Sekadar berkongsi minda apabila ada rakan-rakan yang mencetuskan percambahannya.
قال تعالى : "ومنهم من عاهد الله لئن ءاتانا من فضله لنصدقن لنكونن من الصالحين". التوبة (75)
Timbulnya permasalah ini adalah rentetan daripada perselisihan sebab turunnya ayat ini kepada siapa, dan hadis yang disebut-sebut tentangnya.
Ada hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Yazid daripada Qasim dari Abi Umamah al-Bahilie bahawa sesungguhnya Tha’labah ...(mohon rujuk Tafsir Ibn Kathir, jld. 2, ms 581-582).
وقد وردت القصة كاملةً في تفسير ابن كثير؛ فعن أبي أمامة الباهلي، عن ثعلبة بن حاطب الأنصاري، أنه قال لرسول الله- صلى الله عليه وسلم-: ادع الله أن يرزقني مالاً، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "ويحك يا ثعلبة قليل تؤدي شكره خير من كثير لا تطيقه". قال: ثم قال مرةً أخرى، فقال: "أما ترضى أن تكون مثل نبي الله، فوالذي نفسي بيده لو شئت أن تسير معي الجبال ذهبًا وفضةً لسارت"، قال: "والذي بعثك بالحقِّ لئن دعوت الله فرزقني مالاً لأعطينَّ كلَّ ذي حقٍّ حقه".. فقال رسول الله- صلى الله عليه وسلم-: "اللهم ارزق ثعلبة مالاً".
Sayangnya, Ibn Kathir tidak pula memperihalkan tahap kesahan hadis yang dibawa. Sedangkan, pada kebiasaan method yang beliau gunakan adalah menentukan tahap kesahan sesebuah hadis yang dinukilkan.
Menurut pendapat ulama hadis, Sheikh Albani katanya, “Sanad hadis ini tersangat lemah”, seperti yang disebut oleh Ibn Hajar bahawa ‘illahnya pada perawi hadis (Ali bin Yazid).
قال الشيخ الألبانى فى السلسلة الضعيفة : وهذا إسناد ضعيف جدا ،
كما قال الحافظ ابن حجر في "تخريج الكشاف" (4/ 77/ 133)، وعلته علي بن يزيد الألهاني ؛
قال الهيثمي في "المجمع" (7/ 31-32) :"رواه الطبراني، وفيه علي بن يزيد الألهاني، وهو متروك".
وقال الحافظ العراقي في "تخريج الإحياء" (3/ 135) :"إسناده ضعيف".
وقال الحافظ العراقي في "تخريج الإحياء" (3/ 135) :"إسناده ضعيف".
Dengan merujuk tafsir al-Qurtubi, (jld.4, ms 133-136) ada pencerahan idea.
Qatadah berkata, “Ayat ini turun sempena seorang lelaki dari kalangan Ansar”.
Ibn Abbas ra menyebut bahawa ayat ini diturunkan sempena Hatib bin Abi Balta’ah
( حاطب بن أبي بلتعة).
Al-Dhohak berkata, “Ayat ini diturunkan kepada orang-orang munafiqin, iaitu
(نبتل بن الحارث وجدّ بن قيس ومعتّب بن قشير)
Menyimpul isu ini, saya memetik kata-kata dari Imam al-Qurtubi, katanya, “Tha’labah adalah Badarie (menyertai peperangan Badar), juga ansarie yang membuat penyaksian keimanan kepada Allah dan rasul-Nya saw. Dan apa yang telah diriwayatkan tentangnya adalah tidak benar”.
Abu Umar berkata, “Semoga kata-kata yang ditujukan kepada Tha’labah tentang dirinya yang tidak mahu mengeluarkan zakat sempena turunnya ayat tersebut adalah tidak benar, wallahu’alam”.
Kedudukan sahabat ra yang menyertai peprangan Badar adalah amat tinggi sekali. Hal demikian boleh dilihat pada kes Hatib bin Abi Balta’ah (ayat 1, surah al-Mumtahanah) apabila nabi saw menyebut, “...buatlah apa sahaja, sesungguhnya Aku (Allah) telah mengampunkan kamu”.
فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : "إنه قد شهد بدرا، وما يدريك لعل الله أطلع إلى أهل البدر، فقال اعملوا ما شئتم فقد غفرت لكم". (مسند أحمد 1/79)
Semoga, keberkatan bulan mulia ini bertambahlah keimanan dan keilmuan kita. Apa yang telah disumbangkan oleh ulama silam adalah usaha maksimum yang telah mereka curahkan. Mudah-mudahan Allah mengampunkan kita semua.
No comments:
Post a Comment