Monday, November 12, 2012

BANDARAYA KUALA LUMPUR INDAH PERMAI

====================Tasliah Minda==================


KUALA LUMPUR : Pemandangan dari
Dynasty Hotel, Jalan Ipoh

Kelihatan Bandaraya Kula Lumpur aman permai, indah dan menawan hati. Berkunjung ke sini seolah-olah menyinggahi minda di alam pembangunan yang terancang dan tersergam megah.

Namun di sini tersembunyi segala pahit maun perjuangan, tersembunyi deretan permasalahan rakyat yang perlu dibongkarkan, terselit segala perbezaan hidup.

Kumpulan ‘burjuaziah’ (elit) dengan kelenaan mereka membuai segala kemewahan hidup. Manakala kumpulan marhaen pula sentiasa menagih simpati dahagakan kesenangan yang diselaputi kejerihan dan segala ‘maknikam’ kepayahan.

Semalam, semasa perjalanan pulang dari menziarahi en. Paris di Rembau, saya telah terjebak dalam kesesakan jalan raya yang teramat sangat.

Lalu saya membelok ke kiri keluar tol Nilai mencari laluan alternatif. Semasa mengisi NGV, sempat bersembang dengan seorang pemandu teksi.

Dalam perbualan kami, beliau mencelah, “Orang kita ni... kaya-kaya”, katanya. “Pantang bercuti sahaja, destinasi pilihan ialah di Eropah. Paling tidak, di Langkawi”. Ujarnya selaku pemandu teksi airport.

Saya hanya mampu mengangguk-anggukkan kepala, tanda setuju, dan juga tanda tidak suka membantah. Nanti, kalau dibantah, mati pula “mood” untuk berbicara.

Saya sekadar menduga, “Sikap orang kaya ni, kebanyakannya, tidak suka mengambil tahu hal orang lain. Ada juga yang lebih suka hidup dalam kepompong masing-masing. Hidup senang, pulangan pula besar, dapat menikmati percutian, bergelak ketawa dan berhilai riang, tanpa ada sebarang halangan”.  

Dia ketawa. Katanya, “Mungkin ada juga kebenaran”.

Terpulang..masing-masing ada persepsi yang berbeza.

No comments:

Post a Comment