Wednesday, April 4, 2012

Berehatlah Dahulu


Demi menyelamatkan negara
demi meneruskan survival bangsa
demi segala-galanya
rehatlah wahai be end

cukuplah rakyat dibebankan
nisbah pendapatan bersilang hutang
hutang membeli rumah pada kadar yang tinggi
hutang kereta dan kad kredit
hutang peribadi dan pelbagai lagi

cukuplah rakyat dibebankan
penarikan semula pelbagai subsidi
perkenalkan pelbagai cukai konsumer
harga barangan melambung-lambung tinggi

namun
para vip dan vvip
wang ringgit tiada musykil lagi
mereka berlangitkan emas berbumikan perak

khazanah negara
disamun, dirompak
biarkan negara muflis
asalkan mereka berfulus

khazanah negara
sepatutnya diunjurkan
kepada aset pendidikan, ptptn
kesihatan dan kebajikan

khazanah negara
bukannya untuk menyohor serata alam
menaja formula 1 oleh petronas
inilah dikata orang, menang sorak desa tergadai

khazanah negara
bukannya untuk berlagak kaya
melupuskan hutang RM589 juta TR
anak pak cik anak mak cik dikejar ke lubang cacing
inilah dikata orang, anak dituba, kera disusu

khazanah negara
untuk dikongsi bersama
antara miskin dan kaya
antara rakyat dan pemerintah
contohilah pentadbiran nabi Yusuf as

lantaran itu
rehatlah wahai bn ku
tidurlah sementara waktu
kerna besok bukan lagi hari mu

No comments:

Post a Comment