Wednesday, August 8, 2012

3. Amalan Berzikir Dengan

لا إله إلا الله
Ia adalah kalimat tauhid, kalimah taqwa dan kalimah ikhlas. Ibn Uyainah pernah berkata, “Tiada satupun ni’mat kurniaan Allah yang lebih besar daripada mengenali kalimah ini”.

Ia juga adalah kunci segala kebahagian, kunci syurga dan pemadam kepada kehangatan api neraka. Dinukilkan oleh Imam Muslim, katanya, “Terdengar nabi saw menyebut ketika muazzin melaungkan azan ( أشهد أن لا إله إلا الله ), nabi saw menyebut, “Terselamat dari api neraka”.

Untuk itu, maka amalan yang boleh dijadikan penghubung kepada perkara tersebut ialah dengan memperbanyakkan zikir kalimah suci ini.
Berdasarkan amalan saya bersama dengan guru saya ust Ku Othman bin Ku Ali adalah sedemikian :

Kaedah Amalan :

1) Berzikir sebanyak 360 kali selepas solat Subuh dengan menggerakkan minda kita semasa berzikir kepada seluruh anggota badan, dari kepala, dada, tangan kanan, tangan kiri, perut, kaki kanan, kaki kiri dan ulang kembali sehingga mencukupi 360 kali.
2) Jadikan ia sebagai wirid harian.
3) Kemudian membaca doa ini :
"تَحَصَّنْتُ بِحِصْنِ لا إله إلا الله، محمدٌ رسولُ اللهِ"
Insya Allah, mujarab.

No comments:

Post a Comment