BERCELAK TIDAK MEMBATALKAN PUASA
18- وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهَا، أنَّ النَّبِيَّ صلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اكْتَحَلَ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ. رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ بِإسْنَادٍ ضَعِيْفٍ، وَقَالَ التِّرْمِذِيُّ : لا يَصِحُّ فِي هَذَا البَابِ شَيْءٌ.
Bermaksud : “Sesungguhnya nabi saw memakai celak mata pada bulan Ramadhan dalam keadaan sedang berpuasa”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan sanadnya yang dhaif. Kata Imam al-Tirmizi, “Dalam masalah ini, tiada satupun hadis sahih”.
Lantaran itu, para ulama fiqh berselisih hukum mengenainya bagi orang yang sedang berpuasa. Menurut Sufian al-Thauri, Ibn Mubarak, Ahmad dan lainnya adalah makruh.
Mazhab kita al-Syafie memberi kelonggaran dalam hal tersebut.
Merujuk kepada maksud hadis nabi saw : “Batal bagi sesuatu yang masuk, bukan sesuatu yang keluar”. ( الفطر مما دخل وليس مما خرج ), kerana mata bukannya salah satu daripada laluan makanan atau minuman sampai ke perut. Seumpama seseorang yang mengurut kakinya menggunakan minyak, meskipun terasa minyak itu pada dirinya, namun kaki bukanlah salah satu daripada laluan tersebut. Begitu juga dengan memakai minyak pada rambut. Maka, semuanya itu tidak membatalkan puasa.
No comments:
Post a Comment