1) PEPERANGAN BADAR (2 Hijrah)
Peperangan ini berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah di bawah pimpinan nabi saw dengan serama 314 bala tentera bertembung dengan tentera kafir Quraisy di bawah pimpinan Amru bin Hisyam al-Maghzumi (Abu Jahal) seramai 1000 tentera.
Lokasi peperangan itu sejarak 120 km dari Madinah dari arah selatan.
Tercetusnya peperangan ini sebagai tindak balas ke atas kezaliman dan pencabulan kafir Quraisy ke atas harta benda Muhajirin yang ditinggalkan di Mekah.
Peperangan ini merupakan peperangan yang paling sengit lantaran bilangan tentera Islam yang sedikit berbanding tentera kafir. Maha Suci Allah telah mengutuskan bantuan tentera serama 1000 orang dari kalangan malaikat yang akhirnya memberi kemenangan kepada pihak Islam.
Seramai 70 orang tentera kafir telah berjaya dibunuh dan 70 orang lagi dijadikan tawanan. Sementara yang gugur syahid dari kalangan tentera Islam seramai 14 orang.
Kata-kata hebat dari kalangan sahabat ra, al-Miqdad bin al-Aswad : “Kami tidak akan berkata sebagaimana katanya Bani Israel kepada nabi Musa as, “Pergilah kamu bersama Tuhan kamu berperang, kami di sini menanti”. Sebaliknya kami akan berkata, “Pergilah kamu bersama Tuhan kamu berperang, kami bersama kamu turut serta”.
(اذهب أنت وربك فقاتلا إنا ههنا قاعدون، ولكننا نقول : اذهب أنت وربك فقاتلا إنا معكما مقاتلون)
Hebatnya kesan peperangan Badar ini kepada para sahabat ra, sehingga disebut dan dikaitkan keistimewaan mereka dengan peperangan tersebut. Seumpama menyebut nama mereka, dan disebut kelebihan mereka dengan menyertai peperangan tersebut.
Masakan tidak, puasa difardhukan juga pada tahun ini, iaitu dalam bulan Sya’baan. Manakala ujian pertama kaum muslimin ialah dengan perang yang tercetus pada bulan berikutnya (Ramadhan).
Hebatnya para sahabat ra di bawah pimpinan nabi saw. Marilah lita menapak ke arah itu, tidak banyak, sikitpun jadilah.
2) PEPERANGAN KHANDAK /AHZAB (5 Hijrah)
Tercetusnya peperangan ini pada bulan Syawwal tahun ke-5 Hijrah di bawah pimpinan nabi saw dengan seramai 3,000 para mujahid untuk melawan serangan musuh serama 10,000 di bawah pimpinan Abu Sufian.
Dinamakan juga sebagai Ahzab lantaran persepakatan tentera musuh dari kalangan kabilah-kabilah Arab dan juga kabilah-kabilah Yahudi yang berpaling tadah untuk menghancurkan umat Islam.
Idea khandak ini datangnya dari Salman al-Farisiy ra mengikut tektikal peperangan ala keparsian. Bermakna, silang tamaddun adalah suatu kebaikan selagi mana ianya bersejajar dengan kehendak Islam.
Meskipun peperangan ini berlaku pada bulan Syawwal, namun persiapan untuk menghadapinya dilakukan pada bulan puasa. Nabi saw bersama para sahabat ra mengharungi segala keperitan, keletihan, lapar dan dahaga untuk menggali parit tersebut sejauh 2 batu yang akan dijadikan benteng penghalang daripada kemaraan tentera musuh.
Ungkapan agung daripada nabi saw semasa menggali dan mengangkat batu-batan itu, “Tiada penghidupan melainkan penghidupan akhirat, ya Allah, ampunkanlah kaum ansar dan para muhajirin”.
(لا عيش إلا عيش الآخرة، اللهم اغفر الأنصار والمهاجرين )
Selama satu bulan tentera musuh berkhemah di sempadan khandak yang menjadi penghalang untuk mereka mara ke Madinah. Sementara itu, pejuang Islam sentiasa berdoa mengharapkan pertolongan Allah swt. Maha Besar Allah telah mengutuskan ribut pasir yang mampu menerbangkan segala khemah musuh.
Keesokan harinya, para muslimin tiada lagi nampak khemah-khemah mereka, secara tidak langsung kemenangan telah berpihak kepada pihak Islam.
3) PEPBUKAAN KOTA MEKAH (8 Hijrah)
Selepas itu, diikuti pula dalam tahun ke-8 Hijrah, pada 20 Ramadhan berlakunya kemenangan peristiwa yang telah dijanjikan Allah dalam surah al-Fath, iaitu pembukaan Kota Mekah.
Peristiwa ini membuka lembaran baharu bagi Tanah Suci Mekah daripada pengabdian kepada patung berhala kepada pergabdian hanya sanya kepada Allah Yang Esa.
Dalam peristiwa itu, nabi saw bersama 10,000 para muslimin menawan Kota Mekah dan memusnahkan 360 berhala yang berada di sekitar Ka’bah.
Kaum Musrikin Quraisy telah berpasrah lantaran ketidak-mampuan mereka untuk menentang kemaraan tentera muslimin. Nabi saw berucap di hadapan mereka yang telah tergadah dek kekalahan, “Apakah andaian kamu yang akan aku lakukan kepada kamu semua”. Lantas mereka bersuara, “Kamu orang baik dan anak orang baik-baik”. Lalu nabi saw bersabda, “Pergilah, kamu semua dibebaskan”.
Lihatlah tuan-tuan, tiada sedikitpun rasa dendam tersimpan di hati nabi saw, meskipun siri penindasan dan penganiyaan dilakukan ke atas nabi saw dan umat Islam yang awal. Allahu akbar…
4) PEPERANGAN AL-QADISIAH (16 Hijrah)
Tercetus pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin antara tentera Islam di bawah pimpinan Sa’ad bin Abi Waqqas yang membawa bala tentera seramai 10,000 orang dengan tentera Parsi di bawah pimpinan Rustum yang memiliki bala tentera seramai 120,000 orang.
Kemenangan berpihak kepada tentera Islam dangan menyaksikan pimpinannya cabut lari bersama puluhan ribu tenteranya. Inilah satu-satunya peperangan yang terbesar antara kaum Arab melawan orang-orang Parsi yang berlanjutan dalam beberapa hari.
Dalam situasi inilah, panglima Islam, Rub’ie bin ‘Amir bertemu dengan panglima Parsi itu, lalu panglima Parsi itu bertanya, “Apakah tujuan kedatangan kamu ke sini ?”, lantas dijawab oleh Rub’ie bin ‘Amir, “Kedatangan kami adalah untuk membebaskan manusia dari penyembahan sesama manusia kepada penyembahan hanya kepada Allah. Kedatangan kami untuk mengeluarkan manusia dari kezaliman agama-agama ciptaan manusia kepada keadilan Islam, daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat”.
قال رستم لربعي بن عامر: ما الذي جاء بكم إلى هنا؟!
قال: جئنا لنخرج الناس من عبادة العباد إلى عبادة ربِّ العباد، ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام، ومن ضيق الدنيا إلى سعة الآخرة.
No comments:
Post a Comment