PUASA BAGI YANG BERMUSAFIR
21- وَعَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُمَا، أنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ عَامَ الفَتْحِ إلَى مَكَّةَ، فِي رَمَضَانَ، فَصَامَ حَتّى بَلَغَ كُرَاعَ الغَمِيْمِ فَصَامَ النَّاسُ، ثُمَّ دَعَا بِقَدَحٍ مِنْ مَاءٍ فَرَفَعَهُ، حَتّى نَظَرَ النَّاسُ إلَيْهِ، فَشَرِبَ، ثُمَّ قِيْلَ لَهُ بَعْدَ ذلِك : إنَّ بَعْضَ النَّاسِ قَد صَامَ. فَقَالَ " أولئِكَ العُصَاةُ، أولئِكَ العُصَاةُ".
وَفِي لَفْظٍ : "فَقِيلَ لَهُ : إنَّ النَّاسَ قَدْ شَقَّ عَلَيْهِمُ الصِّيَامُ، وَإنَّما يَنْتَظِرونَ فِيمَا فَعَلْتَ. فَدَعَا بِقَدَحٍ مِن مَاءٍ بَعْدَ العَصْرِ فَشَرِبَ". رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Bermaksud : “Rasulullah saw menuju ke Mekah pada tahun Pembukaan Kota Mekah di bulan Ramadhan, baginda saw berpuasa sehingga sampai Kura’ al-Ghamim, dan orang ramaipun turut berpuasa. Kemudiam baginda saw meminta kendi berisi air dan mengangkatnya, manakala orang ramai dapat melihatnya, lalu baginda saw meminum air tersebut. Setelah ditanya kepada baginda saw, “Sesungguhnya sebahagian orang masih berpuasa”. Baginda saw terus bersabda , “Mereka itu adalah orang-orang yang derhaka. Mereka itu orang-orang derhaka”.
Dalam lafaz yang lain ada menyebut : “Lalu dikatakan kepada baginda saw, “Sesungguhnya orang ramai merasa berat untuk berpuasa. Mereka sedang menunggu apa yang akan kamu (Rasulullah saw) lakukan. Baginda saw lalu meminta kendi berisi air, kemudian meminumnya selepas asar”. (HR Muslim)
Hadis di atas menunjukkan bahawa orang yang bermusafir mempunyai pilihan untuk berpuasa ataupun tidak.
Menurut Imam al-Syafie dan jumhur ulama’, sesungguhnya berpuasa itu lebih baik bagi yang bermusafir seandainya puasa itu tidak mendatangkan kesukaran baginya. Jika terdapat sebarang kemudharatan, maka berbuka itu lebih diutamakan.
No comments:
Post a Comment