maghribi pada tahuhn 1999, cetakan pertama. Teringin saya untuk memprolehi kitab tersebut. Kalau diizinkan Allah menjejakkan kaki ke bumi Maghribi, insya Allah kitab ini akan dibeli.

Semasa saya bertemu Sheikh Dr. Farouq Hamadah dua minggu lepas, beliau memaklumkan ustaz al-Yazidi telah meninggal dunia kerana terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya ketika pulang ke kampung halamannya.

Semoga Allah merahmati
al-marhum fadhilah ustaz al-Yazidi
dan juga guru kami yang lain
jasa kalian semua sukar digalang ganti

Tunjuk Perasaan Jalan Terakhir

Suatu ketika semasa saya sedang menuntut di bumi Maroc, saya dan rakan-rakan sering terdedah kepada situasi tunjuk perasaan atau idhrab (dalam bahasa Arab).

Banyak penyebab yang mengheret mereka untuk menunjuk perasaan, masalah berpunya dari karenah pentadbiran universiti dan juga masalah yang berpunca daripada para mahasiswa itu sendiri.

Namun kami, pelajar Malaysia, tidak melibatkan diri dalam situasi tersebut, sekadar menunjuk rasa setuju kepada perbuatan mereka tersebut. Ancaman yang mereka lakukan adalah menghalang para pensyarah dari menyampaikan kuliah. Pada ketika itu, yang berada di dalam kelas kuliah hanya para pelajar dari Malaysia sahaja.

Akhirnya kami terpaksa akur dan perlahan-lahan menyusup keluar dari kelas kuliah tersebut. Fenomena seumpama ini akan berterusan sehinga beberapa bulan. Kelas pengajian terabai. Boleh dikatakan tempoh pembelajaran hakiki sekadar empat bulan dalam setahun sahaja.

Justeru, untuk tidak membazirkan masa, maka kuliah-kuliah luar secara tidak formal dicari bagi mengisi masa yang terluang. Alhamdulillah, ada dalam kalangan kami yang berbuat demikian.

Situasi yang sama berlaku di Dataran Merdeka. Satu sudut, memang para pelajar membazirkan masa untuk bertapak di situ. Namun, dari sudut yang lain, tanpa mereka, siapakah lagi yang akan memperjuangkan nasib masa depan mereka.

harapkan menteri
harapkan timbalan menteri
harapkan yb-yb

berapa kerat daripada mereka
yang betul-betul memperjuangkan nasib bangsa
tetapi kalau bercakap berdegar-degar
yang keluar hanya tin-tin kosong

Mengapa Dataran Merdeka Perlu Dikosongkan ?

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengingatkan para mahasiswa yang sedang berkhemah di Dataran Merdeka agar mengosongkan dataran tersebut kerana tuntutan mereka sudah didengari.

Menteri dan timbalannya
ibarat mak ayah kepada para mahasiswa
kenapa biarkan anak-anak
memberontak dahulu baharu nak mendengar rintihan mereka ?

semua mak ayah sayangkan anak-anak mereka
tiada seorangpun mak ayah membencikan anak-anak
tanda kasih sayang mak ayah ialah
mereka sanggup berkorban demi masa depan anak-anak

tiada seorangpun mak ayah
akan memerangkapkan anak-anak
lantaran kebobrokan hidup mak ayah

melainkan mak ayah tersebut
telah hidup dan terpengaruh
dengan kumpulan samseng jalanan
justeru mereka sanggup menggadaikan masa depan anak-anak mereka

jika ini
maka amat-amatlah
malangnya anak-anak yang sepatutnya dikawal selia
tetapi menjadi mangsa korban angkara kebahlulan mak ayah

pada kala itu
menjadi tuntutan bahkan kewajiban
bagi anak-anak mengambil alih haluan laluan
sehinggalah mak ayahnya kembali benar dan sedar atas tindakan lalu

Semuanya Kerana Wang


Disebalik pelaksanaan PTPTN
ada insan yang mengaut keuntungan
mereka ini terdiri dari penguasa dan pengejar peluang 
mereka tahu, inilah cara mudah untuk penuhkan karungan

disebalik jalanraya bertol
ada insan yang juga mengaut keuntungan
mereka ini terdiri dan penguasa dan rakan pakatan
mereka tahu, inilah jalan yang menjanjikan pulangan yang lumayan

disebalik apa sahaja
akan ada sesiapa sahaja
yang berwatak pelahap dan tiada peri kemanusiaan
mereka menyamun dan merembat secara terhormat
kerana mereka pemilik segalanya : kuasa dan kuasa

kumpulan ini sentiasa berselindung di sebalik kebajikan
gerombolan ini akan membina masjid kebaktian
agar dilihat sebagai kerdipan permata yang bersinar
maka berkejaranlah rakyat marahain mohon belas ihsan

tetapi hakikatnya
kerdipan tadi adalah sinaran mata pedang
ia memancung di kala kita alpa
ia memutus di kala kita bergembira
ia menghunus di kala kita ketawa

rakyat pasti akan bertanya
soalan rakyat sudah pasti mendahului soalan mungkar nakir

kenapakah kamu hidup mewah walhal rakyat sentiasa derita
kenapa kamu bergaya sakan walhal rakyat merintih demi sesuap
kenapa kamu dan kamu kenapa
yang akhirnya rakyat yang akan dimangsakan

keadilan umar
kewarakan usman
mereka buang
kerana mereka itu adalah mereka
dan bukannya mereka itu para sahabat

sedar dan insaflah
dunia, harta dan pangkat
untuk berlagak sebelum hujan turun
bilah bah semuanya akan berubah

pangkat akan mendakwa
harta akan berkata
dunia akan menyaksikan
bahawa kita bukanlah sebenarnya umah muhammadiyah
kita adalah ummah bahimiyyah au adhall

Kelompok Bebalisme

Saya meminjam istilah 'bebalisme' ini dari salah seorang ahli fikir negara kita suatu ketika dahulu. Bagi saya, istilah ini perlu diulang dan diulang selagi mana masih ada manusia yang memiliki telinga badak, mata pepatung dan hati kumbang.

Kita selaku rakyat marahain boleh mengungkapkan apa sahaja istilah kepada mereka, kita memarahi mereka, kita memusuhi mereka, sedangkan mereka tetap berdegil atas pendirian yang ada.

Perhatikan apa yang telah diungkapkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata kumpulan pelajar terbabit perlu berbuat demikian untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya enggan pembiayaan pendidikan itu diteruskan.

Bagi mantan perdana menteri pula, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga bermakna memberi pendidikan percuma kepada golongan kaya. Sedangkan, objektif asal PTPTN adalah untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan tinggi, katanya.

Dua-dua menteri dan manta PM ini dan golongan yang seangkatan dengannya masih suka berlindung dari membuat pernyataan yang sebenar. Pernyataan yang benar-benar jujur dan ikhlas untuk membantu golongan miskin.

Mahasiswa sudah pandai
mereka sudah cerdik
mereka sudah dapat membeza
khalid nordin adalah melayu
dan yang satu lagi adalah mamak

kalau betul ianya membantu
kenapa mereka bangkit melawan
ingat senangkah nak meletakkan diri dalam zon tentangan

mahasiswa minta bebanan pendidikan ditangani
bukannya bebanan itu diletakkan pada bahu mereka

senang cakap
dilantik menjadi menteri adalah untuk membantu
bukan untuk menindas, apatah lagi mentedarahkan rakyat

Sheikh Abdul Aziz Bin Siddiq Al-Ghimari

(Salah Seorang Ulama Hadis Maghribi)
(Dipetik dar http://www.aljamaa.info/
السيد عبد العزيز بن محمد بن الصديق الغماري
هو العلامة المحدِّث الصوفي السيد عبد العزيز بن محمد بن الصديق بن أحمـد بـن عبد المؤمن الغماري الإدريسي الحسني.
مولده وبداية طلبه للعلم
ولد في طنجة بالمغرب الأقصى في شهر جمادى الأولى سنة ثمان وثلاثين وثلاثمائة وألف، وتعاهده والده من صغره فبعد قراءة القرآن الكريم وحفظه على الفقيه سيدي محمد بودرة اشتغل بالطلب عليه، وكان والده مهتماً به غاية الاهتمام، وذلك بالرعاية والنصح والإرشادات التي قربت إليه الأقصى في كثير من المسائل لما كان عليه من سعة الاطلاع وحسن البيان والتعليم والتبليغ، وكان والده يوصيه وقت الطلب بألا يراجع شيئاً من الحواشي والتقريرات وقت الطلب ويقول له: إذا حصلت الملكة بالكتاب الصغير في أي فن من الفنون صار الفن كله بكتبه المطولة وحواشيها في متناول اليد يسهل فهمها، وأخذ عنه الطريقة الشاذلية الدرقاوية، وأذن له في تلقين وردها المعروف، فله منه الأخذ التام، والمدد الخاص والعام.
سفره إلى مصر ودراسته بالأزهر
وبعد وفاة والده رحمه الله تعالى سافر إلى القاهرة سنة 1355هـ، والتحق بالأزهر الشريف فأخذ عن عدد من علماء الأزهر، كالشيخ عبد المعطي الشرشيمي من كبار علماء الهيئة، والشيخ محمود إمام، والشيخ عبد السلام غنيم الدمياطي الشافعي، وانتفع به كثيراً، والشيخ محمد عزت، وآخرين من كبار شيوخ الأزهر، قرأ عليهم علوم الأزهر المتداولة والفقه على مذهب الإمام الشافعي وحضر في ألفية الحديث بشرح العراقي على شقيقه السيد عبد الله وحضر عليه شرح جمع الجوامع كاملاً في الأصول، وبالأخص في علم الحديث، وتدرب ببعض كتبه.
اشتغاله بالحديث
ذكر السيد عبد العزيز في ترجمته لنفسه، كيف كان ابتدأ في طلب الحديث وتدرجه فيه، وسأنقل مقاصد كلامه لأنه مفيد، قال رحمه الله تعالى فذكر أنه بعد أن قرأ الاصطلاح اتجه للتطبيق لأنه المقصود من علم الحديث، فاشتغل بكتاب "اللآلئ المصنوعة" للحافظ السيوطي وخرج منه بعلم عظيم جم وكتب جزءاً مستقلاً في الاستدراك عليه اسمه "الجواهر الغوالي".
وذكر أنه تعلم من "اللآلئ" نقد الرجال، وسير الطرق، وتمييز الصحيح من الضعيف من الموضوع ثم أقبل على قرائة كتب التخريج فقرأ أعمال شقيقه السيد أحمد علي مسند الشهاب، ثم قرأ تخريجات الحفاظ: العراقي، والزيلعي، وابن حجر والسيوطي والتي أمكنه الوقوف عليها، وكان يكاتب شقيقه السيد أحمد ويستفيد منه وقرأ كتبه الحديثية، وكان له أنس خاص بكتاب فتح الملك العلي.
ثم ذكر أنه بعد أن آنس من نفسه الخبرة بالفن كتب "بلوغ الأماني من موضوعات الصنعاني" ولما اطلع عليه شقيقه السيد أحمد وقال له كان ينبغي أن تسميه "هزيج الأغاني" لإطرابه بفوائده لقارئه.
عودته إلى طنجة
رجع إلى طنجة في شهر ربيع النبوي سنة ست وستين، وكانت مدة إقامته في مصر نحو اثني عشر عاماً.
واشتغل في طنجة بالتدريس والخطابة والتصنيف وملازمة الزاوية الصديقية مع الاشتغال بالذكر والأوراد، وحجَّ واعتمر أكثر من مرة
وفاته
بقي على حاله من الإقبال على الله وإفادة الناس ولا سيما أهل العلم ، والقيام بأعباء الزاوية الصديقية ، وبعد وفاة شقيقيه السيد عبد الله والسيد عبد الحي ازداد إقبالاً على الله تعالى وملازمة للذكر، ثم قبيل وفاته بسنة تقريباً مرض ولازم بيته إلى أن انتقل إلى رحمة الملك العلام سنة 1418 ودفن بجوار والده في الزاوية الصديقية بطنجة.


Lawatan kami ke rumah tuan sheikh
mampu menjelaskan segalanya

susun atur katanya tersusun rapi
menyusun hujjah mengatur fakta
meskipun penampilan sheikh nampak penat
namun kekuatan semangat yang ada membahagiakan kami

kesempatan kami
berkunjung menziarahi
tuan sheikh abdullah
tuan sheikh abdul haiyy
tuan sheikh abdul aziz
dan juga tuan sheikh ibrahim

membuahkan ingatan kental
betapa agungnya ulama
betapa hebatnya ulama
betapa kuatnya ikatan para ulama

segala kebaikan
kembali kepada jasa fadhilah ustaz ahmad yazidi
yang membantu kami mendapatkan alamat
dan mengisyaratkan kami agar menziarahi mereka.